Monday, August 30
aku tanpa cinta-Mu
Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku
Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya
Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku
C/O: Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih
Sunday, August 29
jangan kedekut pada Allah!
Alhamdulillah..
Maha Suci Allah..
sebenarnya nak cerita pasal masalah tak pandai bahagi masa..
dekat sini, sejak mula semester 2, rasanya jadual pack sangat-sangat..
kadang-kadang keluar pukul 7.45 pagi, balik pukul 5.30 petang..
bunyinya macam biasa je, macam orang kerja pejabat..
tapi oleh sebab diri sendiri ni lemah dan lembik dan badan yang ala-ala manja yang tak boleh buat kerja berat, selalu bila balik bilik, badan letih sangat..
mana lagi nak tengok assignment, mana lagi nak buat homework..
kadang-kadang lepas balik tak makan apa-apa dah sebab tak larat dah nak pikir pasal makan ke lapar ke, yang lagi penting nak rehat je..
tapi, bila bulan puasa ni, lagi la terasa letihnya tu..
masa mula-mula masuk Ramdhan, takde pon niat taknak tinggal terawih..
tapi alhamdulillah, Allah bukak hati supaya sedar bahawa amalan teraweh ni bukannya selalu..setahun sebulan je..dan belum tentu yang tahun depan akan jumpa lagi dengan ramadhan berikutnya..
setakat ni alhamdulillah baru tinggal sekali sebab masa tu memang penat sangat..
ayat 57:11 dalam al Quran ada cakap pasal something yang sangat terkesan dekat hati..
inilah motivasi untuk nak pergi teraweh..walaupon kadang-kadang tu rasa letih dan malas sangat tambah pulak assignment banyak, rasa macam nak ponteng je teraweh..tapi alhamdulillah bila fikir balik tentang ayat ni, rasa malas tu kurang..walaupun letih sampaikan tiap-tiap hari ada je orang asyik tegur kenapa mukan nampak letih, kenapa mata nampak tak larat sangat, ya, memang dah tak larat sangat..tapi tak rasa mengantuk, alhamdulillah..semangat jugak nak teruskan teraweh..
siapalah aku nak kedekut masa untuk spend masa beribadat kat Allah, padahal Allah la pemilik masa yang aku ada tu..
analoginya macam ini barang awak..tapi awak kasi orang pinjam..lepas tu bila awak nak pakai barang awak punya tu, yang pinjam tu taknak kasi balik..hmm..macam tu la..
dan baru ni, bila dalam seminggu tu ada 3 assignment and 2 test, rasa jugak tergugat iman ni..
either nak teraweh ke nak wat assignment..and again, alhamdulillah, ayat ni sekali lagi bagi motivasi kat diri..
dan akhir sekali, tetinggal la 1 assignment aku tak hantar..sebab bila balik teraweh, dah letih..pastu bukan jenis stay up sangat pon, so layan jela tido tu..
tapi..
kan dah cakap tadi..
Allah tu Maha berKuasa ke atas sesuatu..
Allah nak pujuk hati ni, supaya jangan menyesal spend masa untukNya..kan Allah dah cakap, siapa yang bagi pinjam sesuatu kat Allah, Allah akan lipat gandakan barang yang dipinjamkn tu..
itulah yang jadi..
rupa-rupanya assignment yang aku tangguh tu, ada postpone sampai isnin ni..dan Alhamdulillah, tak perlu la rasa tak sempat dan bolehla berlapang dada nak pergi qiamullail malam ni, insyaallah..
ayat 35:2,

"barang siapa meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan mengembalikannya berlipat ganda untuknya, dan baginya, pahala yang mulia"

apa saja di antara rahmat Allah yang dianugerahkan kepada manusia, maka tidak ada yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahanNya, maka tidak ada yang sanggup untuk melepaskannya selepas itu. dan Dialah yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana..
