Showing posts with label seriously memang random. Show all posts
Showing posts with label seriously memang random. Show all posts

Friday, September 16

11/9. eh tak, 11 haribulan of each month.

harini masa tengah-tengah dok pura-pura sebok wat assignment, teringin pulak nk mengupdate blog. haritu macam ada banyak sangat nak tulis, pasal raya la, pasal praktikum la, rugby world cup la, open house la, tiba-tiba baru sedar yg harini rupanya dah 16 september dah. raya dah dekat 2 minggu lebih, praktikum dah officially tamat seminggu lepas, sama jugak dengan rugby opening ceremony dah berlaku seminggu lepas, dan my open house hari isnin baru ni pon sekeping gambar pon tak amek! kiranya benda dah basi so malas dah nak canang sana sini.

emmm berbalik pada tarikh hari ini, iaitu 16/9, eh tak, patutnya 11/9, dah genapla 1o tahun WTC runtuh. haishhhhhhhhhhhh x de makna aku nak tulis pasal WTC segala maknenek kan, ni hah, 11/9 sudah genap la 2 bulan *something something* happened. hehehe.. eh seronok pulak kan. eh xla, x de perasaan pon. ye, best word to describe my feeling now is FEELINGLESS. adeke? ke EMOTIONLESS? tak tau lah. paling tepat sekali adelah duduk diam-diam, sebab diam adalah lebih baek dari bercakap.. bak kata status-status kat facebook tuh, SENYUM, TAK PERLU KATA APA-APA =) and yes, itu dia the best way to describe it. senyum dan senyum. whatever. merapu merapu merapu ok offf!

p/s: this is totally rubbish tapi nak post jugak, tengah wat countdown. eh x, tengah calculate anniversary of something. heee~

Friday, July 29

rindu maktab, blok D, skendel dan yang seangkatan dengannya~

malam ini malam yang syahdu. aku rindu maktab IPGM KTI, like serious, tak tipu. segala macam kenangan terngiang-ngiang (betol ke?) di pikiran ketika ini. yeah, sebab tak dak pape nak buat, tu pasal boleh pikir macam-macam kenangan yang mengusik jiwa.

pertama-tama, aku rindu bilik D27 and D15.. Bilik D27 tu, aku duduk situ 2 tahun woo.. paling best bila ada pertandingan bilik cantik tuh, my roomate and i beria-ia siapkan bilik kami lawa-lawa. walaupun tak menang tapi puas hati, sebab bilik penuh dengan sana-sini..hee~ bilik D15 pulak, duduk situ 1 sem je.. sedikit suram sebab location dia sangatla tak best, hujung sekali blah belakang aras bawah pulak tu. tak boleh bukak tingkap, tak boleh bukak pintu, lampu pon tak menyala. tikar getah koyak sana sini, malam-malam wajib kunci pintu and grill (which was so hard sebab kami 2 orang memang selalu tak kunci pintu). privacy pon tadak sebab orang atas tangga boleh nampak ke dalam melalui kekisi kat atas tuh! tapi banyak jugak memori terlakar kat bilik tuh. dan aku rindu semua tu. contohnya balik kelas pukul 1 pastu tido tebongkang sampai pukul 4 memang best ditambah pulak dengan takdak cahaya mataharinye..pastu aku dah mula bawak rice cooker masa tinggal kat bilik ni..masak-masak senang je sebab bilik aras bawah, kat belakang toilet ada paip air la, pokok serai la, nak pakai, pakai, nak ambik, ambik. memang best in term of masak-masak secara terlarangg nih. bab-bab bergayut talipon pon best jugak, sebab bilik bawah ni lagi banyak privacy. agak-agak nak bermanja-manja boleh kuar and gayut tepi bilik ngadap longkang kecik sambil sandar kat dinding. malam-malam boleh gayut kat tangga. sebab masa duduk bilik atas, tadak port best so aku akan gayut sambil tawaf aras 2 berkali-kali. huuu. tapi sekarang dah tadak suma itu, i dah menjanda.


