Wednesday, November 16

Final countdown : day 10

Hari ini adalah hari yg ke 10 terakhir of me being in auckland. Kononnya nak catat whateer thing i buat sebab kononya nk live up my last days here secara total. (kononnye lah, we'll see how I progress nanti ye!)

Malangnya hari ini telah bermula dengan tak berapa nak smooth sangat. Masa nk breakfast bancuh cadbury hot choc yg ada stengah tong lagi tu, tersepak la plastik Pak n save kaler kuning tu. Pastu ternampak sehirisan cheese yg tejatuh atas lantai semalam masa wat pizza. Eh tetibe ade satu lagi hirisan kuning bergerak gerak. Pelik!

Sekali tgk macam kembar, dua kali tengok ulat rupanya! Gile panjang ulat tu cis! I mean bukan la panjang sampai sejengkal, itu cacing namanya. Ini bukan calang-calang ulat, ade la panjang sampai seinci kot? Kot jela. Haha gile exagerate. Tapi yang pastinya lebih dari 1cm la. Huhu geli noks~

Selidik punye selidik rupanya bukan sekor tapi berekor-ekor. Oihhh choii betoi ulats nih. Plastik sampah rupanya kat tepi tu. Baru teringat haritu ada kemas fridge, aku ade buang ikan. Mati matian ingat dh buang lam tongsampah.

Hmmm aku dhla fobia dgn ulats ni. Sebab ulat penah kuar dr plastik kfc sape tah makan pastu tinggal kat bilik aku form 3 dulu. Ulat bark punya menjalar atas tangan aku rilex je sebab dok terbayang ulat adalah sebahagian kitar hidup lalat. Pastu baru nak menjerit mintak tolong sebab aku takleh tgk bende mengeliat-ngeliat cam ulat tuh. Wuuuu serius geli yucks yucks!

Pastu kesudahan cite tadi, aku ingt nk pasang heater je depan plastik tu, sebab ulat kan bleh mati kalo kene panas. Kasi cair sama ulats itu. Tapi nak pijak atas lantai pon aku takot, cne ade hati nk selak-selak tepi tu pasang heater. Lepas dok bergeli-gelian atas katil, aku tepaksa kuatkan semangat kene bungkus jugak plastik tuh. Sebab japgi nk kuar lunch dgn susan, takot balik-balik tu meletop plak plastik tuh dgn ulats, lagi geli geli geli! And now its done! Hehe tapi adela 4,5 ekot ulatsbyg dok merayap atas lantai tak tau jadi ape dah kat depa. Tak berani aku nk kemas-kemas barang. Padahal harini plan nak kemas bilik. Adoi. Tergendala plak plan meaninggul days aku.

Wednesday, September 21

Di malam yang syahdu...

Pada ketika aku patut dan harus malah wajib buat assignment yg due tak sampai 48 jam lagi ni, boleh dan sempat pulak melayan rasa syahdu emo lonely ni. Wawawaaaaa. Adakah simptom begini muncul akibat kebosanan dan (kesunyian)?.. Hahaha.. Hmmm tapi itulah, nak buat macamana kan. Heavy thoughts running in my mind right now,2 dengan mimpi macam2 tiap2 malam..mujur bukan heavy eyedrops yg turun. Even single eyedrop pon tidak.

Hmmm bila pikir dan pikir dan pikir lagi, there's nothing to be upset for. Cuma terkenang mesej maaf sempena hari raya. Time kasih tau. Ingat jugak kat kite kan? Haha. Emm. Actually takde pape yg nak dimaafkan, takde pape yg perlu dikesalkan. Whatever happened, happened. We have to take it as a challenge, it's part n parcel of life, dont u think so? Macam orang cakap, kalau hidup semudah ABC, tak seronok jugak kan? And this one pon, is not a big matter. At least for me ( i think so). I think u pon sama jugak, we are both matured kan, tho u always think i am too and always childish. And let me remind you, this has nothing to do with me being egoistic, this is just me. But as always, i = ego. So what? And how bout u too? Tak ego kah?

Friday, September 16

11/9. eh tak, 11 haribulan of each month.

harini masa tengah-tengah dok pura-pura sebok wat assignment, teringin pulak nk mengupdate blog. haritu macam ada banyak sangat nak tulis, pasal raya la, pasal praktikum la, rugby world cup la, open house la, tiba-tiba baru sedar yg harini rupanya dah 16 september dah. raya dah dekat 2 minggu lebih, praktikum dah officially tamat seminggu lepas, sama jugak dengan rugby opening ceremony dah berlaku seminggu lepas, dan my open house hari isnin baru ni pon sekeping gambar pon tak amek! kiranya benda dah basi so malas dah nak canang sana sini.

emmm berbalik pada tarikh hari ini, iaitu 16/9, eh tak, patutnya 11/9, dah genapla 1o tahun WTC runtuh. haishhhhhhhhhhhh x de makna aku nak tulis pasal WTC segala maknenek kan, ni hah, 11/9 sudah genap la 2 bulan *something something* happened. hehehe.. eh seronok pulak kan. eh xla, x de perasaan pon. ye, best word to describe my feeling now is FEELINGLESS. adeke? ke EMOTIONLESS? tak tau lah. paling tepat sekali adelah duduk diam-diam, sebab diam adalah lebih baek dari bercakap.. bak kata status-status kat facebook tuh, SENYUM, TAK PERLU KATA APA-APA =) and yes, itu dia the best way to describe it. senyum dan senyum. whatever. merapu merapu merapu ok offf!