Saturday, August 28
tak sempat lah!
huu..
hari ni dah ramadhan day 17..
dah lama tak tulis tazkirah ramadhan..
sedih la pulak..
sebab bila tulis tu, nanti-nati lepas dah habis ramadhan, boleh refer balik..
tapi ini dah lama tertinggal sebab sibuk sangat dengan assignment yang bertimbun-timbun hari tu..
hmm..kalau nak recall balik pon boleh ingat topik-topik menarik jela..
♥ murabaqah ( CCTV Allah )
♥ perang badar
♥ surat cinta Allah
yang lain-lain tu dah lupa la..
ada jugak yang catat dalam buku kecik..
nantilah, kalau rajin akan cuba cover balik, insyaallah..

Friday, August 20
hari-hari kena sabar
seba tak berjimat cermat, duit dalam purse tinggal 6dolar lebih je..sob sob..
duit oh duit..
kenapa la barang kat auckland ni semua pakai duit? mahal plak tu..nasik sepinggan dah 10dolar..hishhhh!
kenapa la elaun lambat masuk?
kenapa la encik zul tak bagitau awal-awal yang elaun masuk bulan 11 nanti?
haishhh..
haishhhhhhhhhhh..
haisshhhhhhhhhhhhhhhhh!!
bencinya!
huuu..tension benar bunyi nya nada monolog di atas ni..
tiap-tiap masa asyik pikir duit je..
duit takde la, ini mahal la, apela..
hmm..inilah tanda-tanda orang yang tak sabar..
asyik mengeluh je kerjanya..
bila dah mengeluh sana mengeluh sini ni, nampaknya dah hilang sabar la tu..
tak elok tak elok..tambah-tambah dalam bulan puasa ni..
sebenarnya, bulan ramadhan ni dikenali juga dengan nama bulan kesabaran..
so, seeloknya, dalam bulan mulia ni, kita kenala banyakkan bersabar..
even fitrah puasa itu sendiri, menyeru secara tak langsung agar manusia sabar..
contohnya bersabar tak makan tak minum, sabar nafsu itu dan itu..
huu..sebenarnya ni la topik tazkirah malam 10 ramadhan..
BERSABAR..
hmm..kalau nak cerita pasal sabar ni, memangla sangat banyak..tu kalau bukak alquran, banyak sangat sangat sangat ayat-ayat Allah yang cakap pasal orang yang bersabar ni..
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar [2:155]
sabar ni boleh la dikategorikan dlm 3 jenis;
1. sabar melakukan ibadat..
2. sabar dari melakukan maksiat..
3. sabar mengahadapi ujian Allah..
umm..selalu je orang-orang anggap yang sabar ni, hanya diuji bila ada musibah besar-besaran, contohnya macam bila ada kematian ke, ada bencana alam ke..tapi, tak..kecil-kecil benda pon, kadang-kadang perlukan kesabaran kita..contohnya orang mandi lama-lama dalam toilet ke, orang wat semak kotor-kotor kat dapur ke, haa..itu pon kita asyik merungut, tak sabar dah..
hadis-hadis yang cakap pasal sabar ni pun banyak jugak..
yang paling famous, sabar itu separuh dari iman la kan?
dari Ali R.A,
"sabar itu 1/2 daripada iman, adalah seperti kedudukan kepala dari tubuh..tak ada tubuh bagi orang yang tak ada kepala..dan tak ada iman bagi orang yang tak ada kesabaran"
lepas tu, sabar ni sebenarnya mampu dekatkan kita kepada Allah..
syaitan kata, tanda kesabaran ialah orang yang tak mengeluhkan kesulitan kepada orang lain selama 3 hari..
maksudnya, mestila selama 3 hari tu, kita hanya keluhkan kat Allah kan? hmm..Allah memang suka kalau kita mengadu semuanya kat Dia, so mengadulah kat Allah, rintihlah kat Allah..
emm..benda sabar ni, memangla..pandai je cakap..takaut-takut diri sendiri pon tak penyabar..
sabar = easier said than done..hee..