ini bilik D15 yang semak, mungkin busy dengan esaimen time nih

lepas tu, aku rindu kenangan berjalan laju-laju pergi kelas. maklumlah, aku duduk blok lama, kelas pulak kat blok baru. orang lain pukul 7.20 dah start jalan, kami 2 orang pukul 7.30 baru nak tehegeh-hegeh kuar bilik, tambah tension bila kunci aku hilang pi mana taktau, dengan tertinggal payung segala. orang lain pegi kelas ambik masa 15 minit nak sampai sebab pakai hi-heels segala, kami 2 ambik masa 10 minit pon tak sampai. jalan laju gila sampai basah ketiak, haha. tambah kalau pakai baju kurung polos, siap pakej senaman pagi pulak, lencunlah bajuku..oh sungguh memalukan. shame on me. dan aku sendiri dah berapa kali kena tegur dengan cik Baharom, haishhh.. bayangkanlah, sepanjang-panjang jalan tu, hanya ada aku dan roomateku, bertembung dengan cik B tengah reverse kereta kat depan rumah dia la apa la.. but then, towards the end of our stay there (sem 2 2009), budak tesol banyak kelas kat blok lama. dan aku pon dah bijak takmau buat senaman pagi, dan senaman pagi sendiri kadang-kadang ada kadang-kadang tadak. so kitorang selalu sembunyi belakang kereta-kereta kat parking lot blok baru. hebat, dan rasa seronok. selamat dari tulis nama kat kertas merah cik Baharom. wekkk!

Syida with Hanis and Tonton. kami pakai baju kurung polos yang selalu basah kat bahagian tutttttt

dan satu lagi, seronok jugak makan dekat kafe blok baru. walaupon makcik tuh masak tak berapa sedap, tapi aku rindu dengan sambal tempe dan ayam goreng berminyak dia. dan of coz, aku sangat lah rindu dengan air pink sirap bandung aku tuh. bungkus, pastu gantung tepi tingkap kat kelas. miss ratha kata macam air pekerja construction. hehe.. pastu sambil makan, boleh jugak usha-usha tengok skendel aku dulu. haha. seronok, tambah-tambah kalau boleh senyum-senyum depan ex-gf dia.HAHAHAHA. ooppps okay, serius ini confession yang scandalicious. bukan itu saja, boleh pulak masa tengah kelas lepas balas-balas sms, aku pon menggedik pergi toilet sebab nak babai-babai dengan orang kelas atas aras 4.. hari rabu kalau tak silap, sebab time tu ada subject classroom management miss ratha. oh memang sungguh gatal masa itu, tak terkawal. adoi!

dan yang paling menggamit memori adalah masa perhimpunan mingguan pagi isnin. before dewan terbuka siap, kena berhimpun atas padang. aku dan roomate selalu lambat. selalu sampai masa orang laen tengah nyanyi lagu Negaraku, kami pon confuse nak berenti ke nak sambung jalan. kalu berenti, satgi kene ambik nama masuk kertas merah. kalau sambung jalan, selamat la sampai masuk barisan tesol. hehe. tak senonoh. masa tengah ketar-ketar sampai lewat, mulalah hanis selawat banyak-banyak. haha lawak gila, dengan peluh dia mencurah-curah. hehe..

berjalan pulang dari kelas bersama Tonton. kene pakai payung sebab takmau hitam!

emm tak larat dah nak menaip, tapi serious semua ni still fresh dalam kepala otak aku. walaupon harini dah 29 july 2011, dah lebih setahun setengah aku tinggalkan maktab. dan kenangan-kenangan tu tercipta sejak aku masuk maktab 16 july 2007 lagi, nostalgik kan? lepas ni, aku still akan sambung belajar kat maktab for another 1 year, tapi segalanya pasti dah berbeza, takkan sama dengan yang dah berlalu tu. senior-senior, lecturer-lecturer, semua dah bertukar. dan kami sendiri akan jadi senior, dah tak kenal dah sapa-sapa yang ada kat maktab tuh. sedey~ wuuuuu~~~

Thursday, June 16

Yay, got my new specky!


