Sunday, August 29

jangan kedekut pada Allah!

Alhamdulillah..
Maha Suci Allah..

sebenarnya nak cerita pasal masalah tak pandai bahagi masa..
dekat sini, sejak mula semester 2, rasanya jadual pack sangat-sangat..
kadang-kadang keluar pukul 7.45 pagi, balik pukul 5.30 petang..
bunyinya macam biasa je, macam orang kerja pejabat..
tapi oleh sebab diri sendiri ni lemah dan lembik dan badan yang ala-ala manja yang tak boleh buat kerja berat, selalu bila balik bilik, badan letih sangat..
mana lagi nak tengok assignment, mana lagi nak buat homework..
kadang-kadang lepas balik tak makan apa-apa dah sebab tak larat dah nak pikir pasal makan ke lapar ke, yang lagi penting nak rehat je..

tapi, bila bulan puasa ni, lagi la terasa letihnya tu..
masa mula-mula masuk Ramdhan, takde pon niat taknak tinggal terawih..
tapi alhamdulillah, Allah bukak hati supaya sedar bahawa amalan teraweh ni bukannya selalu..setahun sebulan je..dan belum tentu yang tahun depan akan jumpa lagi dengan ramadhan berikutnya..
setakat ni alhamdulillah baru tinggal sekali sebab masa tu memang penat sangat..

ayat 57:11 dalam al Quran ada cakap pasal something yang sangat terkesan dekat hati..

"barang siapa meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan mengembalikannya berlipat ganda untuknya, dan baginya, pahala yang mulia"


inilah motivasi untuk nak pergi teraweh..walaupon kadang-kadang tu rasa letih dan malas sangat tambah pulak assignment banyak, rasa macam nak ponteng je teraweh..tapi alhamdulillah bila fikir balik tentang ayat ni, rasa malas tu kurang..walaupun letih sampaikan tiap-tiap hari ada je orang asyik tegur kenapa mukan nampak letih, kenapa mata nampak tak larat sangat, ya, memang dah tak larat sangat..tapi tak rasa mengantuk, alhamdulillah..semangat jugak nak teruskan teraweh..

siapalah aku nak kedekut masa untuk spend masa beribadat kat Allah, padahal Allah la pemilik masa yang aku ada tu..

analoginya macam ini barang awak..tapi awak kasi orang pinjam..lepas tu bila awak nak pakai barang awak punya tu, yang pinjam tu taknak kasi balik..hmm..macam tu la..


dan baru ni, bila dalam seminggu tu ada 3 assignment and 2 test, rasa jugak tergugat iman ni..
either nak teraweh ke nak wat assignment..and again, alhamdulillah, ayat ni sekali lagi bagi motivasi kat diri..
dan akhir sekali, tetinggal la 1 assignment aku tak hantar..sebab bila balik teraweh, dah letih..pastu bukan jenis stay up sangat pon, so layan jela tido tu..

tapi..

kan dah cakap tadi..
Allah tu Maha berKuasa ke atas sesuatu..
Allah nak pujuk hati ni, supaya jangan menyesal spend masa untukNya..kan Allah dah cakap, siapa yang bagi pinjam sesuatu kat Allah, Allah akan lipat gandakan barang yang dipinjamkn tu..

itulah yang jadi..

rupa-rupanya assignment yang aku tangguh tu, ada postpone sampai isnin ni..dan Alhamdulillah, tak perlu la rasa tak sempat dan bolehla berlapang dada nak pergi qiamullail malam ni, insyaallah..

ayat 35:2,
apa saja di antara rahmat Allah yang dianugerahkan kepada manusia, maka tidak ada yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahanNya, maka tidak ada yang sanggup untuk melepaskannya selepas itu. dan Dialah yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana..


No comments:

Post a Comment