tapi nak cakap kat sini, kalau nak pupuk sifat sabar tu, kita kenala berfikir positif..tau kenapa Allah uji kita..seorang kawan pernah cakap, kalau kita ni ada masalah ke, orang buat jahat ngan kita ke, kita jangan pulak react haritu jugak..think about it the next day..masa tu, insyaallah kita akan lebih cool..dah takde rasa marah (atau kurangla sikit)..so tak dikuasai nafsu amarah, dah dapat kawal diri secara rasional..huhuuu..
lagi satu, janganla lupa pulak nak berdoa..Allah tu dekat sangat dengan kita..Allah cakap, kalau kita berdoa, pasti dia kabulkan..cuma lambat atau cepat termakbul, itula yang perlukan kesabaran..
okaylah, takat ni je..
wallahualam..
yang baik itu datang dari Allah, yang tak baik itu, Allah jugak yang tentukan tapi bersandarkan atas diri saya sendiri..
Thursday, August 19
kawan itu friend..
umm..tazkirah terawih malam ke 9..tajuknya NASIHAT..
tapi, ada yang macam terkeluar tajuk sikit, tapi paling terkesan kat dalam hati..
baru tau yang rupanya
Allah tak suka 3 golongan ni:
1. suka bagi alasan..
2. membazir harta benda..
3. taknak kalah dalam percakapan..
alahai..tersentap jugak tadi..
sebab apa? sebab 3 3 golongan ni, terkena kat diri sendiri..huu..no 1, ye..no 2, yes..no 3 saya jugak!
hmm..bila dah tau memang Allah tak suka, lepas ni insyaallah nak ubah diri..
okay okay,
berbalik pada topik asal,nasihat..
ada banyak yang lupa, ingat sikit-sikit ja..
huu..
analogi malam ni..
kalau time nak exam, kita mestila nak study sama-sama dengan kawan yang sama course dengan kita..yang study, bukan yang main-main..sebab kalau bersama yang tak mau study tu, kita akan tend untuk melencong la bila tengah study, sembang la gosip la..
tapi, bila study sama dengan yang sealiran, mestila kita dapat tolong sesama sendiri kan?
yang kita tau, kita sebarkan..yang kita tak tau, kawan tolong pahamkan..
haa.. ini jugak sama dengan kepentingan kawan..untuk nasihatkan apa yang patut..
sebenarnya kawan ni memang penting..dalam alquran pon ada disebut pasal kisah nabi Musa, yang minta seorang teman, agar sama-sama dapat mengingati Allah (20:25-35)..sedangkan nabi Musa yang Nabi ni pon perlukan teman agar sama-sama mengingati Allah, apatah lagi kita manusia biasa yang selalu lupa diri ni..hmm..dan harapnya, kawan-kawan kita tu, sahabat-sahabat kita tu, adalah golongan yang mampu nak nasihatkan kita ke arah kebaikan, bukannya mendorong ke arah yang tak baik..
itu saja nak kongsi, dadaaa~

Tuesday, August 17
hati sakit? sakit hati? mari berubat!
harini day 6 puasa..takot jadinya..patutnya dalam hari-hari awal ramadhan ni, kita train diri kita..supaya bila masuk pertengahan ramadhan, dah terbiasa melakukan amal-amal baik..pastu, bila dah 10 malam terakhir, barula senang nak gandakan amal ibadat masa tu..
masalahnya..
ini baru day 6, aku dah macam ape je..
hati ni problem macam-macam..sebenarnya bendanya kecik je, tapi sebab biarkan nafsu yang kuasai diri, habis berkurang pahala puasa harini..menyesal..
pastu bila dah rasa sedar diri berpuasa, barula dapat kawal diri..mintak ampun kat Allah banyak-banyak..
pastu, alhamdulillah, rezeki aku dapat dengar tazkirah malam ni..tajuknya memang kene dengan diri sendiri; PENYAKIT HATI..
hmm..
kenapa eh kita ni ada penyakit hati?
puncanya, hati tak dijaga betul-betul..
analoginya, bayangkan ada makan sedap kat depan mata..tapi, awak pula demam..so mestila makanan sedap pon boleh jadi tak sedap sebab pahit mulut la, takda selera makanla..
