Sunday, September 5

2 kalimah syahadah; besar ertinya..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..

أَشْهَدُ أَن لاََّ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُ اللهِ
“Aku bersaksi bahawa tiada tuhan (yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya) melainkan ALLAH dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah Pesuruh ALLAH.”

apekah??

huu..itula lafaz 2 kalimah syahadah kita..kan?


Alhamdulillah..sedar tak sedar, dalam sehari solat fardhu yg kita kerjakan, ada 9 kali kita menyebut lafaz kalimah agung ini..itu belum kira solat sunat, pastu kalau dengar dan jawab azan, qamat, lagi, masa nak tidur pun kita mengucap..

huu..kalau kira-kira, sebenarnya berkali-kali kita lafazkan kalimah ni..

tapi...

tapi....

tapi...


tahukah kita tentang kesaksian yang kita nyatakan berkali-kali tu?

adakah kita betul-betul bersaksi dengan 2 kalimah tu?


hmmm..

kalau dalam konteks dunia..
kalau dalam konteks mahkamah..
apa tugas saksi eh?
penting ke tak saksi tu?
kalau la dalam 1 kes tu takda saksi, boleh ditutup kes tu kan?
sebab saksi takda, saksi tak cukup or whatever..

sebab saksi tu la yang akan tegakkan kebenaran, apa yang dia tahu, apa yang dia nampak..


sekarang ni, bila kita dah bersaksi yang tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, takkan setakat itu je?

kata saksi..

tapi kalau saksi sorok diri dalam rumah taknak bagi keterangan kat mahkamah, boleh ke berjalan sesuatu perbicaraan tu?

mesti tertangguh-tanguh kan?

hmmm..

katakanlah,"kamukah yang lebih tahu atau Allah, dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan kesaksian dari Allah yang ada padanya?" Allah tidak lengah terhadap apa yang kamu kerjakan..(2:140)


kalau boleh, semua orang perlu la sedar dengan tanggungjawab dia terhadap apa yg dia cakapkan tu..

ini lafaz kalimah syahadah kot, bukan calang-calang lafaz..

bukan bersaksi i love u, u love me tu..

jadinya kat sini, kita, bila dah jadi saksi, kenala sampaikan kebenaran tu dekat orang lain pulak, sebab kita tau benda ni benar, dan kita nak tegakkan apa yang kita tau, supaya orang lain pun tau, dan supaya orang lain pon nampak kebenaran yang kita nampak tu..insyaallah..


errrr, habis tu tanggung jawab aku-kah nak sampaikan kat seluruh umat manusia ni?

errrr..layak ke aku? mampu ke aku?

ishhh..tak mungkin terlaksanalah! tak mampu, ramai sangat!

ahh, ramai lagi orang lain kat luar tu, tapi kenapa aku?




dah dah, jangan dok bagi alasan dah..
ada caranya..
jangan pikir kompleks-kompleks sangat..
takut last-last, satu habuk pon tarak!

"maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" (94:5-6)

weh, 2 kali kot Allah ulang benda yang sama ni..

susah-susah mana pun, mesti ada punya senangnya tu..

so, kalau rasa susah sangat nak tegakkan kebenaran 2 kalimah syahadah tu, ada la cara senang..huhu..alhamdulillah..

awak rasa susah eh kalau nak tarik orang kafir masuk islam?
berat kan?
tak cukup masa kan?
diorang tak paham apa-apa pasal islam, makan banyak masa kan?
sebab diorang takda basic langsung kan?

hmm..buat apa susah-susah macam tu..kita ni memang dah takda masa..tak tau sampai bila umur kita..so kita mulakan la dengan yang mudah, praktikal dengan kita..
baru la sesuai..heee..

camni, kita teguhkanla dulu orang-orang islam yang sedia ada ni..tarik slow2..
fitrah manusia memang nakkan kebaikan kan?
hmm..meh nak lukis jap..



ok..

paham tak ape benda ni?
ini saya nak cuba representkan golongan-golongan manusia kat dunia sekarang..

golongan f, mmg susah la, sebab dia kafir..tak tau pape..
golongan e, orang munafik..pura2 islam..
golongan d..orang fasik..islam, tapi tak laksanakan perintah Allah, tak solat, tak puasa, minum arak, mengumpat, tak tutup aurat ke..
golongan c..iaitu golongan yg biasa2 je..puasa, solat cukup..
golongan b ni pulak, pendakwah, seru ke arah kebaikan, cegah kemungkaran..
dan golongan a pulak adalah yg ekstreme, contohnya para sahabat Nabi..yang sanggup infakkan seluruh harta masa tenaga untuk islam..