p/s: this is totally rubbish tapi nak post jugak, tengah wat countdown. eh x, tengah calculate anniversary of something. heee~

Friday, August 26

manisnya iman.so sweet~♥


Assalamualaikum..
hee, nak tanya, pernah couple? rasa sweet tak cinta-cinta ni? agak-agak ade tak rasa cam yang kat bawah ni?
"hee~pokoknya,kena cinta.. asalkan dah cinta, mesti bila tertengok atau ternampak benda-benda favourite cinta hati, akan terus teringat kat dia. kan? angau. itu nama dia angau. nampak baju kaler biru, teringat dia.. dengar cite pasal Man U, terkenang dia lagi.. makan nasik kandar, rindu dia sangat-sangatlah and bla bla bla..dan pastinya, kalau dah namanye sayang tu, kita akan cuba nak elakkan dari buat benda yang si dia tak suka kan? sebab taknakla nanti si dia merajuk-merajuk ngan kita, taknak cakap ngan kita, marah-marah. taknak ah gitu kan?"
itu cinta sesama manusia. sweet lah sangat kan. haha.. emm,dapat analogi ni dari kak Teha time tazkirah tarawikh semalam, yang bertajuk halawatul iman @ kemanisan iman.

Iman, yang kita dapat define kan, maksudnya percaya dengan hati, mengaku dengan lidah dan mengamalkan dengan perbuatan. macamana nak dapat kemanisan iman ni? tadi kemanisan bercinta, haa, sekarang kemanisan iman plak. ada 3 syarat je, tak banyak pon. kalau dah dapat capai ketiga-tiga benda ni, mestilah dapat rasa manisnya iman tu.
  • mencintai Allah dan Rasul melebihi kecintaan terhadap yang lain;
  • mencintai seseorang kerana Allah; dan
  • benci untuk kembali kepada kemasiatan sebagaimana benci dicampakkan ke dalam api neraka

kalau sebelum ni, tau je macam mana nak peroleh kemanisan iman tu, tapi macam jauh pulak nak capai. tapi bila dah dapat analogi yg satu ni, memang boleh pahamlah kot apa relation antara ketiga-tiga benda tu. pokoknya, memang kena cinta dulu lah. Bila dah betul-betul cinta kat Allah dan Rasul, insyaallah kita akan sentiasa teringat dekat Allah dan Rasul. Buat benda tak baik, insaf kejap sebab ingat Allah marah, buat benda baik-baik sebab Allah suka, taknak buat benda yang rasa cam tak best tapi cuba buat jugak sebab nak ikot sunnah nabi.

lepas tu, kita pon bila nak sayang orang lain, sayangilah sahabat kita tu kerana Allah. dia asyik remind kita pasal agama, apa yang dia buat kita rasa dapat dekatkan kita pada Allah, bila dia buat something, kita ter'reflect' dan terus teringat pasal Allah dan Rasul. kiranya bila kita rasa dia itu baik, sayangilah dia. sebab Allah sayang orang yang baik, jadi kita pon sayangilah dia sebab Allah sayang kat dia.

dan yang last tu, pastinya bila kita dah dapat hidayah nak improve diri dari dosa-dosa silam, takkanlah kita nak berpatah balik buat dosa-dosa tu lagi kan? cubalah untuk benci benda tu, sebab kita tak mau masuk neraka. takot. kalau sebab benda yang berdosa tu yang kita rasa best tu yang akan beratkan timbangan belah kiri kita kat akhirat kelak, tak ke rasa cam alangkah ruginya buat benda tu. kalau rasa cam kecik pon, tapi mana tau kot-kot yang itula tu yang nak bagi kita jatuh dalam neraka nanti. ishh takmaulah,nauzubillahiminzalik. rugi diri dan zalimi diri je.

jadinya, marilah kita sama-sama perbaiki diri dan cubalah grab kemanisan iman tu. cuba sikit-sikit, sebab takpe, Allah suke benda baik yang sikit-sikit kita usahakan, tapi secara istiqamah. suwit kan Allah?

Monday, August 15

solat: eh, eh aku bace amende eh?


Assalamualaikum..

Hai..ini nak kongsi makna bacaan dalam solat. Rasanya, benda ni sangat penting kot untuk semua amek tahu, sebab bila paham apa yang kita baca dalam solat, barulah boleh hayati solat tu dan berusaha untuk khusyuk. Maklumlah, bukan semua orang yang solat tu, mampu nak khusyuk kan? Tambah kalau tak paham apa-apa, bahasa Arab apetah lagi kan, pikiran dok melayang tah kemana masa solat, lagila tak boleh nak khusyuk. (check peringkat solat)


Takbiratul ihram
Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, sayangi daku, tutuplah aibku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku..