hmm..macam tu jugak dengan hati kita..bila dah asyik buruk sangka, asyik busuk hati dengan orang, kotorla hati tu..dia jadi sakit..bila sakit, kita tak dapat nak rasa kasih sayang yang Allah bagi kat kita..
hmm..kalau macam tu, macam mana plak nak ubatkan penyakit hati ni?
ada banyak cara, tapi bolehla kalau kita nak banyakkan baca alQuran dengan tafsirannya sekali..insyaallah akan terkesan dengan cerita-ceritanya..mana tau kebetulan akan baca ayat yang kena tepat-tepat batang hidung sendiri, yang kena dengan salah silap kita pada hari tu..lepas tu, qiamullail..mintak kat Allah pada masa orang lain tengah nikmat tidur, pasti Allah kabulkan..lagi, bolehla berzikir..kalau malas nak zikir panjang-panjang, ada banyak je zikir-zikir yang mudah, contohnya istighfar etc., Astaghfirullahalazim, Subhanallah, Alhamdulillah, dan Allahuakbar..
lagi, boleh jugak bergaul dengan orang-orang soleh..sebabnya, kita tend untuk rasa segan nak buat benda-benda pelik yang tak elok bila ada dengan orang-orang baik ni..
umm..lagi, banyak lagila yang kita boleh buat sebenarnya..
hmm..tapi kan..
kalau kita sakit, kita makan ubat je tak cukup..kita mesti amalkan pantang-pantang kan? contohnya, kalau dah tau diri tu demam kena hujan, kita mestila makan ubat demam antibiotik selselsema semua tu kan? tapi demam takkan lega kalau kita dok pi main hujan lagi..so, kenala stop main ujan jugak, barula ubat yang kita makan tu mujarab kan?
haa.. macam tu la jugak dengan sakit hati ni..kalau kita ada penyakit hati, pastu kita cuba berubat, bagusla..tapi, kenala jugak jauhkan perkara sakit-sakit hati tu kan?
p/s:
lebih baik sakit fizikal, tak larat nak buat apa-apa, mesti tak larat jugak nak buat perkara maksiat..takot-takot kalau sakit dalam hati, badan kuat, terlebih kuat sampai boleh buat perkara-perkara maksiat..
Sunday, August 15
alhamdulillah..
hee..topik tazkirah terawih harini; bersyukur..
tertarik dengan topik tazkirah tu sebab analogi yang deorang pakai..
huu..itula manusia..
berbalik pada diri sendiri,
alhamdulillah..sempat jugak Allah beri kesempatan nak dengar tazkirah tu..kalau tak, diri sendiri pon mesti asyik merungut je..padahal, nikmat yang Allah kasi, lagi banyak dan berganda-ganda berbanding dugaan yang kita terima..tapi, kalau dapat nikmat, tak mau, tak reti bersyukur..kalau dapat ujian, bila Allah tarik balik nikmat tu, alamak..asyik dok sumpah seranah je kejenye..
manusia manusia..
hmm..Allah dah cakap, kita ni, kalau bersyukur, berganda-ganda nikmat Allah akan kasi..tapi, haa..sapa-sapa yang tak bersyukur tu, haa..tunggula..azab la jawabnya..(14:7)
alaa..bukan susah pon kan nak bersyukur..cakap jela, alhamdulillah..
Allah tu Maha Kuasa, Maha Kaya..tak luak pon kalau kita ni tak bersyukur, tak memuji-muji Allah..Allah ada segala-galanya..yang kaya-kaya si Microsoft punya founder tu, kaya-kaya Sultan Brunei, semuanya tu harta Allah..kalau deorang takmau bersyukur pon, no hal lah bagi Allah..
tapi, curious tak kenapa Allah suruh kita bersyukur?
aku pon tak tau..dah kene bersyukur, bersyukur jela..
tapi kenapa eh?
