hello!
lamanya tak bukak blog..alasan? tak sempat lah, sebab raya..hee..
hari ni dah syawal day 6 dah pun..tapi takda pun post pasal hari raya..umm..
perlu ke?
macam tak perlu..
tapi kalau tulis, nanti bila baca, boleh ingat-ingat balik..
so, nak tulis jugak lah!
emm..ok ok..
mulakan dengan malam raya la eh..
ramadhan day 29; tak disangka-sangka..
serius tak sangka hari ni hari last orang puasa..tak sangka anak bulan dah nak keluar..tak sangka sambut raya sama dengan malaysia..tak sangka terbukak jugak youtube dengar takbir raya..tak sangka nangis sebak tapi control-control sebab hanya boleh dengar takbir dari laptop je, bukannya takbir dari masjid, radio, tv etc..tak sangka dah tercipta sejarah aku sambut raya di oversea..
syawal day 1; dedikasi terhadap tugas
pagi-pagi, oleh sebab tak boleh solat, bangun lewat sikit pukul 8..dan terkejar-kejar pergi Fisher building, berkobar-kobar nak mengajar Keazi si anak murid skype supaya pandai membaca..betapa dedikasinya aku..heee..
lepas tu, beraya sakan ke 5 rumah...
mula-mula rumah kak nana 902 makan soto..
followed by rumah forte 1502 bihun sup laksa penang kek karot..
lepas tu quest on mount 12k makan lemang nasik himpit dan yang kuah kuning tu, lupela nama apa..
lepas tu bianco 2g ada mee kari air cincau@lengkong cheesecake..
lepas tu bianco 5f nasik minyak dan ayam..
lepas tu balik naik bukit perut godek-godek tercungap-cungap sebab minum dan makan yang berkuah je semua dan juga efek lepas 2 minggu cuti takdenye nak panjat-panjat bukit bukau nih..
paling tak menahan, beraya ke rumah orang sambil bawak laptop dan backpacknya..adoi..gara-gara skype..
dah sampai huia, start masak rendang ayam kunyit dari pukul 3++ sampai pukul 11 non-stop berdiri..
pukul 11 balik tido kaki bengkak kejang-kejang..
jatuh cinta dengan kawan-kawan geng rendang..
seronok makan ramai-ramai lepas buat kerja penat-penat..
syawal day 2; open house HUIA
alhamdulillah, hari penuh kontroversi diatasi dengan penuh dedikasi dan prestasi..haha..
kontroversi betul open day ni,macam-macam..
tapi last-last, happy sangat tau..macam tak percaya,
dengan peralatan serba tak cukup,
bahan masakan serba tak seperti di malaysia,
kami satu cohort @ batch berjaya jugak jamu makan tetamu more than 400 people, 400! satay-nasi himpit-kuah kacang-nasi tomato-ayam masak merah-rendang-ice lemon tea semua marvellous!
memang legend habis la, sebab lepas ni maybe junior tak mampu nak buat begitu dah, sebab tadi kitorang dah kena marah dengan Allison si manager huia,
cakap tetamu sembarangan tak boleh bawa masuk dalam hostel..
so, next year adik-adik macam tak mampu je lagi dah nak ulangi kegemilangan open house cohort 1 tesol ipti-uoa..hehe..
syawal day 3; raya cara western
demam di tengah malam sampai tak mau pi beraya dah hari ketiga..
tapi sihat balik dan alhamdulillah sampai jugak ke fale pasifika,
tempat open house MSD..hee..
takmau cakap, ulas atau komen banyak-banyak pasal ini..huhu..
ok la, bagi hint sikit-sikit..beraya cara westerners?
haha..makanan tak kenyang terpaksa pergi makan ayam dan fries cfc di bandar..
tragik kan? hehe, takpe la..rezeki ada di mana-mana..
syawal day 4; demam raya dan ponteng kuliah
demam kembali, tapi waktu petang dah sihat balik..
syawal day 5;pergi kelas macam biasa
syawal day 6;iaitu hari ni..
perlu ke nak tulis pasal hari-hari dalama syawal? tak perlu kan?
huuu..takde dah..takat syawal day 3 jela sambutan raya kali ni..
lain-lain tunggu lepas habis puasa 6 pulak..
tapi walau macamana pun, memang meriah laa raya kat sini..
kalau dekat malaysia, tak tentu lagi beraya sakan ziarah menziarahi open house sana open house sini..
dan yang best sekali, tak rasa sedih pun,
sebab tak sempat nak bersedih-sedih..
sibuk sangat sampai tak sempat nak emo emo..
lagipun malam raya dah call mama..
pagi raya pun mama call dari malaysia pukul 5 pagi..hehe..
pastu encik kucing miaw-miaw pun call nak bermaaf-maafan di pagi raya..
so, memang enjoy jugak la..
lagipun, rasa la ukhwah tu macamana..takda keluarga parents adik beradik, kawan kawan masih boleh jadi pengganti..
bagi siapa-siapa yang sangat concern pasal saya tak dapat makan malaysian dishes kat bumi auckland ni, no worries tau..
lagipun raya haji nanti, insyaallah saya raya kat sana..
so jangan lupa pulak nak hidang ke, belanja makan ke, yang sedap-sedap tu..heee..
ok dah khatam menulis diary raya 2010
kepada yang membaca,
..selamat hari raya..
..mintak maaf zahir dan batin..
lots of love,
syida ♥
No comments:
Post a Comment