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi
Muhammad dan ke atas keluarganya.

Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

itu je yg nak dikongsi, selamat beramal~
Click Me~

awak, janganla kasar sangat. terasa tau!

Sesungguhnya, apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan. (Imam Hasan al-Basri)

Amacam? betul ke tak kata-kata kat atas ni? Hmmm, personally, aku sangat-sangatla setuju dengan kata-kata tu. Baru-baru ni attend perkongsian Syahadatul Haq (i've wrote about this last year), lesson learnt was that tugas berdakwah ni, bukan kerja ustaz-ustazah je tau, tapi kita semua. Lagipun Allah dah cakap dalam al-Quran, "Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepdada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata,"sungguh, aku termasuk orang-orang muslim (yang berserah diri)?" [41:33] Muslims, aren't we? lagipun al-Quran bukan diturunkan untuk golongan alim-ulama je, tapi untuk kita semua. Jadi sape lagi yang nak ikut suruhan Allah dalam la-Quran kalau bukan kita? Dengan keadaan masyarakat kita sekarang yang makin lupakan Tuhan dan agama sendiri hanya tinggal pada nama, mana mampu nak tunggu diri jadi perfect baru nak sampaikan pada yang lain. Betul tak?


Dan Alhamdulillah, ramai yang dah mula dapat kesedaran tentang Islam, dan cuba sampaikan pada orang-orang yang mereka sayang. SAYANG? Ye ke sayang? Sebab sayang la kan, sebab tu tegur-menegur, sebab taknak la nanti orang-orang yg kita sayang tu terkial-kial kat depan Allah, jenuh nak menjawab segala perbuatan masa hidup kat dunia ni.

Tapi malangnya, ramai yang tersalah guna pendekatan. Bab psychology fail. Hmmm.. Berdakwah, bukanlah alasan untuk kita attack orang itu orang ini sesedap mulut, sesuka hati.
Sebab boleh jadi, bila salah cara, tak kena gaya, orang yang kita target tu lagi menjauh, menolak apa yang cuba disampaikan. Bukan sebab hatinya tak dapat nak terima kebaikan tu, tapi sebab pendekatan yang digunakan sang daie tu, mungkin kasar, mungkin menyentuh/menyakiti hati orang lain. Nabi Muhammad S.A.W sendiri sudah tunjukkan caranya. Dan dalam al-Quran pun ada sebut pasal ini.

"Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah* dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk". [16:125]

*perkataan yg tegas dan benar yg dapat membezakan antara yg hak dan yg batil


"Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia, akan seperti teman yang setia" [41:34]

Haa, sampai macam tu sekali, sampai rasa macam teman yang setia. Kiranya dengan cara yang tak mengguris hati lah kan. So, janganlah kasar-kasar sayang. Mind your words, pleaseeeeee..If it's too harsh, nanti orang lain back-off tau!


Tapi takpe, Allah akan mudahkan urusan kamu wahai da'ie-da'ie sekalian. Allah dah janji kan? So jangan putus asa tau, cuma mungkin boleh fikirkan strategi yang lagi mesra alam. heee~

"Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama" (22:78)

"Maka jika mereka berpaling, maka ketahuilah kewajiban yang dibebankan atasmu (Muhammad) hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang*" [16:82]

*maksudnya takkan dapat beri taufik dan hidayah kepada seeseorang sehingga dia beriman.


Okaylah, off to work. Asalamualaikum.

Wednesday, August 10

he wasn't mine. indeed he never was.

Bisikkan ke dalam hatimu yang paling dalam; Dia bukan milikku. Dan aku pun bukan miliknya. Pemilik segala ialah Al-Malik. Dialah yang memiliki dan menguasai segala-galanya. Pada kita hanya amanah, sampai masanya terpaksa diserah. Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki. Bila terasa sepi, jangan katakan aku sepi. Tapi katakan kita sentiasa ada pemerhati merangkap penjaga buat kita. ♥ =)

*copied with permission from someone's facebook status~

Tuesday, August 2

T.A.Q.W.A.

Assalamualaikum, heee~

harini dah masuk hari kedua umat Islam kat New Zealand berpuasa, Alhamdulillah. kat sini ada nak share pengisisan yang dapat masa tazkirah, harap bermanfaat pada yang membaca.

"dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. iaitu orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menelan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan. " [3:134-5]

Alhamdulillah, dalam minggu ni 2 kali aku berkesempatan tadabur ayat ni. paling terkesan harini punya tazkirah, kata pemberi tazkirah tu, "takpela, aku maafkan kau bukan sebab aku nak maafkan kau ke, nak jadi lagi baik ke ape, aku maafkan kau sebab nak dapatkan takwa dan syurga tu. fuh sentap jugaklah, bagi si pemilik hati yang ego dan pendendam nih. insyaAllah, akan train diri untuk telan kemarahan dan maafkan orang lain, sebab aku pon nakkan syurga!