hmm..jawabnya, sebab Allah nak kita ni sedar, Allah nak kita ni ada rasa kehambaan padaNya..Allah tak mintak harta kekayaan kita, Allah tak mintak makanan, wang ringgit kita, cumanya, Allah mahu kita ni sedar diri, yang Dia itu tuhan, kita ini hambaNya..faham?
hmm..konsep ni, sama juga dengan konsep berdoa..padahal Allah dah tau apa ada dalam hati kita..sama ada kita luahkan ataupon sembunyikan dalam hati..Allah tau je semua rahsia-rahsia kita, apa yang kita nak..tapi, Allah nak kita mintak padaNya..bila kita berdoa, kita akan sedar yang kita ni is nobody! kita bukan siapa-siapa, kita ni lemah, kita ni miskin, kita ni perlukan pertolonganNya..ada sense kehambaan di situ..sebab Allah lah pemilik semua yang ada di bumi maupun di langit..faham tak?
harap-harap faham dan terkesan di hati..walau kecil mana pun nikmat yang diperoleh pada saat dan ketika ini, ringan-ringankanla mulut tu, cakap Alhamdulillah..
mudah je kan?
tertarik dengan topik tazkirah tu sebab analogi yang deorang pakai..
kalau internet lambat, mengeluh..lambatla ngokngek la, apela..tapi bila dapat internet tu, ada cakap alhamdulillah ke? at least ngokngek ngokngek pon, dapat jugak pakai internet free kt hostel ni..tapi kita ni kerjanya asyik merungut je kan?..haishh..
dan statement yang paling sentap; kalau solat lewat-lewat, lambat-lambat, ade kita merungut? tak komplen plak kan? kalau internet lambat, komplen; kalau dia solat lambat, tak komplen pulak?!
huu..itula manusia..
berbalik pada diri sendiri,
alhamdulillah..sempat jugak Allah beri kesempatan nak dengar tazkirah tu..kalau tak, diri sendiri pon mesti asyik merungut je..padahal, nikmat yang Allah kasi, lagi banyak dan berganda-ganda berbanding dugaan yang kita terima..tapi, kalau dapat nikmat, tak mau, tak reti bersyukur..kalau dapat ujian, bila Allah tarik balik nikmat tu, alamak..asyik dok sumpah seranah je kejenye..
manusia manusia..
hmm..Allah dah cakap, kita ni, kalau bersyukur, berganda-ganda nikmat Allah akan kasi..tapi, haa..sapa-sapa yang tak bersyukur tu, haa..tunggula..azab la jawabnya..(14:7)
alaa..bukan susah pon kan nak bersyukur..cakap jela, alhamdulillah..
Allah tu Maha Kuasa, Maha Kaya..tak luak pon kalau kita ni tak bersyukur, tak memuji-muji Allah..Allah ada segala-galanya..yang kaya-kaya si Microsoft punya founder tu, kaya-kaya Sultan Brunei, semuanya tu harta Allah..kalau deorang takmau bersyukur pon, no hal lah bagi Allah..
tapi, curious tak kenapa Allah suruh kita bersyukur?
aku pon tak tau..dah kene bersyukur, bersyukur jela..
tapi kenapa eh?
hmm..jawabnya, sebab Allah nak kita ni sedar, Allah nak kita ni ada rasa kehambaan padaNya..Allah tak mintak harta kekayaan kita, Allah tak mintak makanan, wang ringgit kita, cumanya, Allah mahu kita ni sedar diri, yang Dia itu tuhan, kita ini hambaNya..faham?
hmm..konsep ni, sama juga dengan konsep berdoa..padahal Allah dah tau apa ada dalam hati kita..sama ada kita luahkan ataupon sembunyikan dalam hati..Allah tau je semua rahsia-rahsia kita, apa yang kita nak..tapi, Allah nak kita mintak padaNya..bila kita berdoa, kita akan sedar yang kita ni is nobody! kita bukan siapa-siapa, kita ni lemah, kita ni miskin, kita ni perlukan pertolonganNya..ada sense kehambaan di situ..sebab Allah lah pemilik semua yang ada di bumi maupun di langit..faham tak?
harap-harap faham dan terkesan di hati..walau kecil mana pun nikmat yang diperoleh pada saat dan ketika ini, ringan-ringankanla mulut tu, cakap Alhamdulillah..
mudah je kan?
