Monday, January 31

saya sayang mak saya, awak sayang mak awak, dunia kita berbeza

assalamualaikum..hai..hai..hai..

sementara tangan terasa gatal nak menaip something ni, sementara otak tengah ligat berfikir, sementara dalam diri ada konflik dalaman ni, nak tanya,

apa makna ibubapa untuk anda?

hmm..tau je, ramai yang definisikan ibubapa makayah umiwalid mamapapa ni mestila orang yang paling banyak berjasa kat kita, ngandungkan kita, lahirkan kita, besarkan kita dengan penuh kasih sayang, jaga kita sakit demam..yes i tau itu semua..

tapi kan, sejak-sejak kita dah bergelar remaja, sejak-sejak kita dah mula kenal cinta monyet, rasanya keakraban kita dengan parents kita makin hari makin kurang..saban hari tangan asyik menggenggam handset berbalas pesanan ringkas bergayut diam-diam lama-lama..segala masalah yang dulu kita kongsi bersam ibu bapa, yang kita kongsi bersama adik kakak, kini dah punya pendengar setia yang baru..lebih memahami, lebih caring, lebih segala-galanya..

tapi ye, i tau je yang sesetengah famili, sesetengah adik-beradik, takla serapat mana hubungan sesama mereka tu..ade je yang tak suka berkongsi cerita, tak selesa berkongsi rahsia, even tak rela berkongsi makanan! (haha aku la tu)


hmm..berbalik kepada persoalan makna ibubapa kat kita, kalau nak dibandingkan dengan boifren gefren kita, mana satu eh yang lagi kita sayang? hey hey, jangan pernah bandingkan dua-dua tu sama tahap ok? sesayang mana pun kita kat si monyet tu, please jangan cakap awak sayang dia lebih dari awak sayang ibu bapa awak! memangla masa bercinta dunia ini ana yang punya, macam takde orang lain dalam dunia ni, hanya si dia dan anda saja serasanya..ceh ceh..itu fantasi cinta je tu, baliklah pada dunia realiti, please sikit ok?

sebab nanti esok lusa,bila cinta awak kecundang, frust sampai menonggeng tertonggeng, sape la yang nak kesian tengok awak tu? sape la yang nak jaga makan minum awak? sape la yang nak pujuk awak, nasihat awak, cakap baik-baik dengan awak? ade si monyet cinta hati awak tu nak pujuk-pujuk balik? ada? merapu..toksah dok ngade cakap yes..silap-silap baru putus 2, 3 minggu, si monyet jantan dah menggatal ngan pompuan baru, si monyet betina dah bersayang-sayang dengan jantan lain..fuh, geram betol dengan pasangan tak setia ni..

tapi takpela..


ishhh dah merapu banyak ni..

sebenarnya nak nasihatkan sape-sape yang sedang bercinta ..

awak awak dan awak, please la sedar yang cinta tu bukan penentu bahawa si dia tu jodoh kita..cinta tak bermaksud dia itu awak yang punya, awak itu dia yang punya..tapi sedarla sikit yang betul-betul ape yang awak ada hanyalah keluarga awak, ibupbapa awak..

cane nak buktikan awak peduli pasal parents awak? awak ade sayang kat famili awak? kalau boleh, kalau nak letak gambar gefren boifren tersayang jadi wall paper screensaver handphone, laptop segala, jangan la lupe letak la gambar family sekali, kalo tak mau ramai sangat orang family besar sangat, kurang-kurang letak la gambar parents awak..ini tidak, dalam handphone, sekeping gambar makbapak pon takde, family potrait lagila jauh panggang dari api..hmm..dah tu letak pulak gambar berlaga idung la, pegang tangan la, peluk-peluk la ngan si monyet cinta hati awak tu..adehhhh..parah betul..dah la gambar tak sedap mata memandang, boleh pulak tayang-tayang kat orang..