Ramadhan 1432H>

Friday, July 29

rindu maktab, blok D, skendel dan yang seangkatan dengannya~

malam ini malam yang syahdu. aku rindu maktab IPGM KTI, like serious, tak tipu. segala macam kenangan terngiang-ngiang (betol ke?) di pikiran ketika ini. yeah, sebab tak dak pape nak buat, tu pasal boleh pikir macam-macam kenangan yang mengusik jiwa.

pertama-tama, aku rindu bilik D27 and D15.. Bilik D27 tu, aku duduk situ 2 tahun woo.. paling best bila ada pertandingan bilik cantik tuh, my roomate and i beria-ia siapkan bilik kami lawa-lawa. walaupun tak menang tapi puas hati, sebab bilik penuh dengan ♥ sana-sini..hee~ bilik D15 pulak, duduk situ 1 sem je.. sedikit suram sebab location dia sangatla tak best, hujung sekali blah belakang aras bawah pulak tu. tak boleh bukak tingkap, tak boleh bukak pintu, lampu pon tak menyala. tikar getah koyak sana sini, malam-malam wajib kunci pintu and grill (which was so hard sebab kami 2 orang memang selalu tak kunci pintu). privacy pon tadak sebab orang atas tangga boleh nampak ke dalam melalui kekisi kat atas tuh! tapi banyak jugak memori terlakar kat bilik tuh. dan aku rindu semua tu. contohnya balik kelas pukul 1 pastu tido tebongkang sampai pukul 4 memang best ditambah pulak dengan takdak cahaya mataharinye..pastu aku dah mula bawak rice cooker masa tinggal kat bilik ni..masak-masak senang je sebab bilik aras bawah, kat belakang toilet ada paip air la, pokok serai la, nak pakai, pakai, nak ambik, ambik. memang best in term of masak-masak secara terlarangg nih. bab-bab bergayut talipon pon best jugak, sebab bilik bawah ni lagi banyak privacy. agak-agak nak bermanja-manja boleh kuar and gayut tepi bilik ngadap longkang kecik sambil sandar kat dinding. malam-malam boleh gayut kat tangga. sebab masa duduk bilik atas, tadak port best so aku akan gayut sambil tawaf aras 2 berkali-kali. huuu. tapi sekarang dah tadak suma itu, i dah menjanda.


ini bilik D15 yang semak, mungkin busy dengan esaimen time nih

lepas tu, aku rindu kenangan berjalan laju-laju pergi kelas. maklumlah, aku duduk blok lama, kelas pulak kat blok baru. orang lain pukul 7.20 dah start jalan, kami 2 orang pukul 7.30 baru nak tehegeh-hegeh kuar bilik, tambah tension bila kunci aku hilang pi mana taktau, dengan tertinggal payung segala. orang lain pegi kelas ambik masa 15 minit nak sampai sebab pakai hi-heels segala, kami 2 ambik masa 10 minit pon tak sampai. jalan laju gila sampai basah ketiak, haha. tambah kalau pakai baju kurung polos, siap pakej senaman pagi pulak, lencunlah bajuku..oh sungguh memalukan. shame on me. dan aku sendiri dah berapa kali kena tegur dengan cik Baharom, haishhh.. bayangkanlah, sepanjang-panjang jalan tu, hanya ada aku dan roomateku, bertembung dengan cik B tengah reverse kereta kat depan rumah dia la apa la.. but then, towards the end of our stay there (sem 2 2009), budak tesol banyak kelas kat blok lama. dan aku pon dah bijak takmau buat senaman pagi, dan senaman pagi sendiri kadang-kadang ada kadang-kadang tadak. so kitorang selalu sembunyi belakang kereta-kereta kat parking lot blok baru. hebat, dan rasa seronok. selamat dari tulis nama kat kertas merah cik Baharom. wekkk!

Syida with Hanis and Tonton. kami pakai baju kurung polos yang selalu basah kat bahagian tutttttt

dan satu lagi, seronok jugak makan dekat kafe blok baru. walaupon makcik tuh masak tak berapa sedap, tapi aku rindu dengan sambal tempe dan ayam goreng berminyak dia. dan of coz, aku sangat lah rindu dengan air pink sirap bandung aku tuh. bungkus, pastu gantung tepi tingkap kat kelas. miss ratha kata macam air pekerja construction. hehe.. pastu sambil makan, boleh jugak usha-usha tengok skendel aku dulu. haha. seronok, tambah-tambah kalau boleh senyum-senyum depan ex-gf dia.HAHAHAHA. ooppps okay, serius ini confession yang scandalicious. bukan itu saja, boleh pulak masa tengah kelas lepas balas-balas sms, aku pon menggedik pergi toilet sebab nak babai-babai dengan orang kelas atas aras 4.. hari rabu kalau tak silap, sebab time tu ada subject classroom management miss ratha. oh memang sungguh gatal masa itu, tak terkawal. adoi!

dan yang paling menggamit memori adalah masa perhimpunan mingguan pagi isnin. before dewan terbuka siap, kena berhimpun atas padang. aku dan roomate selalu lambat. selalu sampai masa orang laen tengah nyanyi lagu Negaraku, kami pon confuse nak berenti ke nak sambung jalan. kalu berenti, satgi kene ambik nama masuk kertas merah. kalau sambung jalan, selamat la sampai masuk barisan tesol. hehe. tak senonoh. masa tengah ketar-ketar sampai lewat, mulalah hanis selawat banyak-banyak. haha lawak gila, dengan peluh dia mencurah-curah. hehe..