Hip hip hooray! Harini saya dapat spek baru! Lihatlah wajah ceria saya ini! Hahaha..emm i got this glasses from clearlycontacts.co.nz for free.. Hehe. Nope it's not that i win something or what, but it's just that they are giving away like 10,000 glasses for free. Yes for FREE!!! Free frame, free lens, and you just have to pay for the shipping je. Ala it's very cheap tho, only like $15. Hmm but mine was $120+ coz i had to make it densed, sebab power terlalu tinggi, 700++.. hehe so kene bayar extra lah sikit. But really satisfied with the service, and bukan takat dapat spek, dia jugak kasik screwdriver kecik untuk adjust2 spek, which is so good sebab my glasses memang la x penah dok diam, mesti kepek sana kepek sini. So sape2 kat NZ nih, silalah like facebook clearly contacts and be ready for their next free giveaway glasses day, rasenye belom terlambat sebab deorang still runs the campaign up till today. Nak beli untuk diri seniri ke, mak bapak ke, adik beradik ke, suke ati. Ade je member wa beli sampai 4 untuk diri sendiri.. Haha. Dah benda free kan, sape tanak. Hehe.

Sunday, May 22

design blog ni dah feminin sikit, kan?

heee..

baru tukar design blog ni, n i'm so in love with it..nampak kewanitaan tapi masih mengekalkan elemen comel..haha, seriously macam transisi diriku yang kini dah tua umo 22 tahun ni..macam tak pecaya kan? tiba-tiba baru sedar 22 tu dah kira dewasa, kalau dah kawen mungkin dah beranak-pinak..ok off topic, dan takde bende pon nak cakap. ade, tapi macam private sikit, so takmau tulih kat sini..ok bye.

Wednesday, April 27

Mak kata camtu, camtula.

Mum is always right! Tau je bile kita ada masalah,betul je nasihat yg dia bagi. Walaupun rasa taknak ikut nasihat tu, hati memberontak tak mau tak mau, at last memang itu la yg the best buat kita. Sebab mak kita dah banyak makan garam dari kita, tu pasal dia tau banyak benda. Lagipon mak yg beranak kat kita, so mak tau la luar dan dalam kita ni macamna. Nasihat aku pada yang selalu bangkang tak mau ikut nasihat mak tu, haa. Tunggula sikit hari lagi, akan terbukti apa yg mak kata tu betul.

Tuesday, April 12

trademe.ipodtouch4thgen.pokai.

TRADEME? sapa-sapa yang taktau apekah itu trademe, sila google sekarang!


trademe adalah sebuah website yang sangat famous kat new zealand, tempat orang-orang membeli belah secara online..sapa-sapa pon boleh jual, sapa-sapa pon boleh membeli..semua jenis barang ada kat sini, firsthand ke secondhand ke, murah ke mahal ke, berguna ke tak berguna ke..everything!


BERGUNA KE TAK BERGUNA KE??

haaa, sayalah orangnya yang jadi mangsa trademe..membeli tanpa had padahal takde duit banyak pon.. barang yang dibeli pon takde la penting sangat..banyak perabeh duit je! contohnya ini



ipod touch 4th generation dowh!

mungkin kegilaan orang laen, tapi saya pulak beli sebab teringin nak touch sana touch sini masa tengah dengar kuliah..fuh..maklumlah, hp sedia ada nokia 5230 tu leh wifi je, tapi takleh touch sana sini..tapi bila menatang ni dah ada, tak reti and takdak hati nk pakai pulak dah..seminggu lebih dah barang ni sampai, tapi tak on langsung pon..haishhh..melayang 300dolar dengan sekali klik je..fuh fuh, gaya macam banyak duit kan?

mummy wanna be?

malam tadi saya mimpi saya beranak.






ouchh so scary!