pastu dalam dompet, memang bukak-bukak wallet ke purse tu, terus nampak gambar si jantung hati yang handsome gile, yang manis menawan sume tu..adoi..hari-hari tengok gambar tu je, sampai buat ape pon dah tak ingat kat makayah kat rumah..ok kalau awak claim yang wajah ibubapa kesayangan awak tu dah melekat dalam hati, tu ape maknanya awak boh gambar monyet kesayangan awak tu depan-depan? awak tak ingat kat dia ke? tak melekat terus dalam hati ke? haa..tapi kalo nak fair n square, takyah letak gambar sape-sape..sume pakai hafal dalam pala otak je..macam saya..hehe


lagi satu, kalau awak tu belom kahwen, janganla nak ngade-ngade merajok tak tentu pasal kalau si dia lebihkan ibubapanya..hujung minggu takmau dating ngan awak sebab nak balik kampung jumpak ibu bapa, nak tengok muka mak ayah selagi masih ada, biarkan jela..tak sejuk ke hati dengar? at least kalau betul si dia bakal jadi suami or isteri awak, itu kan dah ciri-ciri anak soleh, anak mithali..tapi kalau terlebih-lebih sayanag pon sampai nak berenggang ngan parents pon takleh langsung, susah jugak kan? kalau awak ni gile jeles dengan parents orang kesayangan awak tu, takot nanti kena hidup dengan anak yang sentiasa ikot telunjuk mak ayah dia je, haaa, terpaksalah awak cari jodoh yang anak yatim piatu..kan senang? takyah nak jeles-jeles dah..


hmm..sori kalau tulisan ni buat awak awak dan awak terasa hati, tapi ini jugak untuk peringatan diri sendiri..please be considerate towards others..sebab dalam sesebuah keluarga tu, dalamannya lain-lain..masing-masing ada hal sendiri..famili awak tak boleh awak samekan dengan famili orang lain..karakter setiap individu yang membentuk sesebuah keluarga itu unik, jadinya, setiap keluarga itu sendiri pasti punya kelebihan dan kekurangan masing-masing..jangan awak bandingkan keluarga si polan dan si polan dengan keluarga awak, mereka tak sama dengan kita..tak sama itu maksudnya berbeza..biarla, kalau dia sayang mak dia lebih, mungkin dulu-dulu mak dia banyak sangat berkorban untuk dia..biarla awak sayangkan family awak lebih dari dia, sebab awak tau yang awak dah banyak susahkan mereka..mereka selalu ada untuk awak..


hmm..itu saja yang nak diicoretkan..taktau nak kongsi ngan sape, nobody can understand what i'm thinking about..huuu nasebla..

Sunday, January 30

sape soh takmo nyanyi?

oke, oleh sebab takde sape2 nak nyanyi lagu tekasilangkata to me, nah aku nyanyi lagu rihanna ni kat sape2 yang cakap sayang aku!


Just gonna stand there and watch me burn
Well that's alright because I like the way it hurts
Just gonna stand there and hear me cry
Well that's alright because I love the way you lie
I love the way you lie
I love the way you lie


p/s: once a liar, always a liar! benciiiiii!!

Saturday, January 29

pellllissss sape2 tolong nyanyi lagu ini! (^_~)



p/s: somebody who loves me, plisssssssssss nyanyi la lagu ni kat i..wawawa..

aizat - susun silang kata



Aku ingin bermimpi denganmu
Ke awana untuk teman bintang bulan
Kerananya lebih terang sinarnya
Dengan kehadiran kau dan aku

Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku
Tak pernah aku sangka ada

Asingnya buatku
Asyik memikirkan dirimu

(korus)
Kau umpama susun silang kata
Yang terakhir untukku
Sekian lama ku mencari
Rupa-rupanya di depanku
Hidup ini tak bererti
Jika tiada cinta di hati
Untuk terus ku teguh berdiri

Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku
Tak pernah aku sangka ada

Asingnya buatku
Asyik memikirkan dirimu

(ulang korus)

Dan tak kira apapun
Yang terjadi dalam mimpiku
Usahlah ia berakhir
Tanpaku memilikmu

(ulang korus 2x)

Sunday, January 9

yes i am a burden to everyone!

this is just a simple post, after ages

just wanna say that I REALLY HATE THE FACT THAT I'VE LOST MY BELOVED FATHER 3 YEARS AGO..

redha memang redha, but the effects that took place after his lost, make me feel that i wish i'm all grown up..cant bear with the fact that i have to menumpang-menumpang orang lagi..

and sila jangan buat-buat tak tahu perasaan yang anda alami when you have to burden everyone closed to you, in every single aspects, just because you dont have the one that you can rely on..susahkan orang sana sini, oh so not my style..tapi i'm the one who faced it, so i have to bear with it..how i wish i dah besar and dah kerja, i dont have to susahkan kamu, kamu, dan kamu lagi..arghhhhh!