berjalan pulang dari kelas bersama Tonton. kene pakai payung sebab takmau hitam!

emm tak larat dah nak menaip, tapi serious semua ni still fresh dalam kepala otak aku. walaupon harini dah 29 july 2011, dah lebih setahun setengah aku tinggalkan maktab. dan kenangan-kenangan tu tercipta sejak aku masuk maktab 16 july 2007 lagi, nostalgik kan? lepas ni, aku still akan sambung belajar kat maktab for another 1 year, tapi segalanya pasti dah berbeza, takkan sama dengan yang dah berlalu tu. senior-senior, lecturer-lecturer, semua dah bertukar. dan kami sendiri akan jadi senior, dah tak kenal dah sapa-sapa yang ada kat maktab tuh. sedey~ wuuuuu~~~

Tuesday, July 19

Eban; in memories. may you rest in peace sayang kakak..

Eban ; taken in February 2011. landing-landing atas lantai dapur.

harini aku dapat perkhabaran yang sungguh sedih dari kampung. EBAN my beloved baby dah meninggal dipatuk ular. aku rasa sedih yang teramat sangat sampaikan aku nanges teruk jugak la. jalan pi kedai pon rasa amcam malas nak balik sebab sedih asyik fikirkan baby yang sorang tu.

Eban dah umur dekat 2 tahun lebih rasanya.. dia lah yang paling manja, dan sangat suka buat beban (beban=pemalas dlm bahasa kedah), sebab tu nama dia Eban. Eban buta sebelah matanya, tapi itupon dialah yang still paling comel dalam 9 ekor kucing yg family aku bela. serius tak tipu. Eban baik, dia tak kencing or berak dalam rumah, malam-malam suma kucing kena tido luar kecuali Eban. Eban boleh tidur dalam rumah and Eban boleh tidur atas katil sama sama ngan aku and mama.. kalau aku and mama pi tido umah Mamanab, Eban tak ikot sama sebab Eban akan jaga rumah kami. (kucing laen suma ikot pi tidoq depan umah Mamanab)..

Eban was one of the best kucing yang pernah kami bela, lepas Adik yang mati pada 2003.. ni bila Eban dah takda, seriously mama cakap dia sangat sedih sebab Eban la kawan mama selama ni. aku pon sangat sedih jugak sebab dah lama sangat tak tengok Eban, last skali adalah Februari awal tahun ni..

Eban was so so so loved by everyone and now he's gone. Eban, kak sayang Eban sangat-sangat tapi nak buat macamana Allah dah tetapkan ajal Eban macamtu.. Eban..Ebannnnnnnnnnnnnn!

Friday, July 8

MR PRABU. stay away from him.

2 hari lepas, aku dapat 1 call ni..no yang sama dengan sebelum-sebelum ni masa aku kat australia, actually private number. dia nak offer kerja cleaning-cleaning. oleh sebab dia ni kedengaran macam urgent, sebab dia asyik call masa aku kat Aussie lagi, aku pon setujulah nak kerja untuk dia.. he's an Indian, slang dia pekat sikit, so masa dalam phone aku dengar dia cakap rate tu $40 for 2 hours. .memangla masyuk sebab kat gumtree ad, aku letak $15 je per hour. aku pon terkedek-kedek lah pergi ke Three Kings, 2 stages tu..perjalanan lebih kurang 20 minutes jugakla naik bas..

sampai kat sana dia bagitau ini bukanla kerja cleaning sangat, just nak suruh unpack barang.. dia baru pindah rumah, and boxes and luggages baru sampai dari India.. mula-mula masuk rumah, dia cakap, "you can make yourself comfortable now", masa tu aku pakai sweater and tudung, maybe dia ingatkan aku tak selesa la pakai tudung, and nak suruh aku bukak sweater and tudung aku. tapi aku jawab, "I'm comfortable now", sebab memang malas nak bukak sweater aku tu..pastu dia tanya perlu heater tak, aku balas, takpe je, takyah, sebab aku ok je ngan suhu kat rumah dia tu, memang dah a bit warm sebab aku pakai sweater. ini takpe lagi, sebab perbulan ini biasa-biasa je. haa tunggu sat nak cerita yang tak berapa nak biasa pulak.

kami pon start unpack barang kat bilik 2nd, sebab bilik 1st memang dah kemas. masa tengah buat kerja, dia masuk bilik tu sambil minum beer, aku dah cuak sebab dalam rumah tu ada kami 2 ja. satgi dia mabuk mampus aku.. dia offer beer, aku cakap no thanks. dia tanya aku tak minum ke, aku cakap i'm a muslim. lepas tu sambil buat kerja kami sembang-sembang la sikit. sekali dia pegang pipi aku, cakap, "you are a sweet girl". aku neh dah la pantang sikit orang pegang-pegang muka aku, laki plak tu.. aku dah start geram ngan dia walaupon masa tu aku ingtkan dia ni cam bapak-bapak lagi, sebab dulu kat sekolah, ada sorang bapak kawan aku suka pegang pipi aku yang tembam ni.