Monday, January 31

saya sayang mak saya, awak sayang mak awak, dunia kita berbeza

assalamualaikum..hai..hai..hai..

sementara tangan terasa gatal nak menaip something ni, sementara otak tengah ligat berfikir, sementara dalam diri ada konflik dalaman ni, nak tanya,

apa makna ibubapa untuk anda?

hmm..tau je, ramai yang definisikan ibubapa makayah umiwalid mamapapa ni mestila orang yang paling banyak berjasa kat kita, ngandungkan kita, lahirkan kita, besarkan kita dengan penuh kasih sayang, jaga kita sakit demam..yes i tau itu semua..

tapi kan, sejak-sejak kita dah bergelar remaja, sejak-sejak kita dah mula kenal cinta monyet, rasanya keakraban kita dengan parents kita makin hari makin kurang..saban hari tangan asyik menggenggam handset berbalas pesanan ringkas bergayut diam-diam lama-lama..segala masalah yang dulu kita kongsi bersam ibu bapa, yang kita kongsi bersama adik kakak, kini dah punya pendengar setia yang baru..lebih memahami, lebih caring, lebih segala-galanya..

tapi ye, i tau je yang sesetengah famili, sesetengah adik-beradik, takla serapat mana hubungan sesama mereka tu..ade je yang tak suka berkongsi cerita, tak selesa berkongsi rahsia, even tak rela berkongsi makanan! (haha aku la tu)


hmm..berbalik kepada persoalan makna ibubapa kat kita, kalau nak dibandingkan dengan boifren gefren kita, mana satu eh yang lagi kita sayang? hey hey, jangan pernah bandingkan dua-dua tu sama tahap ok? sesayang mana pun kita kat si monyet tu, please jangan cakap awak sayang dia lebih dari awak sayang ibu bapa awak! memangla masa bercinta dunia ini ana yang punya, macam takde orang lain dalam dunia ni, hanya si dia dan anda saja serasanya..ceh ceh..itu fantasi cinta je tu, baliklah pada dunia realiti, please sikit ok?

sebab nanti esok lusa,bila cinta awak kecundang, frust sampai menonggeng tertonggeng, sape la yang nak kesian tengok awak tu? sape la yang nak jaga makan minum awak? sape la yang nak pujuk awak, nasihat awak, cakap baik-baik dengan awak? ade si monyet cinta hati awak tu nak pujuk-pujuk balik? ada? merapu..toksah dok ngade cakap yes..silap-silap baru putus 2, 3 minggu, si monyet jantan dah menggatal ngan pompuan baru, si monyet betina dah bersayang-sayang dengan jantan lain..fuh, geram betol dengan pasangan tak setia ni..

tapi takpela..


ishhh dah merapu banyak ni..

sebenarnya nak nasihatkan sape-sape yang sedang bercinta ..

awak awak dan awak, please la sedar yang cinta tu bukan penentu bahawa si dia tu jodoh kita..cinta tak bermaksud dia itu awak yang punya, awak itu dia yang punya..tapi sedarla sikit yang betul-betul ape yang awak ada hanyalah keluarga awak, ibupbapa awak..

cane nak buktikan awak peduli pasal parents awak? awak ade sayang kat famili awak? kalau boleh, kalau nak letak gambar gefren boifren tersayang jadi wall paper screensaver handphone, laptop segala, jangan la lupe letak la gambar family sekali, kalo tak mau ramai sangat orang family besar sangat, kurang-kurang letak la gambar parents awak..ini tidak, dalam handphone, sekeping gambar makbapak pon takde, family potrait lagila jauh panggang dari api..hmm..dah tu letak pulak gambar berlaga idung la, pegang tangan la, peluk-peluk la ngan si monyet cinta hati awak tu..adehhhh..parah betul..dah la gambar tak sedap mata memandang, boleh pulak tayang-tayang kat orang..


pastu dalam dompet, memang bukak-bukak wallet ke purse tu, terus nampak gambar si jantung hati yang handsome gile, yang manis menawan sume tu..adoi..hari-hari tengok gambar tu je, sampai buat ape pon dah tak ingat kat makayah kat rumah..ok kalau awak claim yang wajah ibubapa kesayangan awak tu dah melekat dalam hati, tu ape maknanya awak boh gambar monyet kesayangan awak tu depan-depan? awak tak ingat kat dia ke? tak melekat terus dalam hati ke? haa..tapi kalo nak fair n square, takyah letak gambar sape-sape..sume pakai hafal dalam pala otak je..macam saya..hehe


