Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
ramadhan day 26: makin hampir ramadhan nak berlalu, makin banyak ujian yg aku dapat..
macam yang Allah dh cakap,
"jangan cakap kamu tu benar-benar beriman kalau kamu belum diuji" (lupela ayat mana)
hmm..Alhamdulillah, sebelum diuji, Allah dah bagi skema jawapan dah..
rasanya dah belajar sedikit sebanyak dalam tazkirah-tazkirah masa terawih..
tapi, bila dh 10 malam terakhir ni, inila masanya Allah nak uji diri ni..
betul ke apa yang aku dengar dan belajar tu, mampu aku amalkan..
semua ujian ni, rasanya berbalik pada sifat husnuzhon pada Allah kot..
husnuzhon ni maksudnya bersangka baik..
jadinya, semua ujian yang aku hadapi sekarang ni, nak uji sama ada aku ni bersangka baik pada Allah ke tak..
ini termasukla dengan sifat sabar dlm ujian, memaafkan orang lain etc..
hmm..sekarang ni, ada banyak ujian dalam hati..
tapi, banyak-banyak yang aku belajar haritu, adakah lepas tu,
bila aku ditimpa musibah, aku redha?
aku anggap semua tu positif?
aku takda prasangka buruk kenapala Allah uji aku macamni?
sedangkan nak berlapang dada dengan manusia pon susah,
ini pulak nak berlapang dada dengan ujian Allah yang macam-macam ni..
sungguh, setengah benda (ataupon mostly everything?) akan ambil masa sebelum kita boleh nak berlapang dada..
macam kalau nak berlapang dada kat Allah dengan apa yang Allah uji tu, pon ambil masa jugak..tapi kan, ada 1 ayat ni yang buatkan proses aku nak berlapang dada, jadi cepat..
"apakah Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui? Dan Dia Maha Halus, Maha Mengetahui" (67:14)
maksudnya kat sini, Allah yang ciptakan kita semua-semua ni,
boleh ke kalau Allah tak kenal, tak tahu pasal kita?
boleh pulak?
mestila tak boleh kan?
sebab kita ni Dia punya, so Dia tau la every little tiny discrete secrets about us..
analoginya, kalau awak buat something,
awak mestila tau apa benda yang awak buat tu..
kelemahan dan kelebihan ciptaan awak tu..
orang lain tak tau sangat, sebab dia tak buat apa yang awak buat tu..
so, nak cakap sini, Allah knows the bestest best for me, for us..
apa-apa yang Allah takdirkan untuk kita,
itu lah yang terbaik dalama hidup kita..
walaupun mulanya aku tak suka,
walaupun selalunya aku benci,
walaupun memang aku tak sudi..
"boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" (2:216)
"jika kamu tidak menyukai mereka,(maka bersabarlah) kerana boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu,padahal Allah menjadikan kebaikan yang banyak padanya" (4:19)
jadinya, jom muhasabah sekejap.. belajar berlapang dada dan husnuzhon pada Allah..ramadhan dah nak habis, hati ni dah cukup prepare ke untuk 11 bulan mendatang? tu pon kalau sempat jumpa next ramadhan..KALAU SEMPAT..
No comments:
Post a Comment