kemudian, dia tanya aku pasal ade boyfriend tak, aku cakap ade je, kat Malaysia. dia tanya, boyfriend kat New Zealand takde ke, aku cakap takyah la, dah ade yang steady kat hometown. pastu dia dok berhujah ngan aku nape perlunye ade local or casual boyfriend, "such an accomplishment" katanya. sebab nanti bila orang tanya, ape you buat sepanjang kat New Zealand, takdela aku cakap aku belajar je sebab semua orang belajar. dia nak aku dengan bangganya cakap aku ade local boyfriend. huh, nyampah!

tak lama lepas tu laki tak sedar diri ni offer la diri dia nak jadi casual boyfriend aku. bodoh! dah ada anak bini kat India, dengan dah tua bangka (40-an i think) dengan tak handsomenya, tak malu betul. dahla masa bini dia call dia dok jerkah-jerkah tengking-tengking bini dia. adoi. aku cakap takmau, dia tanya balik, awat takmau kat dia. aku cakap la ini semua sebab religion. buat apa aku nk ada casual boyfriend sedangkan itu tak contribute antything to my religion. pastu hah mula lah dia dok debate ngan aku pasal religion pulak. aku malas nak layan, aku sengih-sengih jela. sebab tau dia orang kafir yang Allah dah tutupkan pintu hati dan sesatkan dia sampai dia tak nampak kebenaran tu.

pastu adela lagi attempt dia nak mulakan conversation berbaur adult content. bodoh. contohnya, bila aku masuk umah lepas buang sampah kat luar, dia tanya, "do you need a heater?" aku cakap takyah. dia tanya lagi sambil kunci pintu, "do you need a personal heater?" omaigod, dalam hati aku rasa nk lari kuar je dari umah dia. tapi still fikir rasional sebab beg aku ade kat meja makan. aku cakap, "no". dan lepas tu, dia yang still tak puas hati tu cakap sambil senyum kambing, "if you know what i mean". aku dah wat muka masam gila sambil firmly cakap "NO". bodoh, dia ingat aku tak paham personal heater tu apa. korang pon mesti paham kan. kalau tak paham jugak taktaula.

pastu aku kena mop toilet. dia keluarkan mop yang dia baru beli tu. so aku kenala unwrap plastik mop tu. pastu dia cakap, "see, this one is a new mop. so it is a virgin mop". kononnya nak refer kat aku yang virgin lagi ni la. bodoh. mop pon nk kena bagitau ka virgin tak virgin. aishhh. belasah jugak dengan batang mop tu kang. oh patutla masa aku tengah mop, dia asyik tanya, mop tu ok ke? eeee, now i get it. dia nak tau la virgin mop ni bagus tak. kotla kalau aku kata mop tu tak ok, blehla dia nak compare antara virgin lady ngan experienced one. bodoh bodoh bodoh!

masa aku ngah hang seluar kat hanger, seluar tu jatuh. sebab aku tak perasan yang seluar tu half pants je. pastu dia kata kat aku, "see, even the pants is falling down now". memang babi. aku malas nak layan. ini dah explicit sexual content punya conversation nih. geram aku. aku buat tak tau, muka masam gila-gila. sampaikan dia pon cakap kat aku, "you are so serious in life". memang ah, takkan aku nak layan jokes yang macam shit tu. bongok.

masa kat umah tu baru aku dapat tau sebenarnya dia nak aku kerja dari 6.15- 10.15 p.m. itu maknanya 4 jam. sebab tu nak kasi $40. sejam $10. katanya he can't afford to pay more sebab dah ramai orang datang, tapi kerja still tak siap-siap. aku dah macam, aishhh, ni dah kena tipu nih. tapi dia cakap kalau nak makan or minum ape-ape, silakan. dia takleh kasi duit banyak, tapi boleh makan free. dalam hati aku, alang-alang dah dapat murah je, baek aku perabeh makanan dia. so aku pon mintak roti, letak tuna banyak-banyak, mayonis banyak-banyak, ngap kenyang-kenyang. lupa nak amek soft drinks dalam fridge. my bad. masa tu baru 8.15, 8.20 p.m. camtu.. aku sampai umah dia 6.30, kiranya baru nak dekat 2 jam la aku wat keja. so masa dia dok nyembang ngan kawan dia kat phone, aku makanla sampai 8.35 p.m..tak buat pape, makan je. pastu aku sapu sampah sikit-sikit, sebab taktau nak wat apa, and dia cakap, ok, we are done. haha. maknanya aku kerja 2 jam jela, dia kasi $30. samela ngan rate yang aku mintak.

pastu dia pon hantar aku gi bus stop. dia cakap the next day dia nak aku datang lagi, susun baju pulak dalam almari tu, lipat apa yang tak perlu. huhu, dalam hati aku dok sumpah seranah, tak mungkin aku datang balik. orang tua gatal merenyut tak sedar diri. nama dia PRABU.