lagi satu, kalau awak tu belom kahwen, janganla nak ngade-ngade merajok tak tentu pasal kalau si dia lebihkan ibubapanya..hujung minggu takmau dating ngan awak sebab nak balik kampung jumpak ibu bapa, nak tengok muka mak ayah selagi masih ada, biarkan jela..tak sejuk ke hati dengar? at least kalau betul si dia bakal jadi suami or isteri awak, itu kan dah ciri-ciri anak soleh, anak mithali..tapi kalau terlebih-lebih sayanag pon sampai nak berenggang ngan parents pon takleh langsung, susah jugak kan? kalau awak ni gile jeles dengan parents orang kesayangan awak tu, takot nanti kena hidup dengan anak yang sentiasa ikot telunjuk mak ayah dia je, haaa, terpaksalah awak cari jodoh yang anak yatim piatu..kan senang? takyah nak jeles-jeles dah..


hmm..sori kalau tulisan ni buat awak awak dan awak terasa hati, tapi ini jugak untuk peringatan diri sendiri..please be considerate towards others..sebab dalam sesebuah keluarga tu, dalamannya lain-lain..masing-masing ada hal sendiri..famili awak tak boleh awak samekan dengan famili orang lain..karakter setiap individu yang membentuk sesebuah keluarga itu unik, jadinya, setiap keluarga itu sendiri pasti punya kelebihan dan kekurangan masing-masing..jangan awak bandingkan keluarga si polan dan si polan dengan keluarga awak, mereka tak sama dengan kita..tak sama itu maksudnya berbeza..biarla, kalau dia sayang mak dia lebih, mungkin dulu-dulu mak dia banyak sangat berkorban untuk dia..biarla awak sayangkan family awak lebih dari dia, sebab awak tau yang awak dah banyak susahkan mereka..mereka selalu ada untuk awak..


hmm..itu saja yang nak diicoretkan..taktau nak kongsi ngan sape, nobody can understand what i'm thinking about..huuu nasebla..

Tuesday, November 16

i'm leaving very-very soon


salam.

hari ini akan checkout huia iaitu hostel aku tinggal kat auckland ni..lepas tu dah nak balik malaysia 3 bulan..lepas tu takkan dapat connection laju macam kat sini dah..lepas tu mungkin takkan update apa-apa dah sampai la nanti-nanti bila dapat connection laju balik..

oleh itu, mau ucap selamat tinggal..sayonara..

daa~

Thursday, November 11

serabut hati, jiwa dan raga

last few days were very hectic
got lots to say,
got lots to tell,
got lots to story,
got lots to write,
got lots to yak,
got lots to rant,

but too little time to do those..

haishhhh!

minggu ni, memang bertemakan soal hati dan perasaan
ada krisis dengan ramai orang,termasuklah bekas kawan baik,kawan baik, boifren
haa, puas hati boleh cakap direct camni..
hmm..serabut sangat-sangat..
jadinya, post selepas ini adalah kisah-kisah hati yang saket dan bermasalah aku sepanjang minggu ni, okay?


p/s: lurve this cute song, it suits my troublesome days!

Sunday, October 24

nak kawen jugak!

haha tajuk gatal..

umm..best pulak tengok video orang kawen ni..

first time tengok, yang anak pengasas NAZA kawen la, dengan tema fairytale tu, memang betul-betul nampak macam fairytale..takpela, orang mampu..tak luak pon duit dia..rasanya kat malaysia pon, baru je start trend video-video kawen by professional photographer ni..pastu publish kat public..





umm..pastu tengok video kat bawah ni pulak..comelnya pengantin..kakak tu muka cam nora danish sikit-sikit, cute sangat..abang tu pulak walaupon bulat-bulat sikit, tapi comel..haha..muka innocent budak-budak sikit, pastu ada iras-iras si opie bulat tu..haha..