Saturday, August 14
syida, u r nobody. so, forgive others!
1 perkara yang aku belajar hari ini,
aku ini bukanlah siapa-siapa..jadi, aku tak layak pon nak membenci orang lain..nak marah dengan orang lain..kalau benci, kalau tak suka, bencilah dengan perbuatan orang tu..bukannya bencikan orang tu..sebab orang-orang tu, semuanya makhluk Allah..siapalah aku nak membenci makhluk-makhluk Allah yang lain, sedangkan aku sendiri makhluk Allah yang hina..asalnya dari setitis mani, yang keluarnya dari saluran yang kotor..sedangkan Allah itu sendiri Maha Pengampun, inikan pulak aku hambaNya nak benci-membenci orang lain, dan tak nak maafkan kesalahan orang lain..
aku nak jadi orang yang maafkan kesalahan orang lain, dan yang dapat tahan kemarahan..(3:134)
jadinya kat sini, nak bagitau..
sempena Ramadhan yang mulia ni, aku maafkan salah silap awak-awak sekalian..
sapa-sapa yang pernah buatkan aku marah dan hilang sabar, aku maafkan..
tapi maaflah, untuk sesetengah orang, aku hanya mampu maafkan, tapi tak mampu nak lupakan..
Ya Allah..
bersihkanlah hatiku, sucikanlah jiwaku..
moga-moga nanti aku dapat berlapang dada dengan segala dugaan yang aku terima..♥
nak keluar mencari cahaya, tak mau hati terus bergelap membenci orang!

Tuesday, August 10
selamat datang, Ramadhan!
Alhamdulillah..
Ramadhan is coming..
my first time celebrating Ramadhan in Auckland..
dengan musim sejuk saket dada bila jalan laju-laju..
dengan jadual terabur kuar lepas subuh-balik maghrib..
InsyaAllah, semoga Allah permudahkan segalanya..
kali ni nak kongsi apa yang ada depan mata..
kalo dapat jadikan amalan, Alhamdulillah..
ini niat puasa ramadhan:
Nawaitu sauma ghodin 'an adaa-i fardhi syahri romadhoona haadzihis sanati lillaahi ta'aala.
ertinya: Aku berniat puasa esok hari menunaikan kewajipan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'aala..
ini pula doa ketika bulan Ramadhan hampir berakhir:
Ya Allah, janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai yang terakhir dalam hidupku.. seandainya Engkau berketetapan sebaliknya, maka jadikanlah puasaku ini sebagai puasa yang dirahmati, bukan yang hampa semata..
berikut adalah doa berbuka puasa =)
Ya Allah, keranaMu aku berpuasa, denganMu aku beriman, dan dengan rezekiMu aku berbuka..
VS
*tomyum masak sendiri versus bufet Ramadhan kt Malaysia, apa-apa pon tomyum pon rezeki dari Allah jugak*
eh eh, lupa la..
ada juga checklist kat sini..
let's check our ibadah!
♥ bangun subuh + solat sunat + lagi bagus kalau qiamullail
♥ solat 5 waktu tanpa lengah-lengah
♥ solat terawih
♥ doakan ibubapa
♥ baca Quran serta tafsirannya
yang penting, jangan asyik dahulukan yang sunat, kalau yang wajib pon belum buat!
*credits to handouts meraikan pesta ibadah dengan tema 30 hari mencari cinta @ ramadhan 1431H*
**teringat makan bufet kt JB Catering Ramdhan2008. balik sampai muntah sebab kenyang sangat**
Monday, August 9
again n again, i fall for u!
KETIKA ALLAH MEMILIHMU UNTUKKU
Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..
Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..
Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..
Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah. .
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..
Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..
Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..
Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..
( Oleh Aztriana 180610/ 01'50 Makassar.. )
*copypaste dari facebook*
hi, this is my new blog.
Subscribe to:
Posts (Atom)