Wednesday, June 29

kek ceklat, yummy!



hai hai hai..hari ini i am super duper happy!


today, i baked a cake. yes, a CHOCOLATE CAKE to be specific! all by myself. hehe

before this, yes i did bake mixed fruit cake for twice. itupon dah bertahun lamanya, masa umo berapa tah, sebelum adik aku pandai buat kek. lepas dia dah pandai, takde sape berhak buat kek kat rumah selain dia. huuu~

tiba-tiba, harini aku rase cam teringin sangat lah nak makan freshly baked cake. so cepat-cepat google resipi, pilih yg paling senang dan pakai ingredients paling sikit je, terus pergi beli barang kat Countdown sebab dah teringin sangat-sangat dah. confident gila padahal bukan reti pon..hehe

dan lepas kalut-kalut aku siapkan bahan-bahan dan mixed butter n sugar pakai tangan segala, haaa, inilah dia hasilnya..nyum nyum..hehe..malas nak letak topping sebab ingatkan kek tak jadi..hehe..dah jadi, takde bahan plak nak buat topping. apepun, hasil memang terbaik dari ladang ah.. sedaaaaaap! tak sia-sia belanja $15 beli barang.


beserta ini saya 'enclosed'kan resipi yang digunapakai untuk kek yang sedap ini. haha..

bahan-bahannya adalah:

180 gm tepung naik sendiri
240 gm marjerin
240 gm gula castor
4-5 biji telur
2 sudu teh serbuk koko
1 sudu teh baking powder/ baking soda
2 sudu besar susu



cara:
1. Panaskan oven pada suhu 180 degree celcius.
2. Pukul marjerin dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji. (Anggarkan jarak masanya adalah lebih kurang 3,4 minit antara setiap biji).
3. Gaulkan tepung, serbuk koko, dan baking powder. (chopp, i pakai baking soda sebab takde baking powder).
4. Campur kedua-dua adunan dan masukkan susu. ( Susu ni, kalau adunan keras sangat, cairkan susu sikit. Kalau adunan dah ok ok, masukla susu yang pekat sikit ye. Never add plain water dalam adunan!)
5. Tuang adunan ke dalam baking pan. Pastikan permukaan pan itu dah disapu sedikit marjerin supaya nanti senang nak korek kek keluar dari pan, tak melekat).
6. Bakar selama 40-45 minit.


dan inilah dia hasilnya..heee~

*maybe i sound a bit perasan, but who cares. first time kot. berjaya plak tu. hooray!*

Sunday, June 19

i was small when i was small

*i was the one in the middle, okeh?*

di suatu petang Ahad, aku belek-belek album kakda kat facebook, maka terjumpaklah sekeping gambar masa kami bercuti kat Langkawi masa aku kecik-kecik dulu. maybe i was like 3,4 years old back then sebab aku ingat lagi time tu Tian masih baby. And i was so fascinated by my own appearance at that time. seriously, kurus weh! ok la, bukanla kurus sangat, it's just kecik la. dengan rambut sarang tebuan segala, haha. funny! kalau bandingkan dengan sekarang, memang jauh beza ah. berganda-ganda aku kembangkan badan. aku pon dah tak ingat zaman bila aku boleh dicop kurus, sebab as far as i remember, masa kecik-kecik memang aku saiz kecik la. tapi when i was in kindergarten, i was among the biggest. not because of my size but because of my height. tapi one thing for sure, i started gaining fats here and there masa lepas pindah gi Kulim ah. takde jiran takde sape skola petang ngan aku so ended up takde kawan nak main-main sebab asalnya aku adalah budak kampung yang rajin main petang-petang sebab tu boleh kurus. and dekat buku report card skola convent masa darjah 2, ada la tercatat masa tu berat aku 40kg dengan ketinggian 140cm. fuh berat lah tu, but 140 for a 8 year-old girl is kinda tall jugaklah kan. sebab skang ni aku hanya 155cm. terbantut, yes terbantut dengan ketinggian masa darjah 6. dan berat skang berganda-ganda taknak pulak ianya terbantut. but it's okay, i'm just fine and i do love my body the way it is. ade nak cakap aku gemok ke ape, so what, ade aku kesah? tak pakai duit hang pon nak beli makanan aku!

Thursday, June 16

Yay, got my new specky!


Hip hip hooray! Harini saya dapat spek baru! Lihatlah wajah ceria saya ini! Hahaha..emm i got this glasses from clearlycontacts.co.nz for free.. Hehe. Nope it's not that i win something or what, but it's just that they are giving away like 10,000 glasses for free. Yes for FREE!!! Free frame, free lens, and you just have to pay for the shipping je. Ala it's very cheap tho, only like $15. Hmm but mine was $120+ coz i had to make it densed, sebab power terlalu tinggi, 700++.. hehe so kene bayar extra lah sikit. But really satisfied with the service, and bukan takat dapat spek, dia jugak kasik screwdriver kecik untuk adjust2 spek, which is so good sebab my glasses memang la x penah dok diam, mesti kepek sana kepek sini. So sape2 kat NZ nih, silalah like facebook clearly contacts and be ready for their next free giveaway glasses day, rasenye belom terlambat sebab deorang still runs the campaign up till today. Nak beli untuk diri seniri ke, mak bapak ke, adik beradik ke, suke ati. Ade je member wa beli sampai 4 untuk diri sendiri.. Haha. Dah benda free kan, sape tanak. Hehe.