AIQA & HARITH from cstproduction on Vimeo.





video satu lagi ni, best jugak..comel je berenang-renang dalam pool..haha..pastu pengantin pompuan pon comel..lagi, dua-dua pengantin sporting..lagipon orang-orang bijak pandai kawen, syok lah! KMB gitu..huuu..walaupon pandai-pandai, muka tak sombong and nampak macam friendly je..best-best, i loikeee~


.: Majlis Persandingan Hazriq & Nurul :. from cstproduction on Vimeo.



hee..lepas tengok link banyak-banyak video orang kawen, terasa mau kawen jugak..haha..best kan kalau hubungan tu berakhir sampai jinjang pelamin, tak sia-sia bercinta..ini, bercinta bagai nak rak dua tiga pat lima nam tahun, tapi last-last putus macam tu je..lagi kasihan kalau bercinta sampai pat lima nam tujuh lapan tahun, kawen setahun dah cerai..nauzubillahiminzalik..takmau macam tu..


huu..ok la, tak tau nak tulis apa dah..cumanya, angau sebentar lepas tengok orang kawen..seronok tengok orang lain bahagia, sampaikan diri sendiri pon terasa gembira jugak..heee, senyum lebar sangat ni~

Wednesday, September 29

in ♥ with spring

emm..
walaupon baru je tulis pasal masalah tension-tension ni *rujuk post di bawah*, tapi masih boleh tersenyum..sebab happy dapat belajar kat sini..
so dapat jumpa bunga-bunga cantik yamg Allah cipta..

heee..alhamdulillah..

dulu bila belajar novel 'aku anak timur' komsas bahasa melayu tingkatan 1,
teringin sangat nak pergi belanda..nak pergi amsterdam..nak tengok bunga tulip..
sebab aku flower-flower girl punya type.. haha..jiwang kan?
bukan, feminin la..dari tingkatan 1 dah ada naluri-naluri kewanitaan..hee~

tadi sebab tension, pergi la jalan-jalan kat auckland domain..
nak pergi tengok bunga..bunga comel, dapat tenangkan hati yang tension..
tapi tak sempat nak explore puas-puas bunga-bunga kat winter garden tu, sebab dia tutup pukul 4.30 p.m.
tapi adala sikit, nak tengok?











♥ ♥ ♥ i'm so in love dengan spring a.k.a musim bunga! xoxo!!♥ ♥ ♥

Wednesday, September 15

when i'm happy, i smile widely =)


alhmdulillah..happy..seronok..dapat rasa kasih sayang Allah kuat sangat dua tiga hari ni..walaupun memang Allah sentiasa ada..walaupun tau Allah tu maha pengasih maha penyayang..always..forever..kepada siapa-siapa pun..

tapi dalam bergembira pon, ada caranya..
iaitu bersederhana..

bak kata ayat 57:23, jangan bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan jangan pula terlalu gembira dengan apa yang Allah berikan..

lagipun, kegembiraan ni pun semuanya sebentar je..

dalam 42:36 Allah cakap, "apa pun kenikmatan yang diberikan kepadamu, maka itu adalah kesenangan hidup di dunia..sedangkan apa kenikmatan yang ada di sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman, dan hanya kepada Allah mereka bertawakkal"

dan ini pun salah satu ujian dari Allah jugak..
dalam pada bergembira, panjatkan rasa syukur, dan beristighfarlah..
jangan lupa tu, syida!

macam yang dalam 110:1-3,

"apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah keampunan kepadaNya..sungguh, Dia Maha Penerima Taubat"

so Syida, beringat la sikit..awak happy, tak semestinya kawan-kawan lain happy jugak..sila bersederhana..dan jaga hati kawan-kawan sekeliling awak ye?

Saturday, August 28

tak sempat lah!

huu..

hari ni dah ramadhan day 17..
dah lama tak tulis tazkirah ramadhan..
sedih la pulak..
sebab bila tulis tu, nanti-nati lepas dah habis ramadhan, boleh refer balik..
tapi ini dah lama tertinggal sebab sibuk sangat dengan assignment yang bertimbun-timbun hari tu..

hmm..kalau nak recall balik pon boleh ingat topik-topik menarik jela..
♥ murabaqah ( CCTV Allah )
♥ perang badar
♥ surat cinta Allah

yang lain-lain tu dah lupa la..
ada jugak yang catat dalam buku kecik..
nantilah, kalau rajin akan cuba cover balik, insyaallah..