insyaallah, kita ni,bolehla dikelaskan dalam golongan c..
sebab kita dah laksanakan suruhan yang diwajibkan ke atas kita..
dah duduk dekat c, takkan nk berada di tokok yg sama kn?
nak jugak naik pangkat jadi golongan b kan?
cane?
kita kosongkan tempat c untuk golongan d naik, then kita move up la ke golongan b plak..heee..best kan?


so..tanggungjawab kita sekarang ni, yang dah tak cukup masa ni, kita nak tolong orang bawah kita la naik pangkat, iaitu golongan d..

macam kita cakap tadi, golongan d ni, dia dah islam..cumanya dia tak lakukan secara bersungguh..tak solat, tak puasa..eh common-lah tu..jangan tipu kalau kat sekeliling kita takda orang macam tu..ada kan?

alamak! kadang-kadang kita sendiri pon macam tu jugak..astaghfirullahalzim..


so, apa yang kita boleh buat?

hmm..tegur-tegurla orang yang tak solat tu..ajak solat jemaah..tegur tak tutup aurat..kalau dah buat tu, perelokkan la..ajak solat sunat..ajak baca quran..kalau nak buat benda tak elok, tegur-tegurla..

tapi ingat ye, nak berdakwah ni, kenala secara berhikmah dan bijaksana..

mcam sekarang ni, sesuai dengan peredaran zaman..takkanla awak nak berdakwah pakai air liur je kot..dulu zaman Nabi, bolehla, sebab takda cara lain lagi dah..sekarang ni, kita mcam-macam ada..teknologi berkembang..

let's say remaja sekarang ni suka facebook, youtube, blogging..

gunakanlah medium ni untuk berdakwah jugak..

contohnya, instead of update status facebook "sayang, i love u so much muah muah muah","demm,_____ u!" sume tu, alangkah baiknya kalau kita saling nasihat ke arah benda yang baik..post waktu solat ke, post ayat alquran ke, hadis ke, zikir bertasbih ke..sedikit sebanyak, niatkan agar ada yang terkesan..secara tak sengaja, bila orang tengok status awak, ingat dia kat Allah..kalau awak link ke post yang ilmiah, bila orang klik dekat link yang awak bagi tu, alhamdulillah awak dah bukak jalan kepada orang lain untuk lihat dan kagumi ciptaan Allah..daripada awak maki hamun, merungut, berloving-loving dalam facebook, itu kn bila orang nmpak, orang jadi jelek dan muak dan adala mengumpat dalam hati pasal awak..lagi teruk kalau awak ngmpat orang kat wall post, pastu kawan-kawan awak pon join sekali mengumpat..tak ke naya tu? dengan dosa-dosa depa awak tanggung..


emmm..simple kan?

tapi bukan niat kita nak tinggalkan orang munafik, orang kafir sendirian..
cuma kita tak punya masa..
dan kita niatkan la, insyaallah, bila kita dah sampaikan kepada golongan golongan d, golongan d la pulak akan sampaikan kat golongan e..pastu dah lagi ramai, golongan e pulak la yang akan sampaikan kepada golongan f..

best kn?
berkembang biak..macam bakteria belajar dalam science dulu..

heee..

alamak, tapi susahla..satgi hilang kawan..satgi takda geng dah..satgi apa plak orang cakap, apehal minah ni, tetiba nk jadi ustazah plak..

huu..
takpa la, biarla apa orang nk cakap pon pasal kita..
kita nak harapkan redha manusia ke, kita nak redha Allah?

c'mon, ni nak jadi penolong Allah dalam menegakkan kebenaran ni..tak mau ke? tak dahsyat ke? hebat tu..tak dapat banyak, sikit pon jadila..


tgk gambar rajah tu..bermula dengan diri sendiri, sampaikanla kepada 2 orang lain je..orang lain tu pulak, bila berkemabang, dia sampaikan kat orang lain pulak..dan seterusnya..dan subhanallah,inila (mungkin?) adalah kita punya saham untuk akhirat nanti..selama mana ilmu yang berguna yang kita ajarkan kepada orang lain tu berterusan digunakan, selama itulah pahala itu berterusan dapat dekat kita..subhanallah..

so, boleh kan?

lagipon tujuan kita dihidupkan kat bumi ni pon sebagai khalifah Allah (2:30)dan untuk beribadat (51:56) kan?

akhir kata,


majulah ___________(nama anda) untuk Islam!

2 comments:

  1. Akhirnye.. nampak jugak kebaikan skim piramid. Kte harap kte dalam golongan c yang akan naik pangakat jadi b... huhuhu! Insyallah! Thanks for the enlightment..!!

    ReplyDelete
  2. heee..ini pon skim cepat kaya gak! tapi insyaallah kaya pahala..mudah, cepat, berkesan!

    ReplyDelete