Friday, June 10

Allah paling utama, no 1 dan tiada tara.

saya ada masalah hati. saya tengah struggle macamana nak letakkan Allah sebagai paling utama dalam aktiviti harian.

sebagai muslim, ye, memang kita selalu cakap kita niatkan buat sesuatu kerana Allah, tapi, kadang-kadang kita kata kita buat kerana Allah, tapi kita abaikan suruhannya masa buat something tu.. contohnya, pergi kerja sebab nak cari rezeki halal dan nak gunakan masa yang Allah kasi sebaiknya. tapi, kita lewatkan solat sebab kerja kita tu. pastu, kalau yang masih bergelar student, bergelumang dengan assignment coursework exam quiz segala, selalu la buat kerja sampai siap dulu baru nak solat walaupun waktu tu tinggal setengah jam nak masuk waktu solat seterusnya. hmm..kat situ kan dah macam terpesong cara ibadat tu. patutnya kita utamakan Allah dulu, baru yang lain-lain.

dalam azan yang hari-hari berkumandang tu, ada lafaz
"Marilah sembahyang, Marilah menuju kejayaan" yang diulang 2 kali pulak tu. maksudnya, sembahyang dululah, barulah berusah capai kejayaan yang lain-lain. Dan tak lupa surah AlFatihah ayat 5, "kepadaMu kami sembah, dan kepadaMu kami mohon pertolongan".. kat situ pon ada klu bahawa apa-apa pon yang kita buat, mestilah mulakan dengan beriman kepada Allah dulu, barulah mintak tolong pada Allah. tapi itulah, manusia. even me myself. selalu alpa selalu lupa.

Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati-hati kami di atas jalanMu. semoga hidup dan mati kami dalam keadaan beriman kepadaMu ya Allah. Amiiin.

Sunday, June 5

$200 per hour? no thanks.

2:49 p.m, 5 june 2011.

caller: hi, how much do you charge an hour?
me: 15 dollar
caller: where are you from?
me: Malaysia
caller: are you open for any other service?
me: such as?
caller: like prostitution. i pay you for like $200 an hour?
me: no thanks.
caller: ok bye.
me: *sigh* hmm.

just received a call upon my advertisement, which i also included my phone number. including this, it has been like nearly 10 offers asking for my body instead of cleaning service i offered. thank God for i still have faith in Him. $200 per hour is a lot, but my pride is priceless. Allah will grant me a better price, insyaAllah.

**5 minutes later, received an email also offering the same thing.

"are you interested in topless cleaning or sex? very good rate offered"

haishhhhhhhhhhhh!

Saturday, June 4

good-bye autumn, welcome winter!


akhirnya, akhirnya dapat jugak amek gambar maple leaf! at last! walaupun autumn dah nak habis (ke dah habis?).

maple leaf is very significant to me actually, reminds me to my life back in IPTI, zaman-zaman main farmville kat facebook tuh..thru farmville lah i jatuh cinta dengan maple leaf, walaupun point untuk collect maple syrup tuh rendah je..hee~

dan, bila cakap pasal autumn nih,diam tak diam, sekarang dah masuk bulan jun which is when winter starts in auckland. dan kalau dikira-kira balik, it's like omaigod, lagi berapa bulan nak abeh ngaji kat auckland nih..

I am counting days not because I'm so can't wait to go back,but it's because I am so scared to come to a day of 'sayonara auckland' as the day passes. :(


Sunday, May 29

tak mungkin kerana sayang (bye_bye)

Tak Mungkin Kerana Sayang by Alyah

Setiba di persimpangan
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

masak lemak cili api, fuhh berasap~

(ok, tajuk gempak, padahal bukan nak bagi resepi pon ye)

tadi i called my mom after like more than 1 week?. banyak betol benda nak cerita and there's one part i told her about my current cooking habit.

me: mama tau dak, cek la ni dah jarang masak.
mama: awat tak masak dah?
me: awat tak tau malaih sangat.
mama: bagusla, tak payah masak. makan apa yang ada sudah.
me: tula, masak yang senang-senang ja. (dalam hati pelik jugak, mama tak kesah ke cek tak makan?)
mama: samala.mama pon malaih masak la ni. bleh ja survive makan apa yang ada.
me: oh patutla.haha.

hmmm..my mom tak kesah pon i tak masak teruk-teruk, makan sup tiap-tiap hari pon takpe..boleh kuruskan badan kata beliau..hehe..

tapi kan tapi kan, semalam i masak sedap-sedap weh..haha.

ketam masak lemak cili padi, sedap ah tu..wee~



hmmmm..
hmmmmmmm..
hmm..

terus rasa macam nak wat blog tulih resepi, padahal nak masak makanan Melayu pon dok merangkak lagi.haha



Friday, May 27

Yes, i dont want u back dear.

"Don't Want You Back" by Backstreetboys

Don't want you back
Cuz you're no good for me, I know
That's all I can say
Don't want you back
Forgive my honesty but you gotta go
I don't want you back