malam ini malam yang syahdu. aku rindu maktab IPGM KTI, like serious, tak tipu. segala macam kenangan terngiang-ngiang (betol ke?) di pikiran ketika ini. yeah, sebab tak dak pape nak buat, tu pasal boleh pikir macam-macam kenangan yang mengusik jiwa.
pertama-tama, aku rindu bilik D27 and D15.. Bilik D27 tu, aku duduk situ 2 tahun woo.. paling best bila ada pertandingan bilik cantik tuh, my roomate and i beria-ia siapkan bilik kami lawa-lawa. walaupun tak menang tapi puas hati, sebab bilik penuh dengan ♥ sana-sini..hee~ bilik D15 pulak, duduk situ 1 sem je.. sedikit suram sebab location dia sangatla tak best, hujung sekali blah belakang aras bawah pulak tu. tak boleh bukak tingkap, tak boleh bukak pintu, lampu pon tak menyala. tikar getah koyak sana sini, malam-malam wajib kunci pintu and grill (which was so hard sebab kami 2 orang memang selalu tak kunci pintu). privacy pon tadak sebab orang atas tangga boleh nampak ke dalam melalui kekisi kat atas tuh! tapi banyak jugak memori terlakar kat bilik tuh. dan aku rindu semua tu. contohnya balik kelas pukul 1 pastu tido tebongkang sampai pukul 4 memang best ditambah pulak dengan takdak cahaya mataharinye..pastu aku dah mula bawak rice cooker masa tinggal kat bilik ni..masak-masak senang je sebab bilik aras bawah, kat belakang toilet ada paip air la, pokok serai la, nak pakai, pakai, nak ambik, ambik. memang best in term of masak-masak secara terlarangg nih. bab-bab bergayut talipon pon best jugak, sebab bilik bawah ni lagi banyak privacy. agak-agak nak bermanja-manja boleh kuar and gayut tepi bilik ngadap longkang kecik sambil sandar kat dinding. malam-malam boleh gayut kat tangga. sebab masa duduk bilik atas, tadak port best so aku akan gayut sambil tawaf aras 2 berkali-kali. huuu. tapi sekarang dah tadak suma itu, i dah menjanda.
ini bilik D15 yang semak, mungkin busy dengan esaimen time nih
lepas tu, aku rindu kenangan berjalan laju-laju pergi kelas. maklumlah, aku duduk blok lama, kelas pulak kat blok baru. orang lain pukul 7.20 dah start jalan, kami 2 orang pukul 7.30 baru nak tehegeh-hegeh kuar bilik, tambah tension bila kunci aku hilang pi mana taktau, dengan tertinggal payung segala. orang lain pegi kelas ambik masa 15 minit nak sampai sebab pakai hi-heels segala, kami 2 ambik masa 10 minit pon tak sampai. jalan laju gila sampai basah ketiak, haha. tambah kalau pakai baju kurung polos, siap pakej senaman pagi pulak, lencunlah bajuku..oh sungguh memalukan. shame on me. dan aku sendiri dah berapa kali kena tegur dengan cik Baharom, haishhh.. bayangkanlah, sepanjang-panjang jalan tu, hanya ada aku dan roomateku, bertembung dengan cik B tengah reverse kereta kat depan rumah dia la apa la.. but then, towards the end of our stay there (sem 2 2009), budak tesol banyak kelas kat blok lama. dan aku pon dah bijak takmau buat senaman pagi, dan senaman pagi sendiri kadang-kadang ada kadang-kadang tadak. so kitorang selalu sembunyi belakang kereta-kereta kat parking lot blok baru. hebat, dan rasa seronok. selamat dari tulis nama kat kertas merah cik Baharom. wekkk!
Syida with Hanis and Tonton. kami pakai baju kurung polos yang selalu basah kat bahagian tutttttt
dan satu lagi, seronok jugak makan dekat kafe blok baru. walaupon makcik tuh masak tak berapa sedap, tapi aku rindu dengan sambal tempe dan ayam goreng berminyak dia. dan of coz, aku sangat lah rindu dengan air pink sirap bandung aku tuh. bungkus, pastu gantung tepi tingkap kat kelas. miss ratha kata macam air pekerja construction. hehe.. pastu sambil makan, boleh jugak usha-usha tengok skendel aku dulu. haha. seronok, tambah-tambah kalau boleh senyum-senyum depan ex-gf dia.HAHAHAHA. ooppps okay, serius ini confession yang scandalicious. bukan itu saja, boleh pulak masa tengah kelas lepas balas-balas sms, aku pon menggedik pergi toilet sebab nak babai-babai dengan orang kelas atas aras 4.. hari rabu kalau tak silap, sebab time tu ada subject classroom management miss ratha. oh memang sungguh gatal masa itu, tak terkawal. adoi!
dan yang paling menggamit memori adalah masa perhimpunan mingguan pagi isnin. before dewan terbuka siap, kena berhimpun atas padang. aku dan roomate selalu lambat. selalu sampai masa orang laen tengah nyanyi lagu Negaraku, kami pon confuse nak berenti ke nak sambung jalan. kalu berenti, satgi kene ambik nama masuk kertas merah. kalau sambung jalan, selamat la sampai masuk barisan tesol. hehe. tak senonoh. masa tengah ketar-ketar sampai lewat, mulalah hanis selawat banyak-banyak. haha lawak gila, dengan peluh dia mencurah-curah. hehe..
berjalan pulang dari kelas bersama Tonton. kene pakai payung sebab takmau hitam!
emm tak larat dah nak menaip, tapi serious semua ni still fresh dalam kepala otak aku. walaupon harini dah 29 july 2011, dah lebih setahun setengah aku tinggalkan maktab. dan kenangan-kenangan tu tercipta sejak aku masuk maktab 16 july 2007 lagi, nostalgik kan? lepas ni, aku still akan sambung belajar kat maktab for another 1 year, tapi segalanya pasti dah berbeza, takkan sama dengan yang dah berlalu tu. senior-senior, lecturer-lecturer, semua dah bertukar. dan kami sendiri akan jadi senior, dah tak kenal dah sapa-sapa yang ada kat maktab tuh. sedey~ wuuuuu~~~