Wednesday, September 29

in ♥ with spring

emm..
walaupon baru je tulis pasal masalah tension-tension ni *rujuk post di bawah*, tapi masih boleh tersenyum..sebab happy dapat belajar kat sini..
so dapat jumpa bunga-bunga cantik yamg Allah cipta..

heee..alhamdulillah..

dulu bila belajar novel 'aku anak timur' komsas bahasa melayu tingkatan 1,
teringin sangat nak pergi belanda..nak pergi amsterdam..nak tengok bunga tulip..
sebab aku flower-flower girl punya type.. haha..jiwang kan?
bukan, feminin la..dari tingkatan 1 dah ada naluri-naluri kewanitaan..hee~

tadi sebab tension, pergi la jalan-jalan kat auckland domain..
nak pergi tengok bunga..bunga comel, dapat tenangkan hati yang tension..
tapi tak sempat nak explore puas-puas bunga-bunga kat winter garden tu, sebab dia tutup pukul 4.30 p.m.
tapi adala sikit, nak tengok?











♥ ♥ ♥ i'm so in love dengan spring a.k.a musim bunga! xoxo!!♥ ♥ ♥

yang tak sudah-sudah, sudahla..tak larat..






i believe

When I'm feeling small
When it's cold outside
I don't know who I should believe
And when I needed someone special
just by my side
Who was there?

When I'm feeling old
When it's rain outside
I don't know who is holding me
And when I need a little kind and tender moment
Who's with me?

I believe someday I will love
Someone who's by my side
Oh someday
My special one will come alone
I keep on praying

When I'm lost inside
When I'm down and out
I don't know who I should recall
And when I needed someone precious
just by my side
No one there no one was there

I believe someday I will love
Someone who's by my side
Oh someday
My special one will come alone
I'll pray everyday

I believe someday I will love
Someone who's by my side
Oh someday oh someday
I keep on praying everyday



hmmmmm..

anyone ingat cerita ni?
ada kat tv3 masa zaman sekolah rendah..
darjah 5 darjah 6..
masa era drama jepun bertakhta..
tajuk dia over time..

hmm...

dulu tengok cerita ni, takda makna apa-apa..
budak-budak lagi time tu..
tak dapat nak fahami perasaan orang-orang yang dalam cerita ni..
just kenal hero dia, takeshi sorimachi pelakon beach boys and satu lagi cerita great teacher onizuka tu..heroin pulak dari cerita power office girl..

hmmm..
tapi sekarang..
tengok cerita ni, barulah sedar..
jalan cerita dia,
tragik..
nangis-nangis aku tengok..

persoalan kat sini, wujud ke persahabatan antara lelaki dan perempuan? tanpa ada feeling lebih-lebih.. boleh ke?

kalau dalam cerita ni, betapa rapat pon pasangan ni, masing-masing ada feeling kat masing-masing..tapi akhirnya, still kembali kat pasangan masing-masing..

kisah macam ni,
bukan je boleh berlaku kat jepun je, tapi kat malaysia pon boleh..
bukan dekat dalam tv je, dalam real life pon boleh..
bukan dekat orang lain, tapi dekat diri sendiri pon boleh..

hmmm..

hmmm..hmmm..

hmmmmmmmmmmmmmm...........tension!


wujudkah kawan baik lawan jantina?
betul ke a man and a women can't never be only friends?

masalah yang sama muncul lagi..
sekejap muncul, sekejap baik..
lepas tu datang balik, lepas tu pergi..
lepas tu meletup balik, lepas tu settle..
lepas tu jadi isu lagi, lepas tu takde dah kontroversi..
lepas tu timbul balik, lepas tu tenggelam sudah..

memang takkan sudah eh?

Wednesday, September 22

O Allah, show me the right path..



"tunjukilah kami jalan yang lurus..(iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat" (1:6-7)


hmmm..jujurnya, rasa macam jarang sangat mintak bantuan Allah sebelum ni..
kalau ada masalah ke ape ke,
selalunya lebih senang kalau cerita kat orang lain ataupun mintak pendapat orang..
jarang mengadu kat Allah..
jarang mintak pertolongan Allah..

tapi..alhamdulillah bila datang sini,
dapat kenal dengan seorang sahabat ni, yang ada tagline sendiri..hehe..
bila-bila jumpa ke atau nak berpisah ke, selalu pesan ayat ni;
"mintak Allah pandu hati-hati kita"..

jadinya, sedar tak sedar kerap jugak ingatkan hati mintak Allah pandu hati..

mula-mula rasa biasa je..
alaa, benda simple je pun..
kata la nak buat keputusan pasal apa pun, buat jela kan..
benda kecil benda besar, pandai-pandai la fikir nak pilih keputusan sendiri..
dah besar dah pun..dah mumaiyiz..
cukup akal dan boleh fikir sendiri..

tapi, bila mula belajar doa kat Allah agar pandu hati ni bilamana nak buat keputusan, Alhamdulillah, Allah memang akan bantu kita..

Allah ni, memang sangat-sangat baik..apa je yang kita mintak,
insyaallah kita akan dapat..
so, kalau nak Allah bantu dalam buat apa-apa urusan pun, silalah mintak dari Allah, insyaallah dapat la..

"dan sungguh, Kami telah mengutus (rasul-rasul) kepada umat-umat sebelum engkau, kemudian Kami siksa mereka dengan menimpakan kemelarataan dan kesengsaraan, agar mereka memohon (kepada Allah) dengan kerendahan hati..tetapi mengapa mereka tidak memohon (kepada Allah) dengan kerendahan hati ketika siksaan Kami datang menimpa mereka? bahkan hati mereka telah menjadi keras dan setan pun menjadikan terasa indah bagi mereka apa yang selalu mereka kerjakan" (6:42-43)


lagi satu, nak cakap yang kalau kita selalu meminta dari Allah,
itula tandanya kita rendah hati..
sebab bila kita meminta, maksudnya kita tak mampu..
masa tu kita baru nak sedar yang kita ni sentiasa kena bergantung kat Allah..
bukannya kita mampu buat sesuatu tu dengan sendiri..

wallahualam..

itu je, mahu sambung study..daaa~

Wednesday, September 15

cry on my shoulder ♥

tak kenal, maka tak cinta..

hehe, bukan cinta i love u, u love me k?

itu status kat facebook aku semalam..lepas balik ziarah kawan..
hmm..happy la sekarang ni..
tak tau kenapa, maybe sebab rasa sayang kat kawan-kawan kerana Allah dah timbul, itu yang rasa manis sikit persahabatan tu..


macam 1 hadis tu cakap, tak sempurna iman kamu, selagi kamu tak cintakan kawan-kawan kamu sebagaimana kamu cintakan dirimu sendiri..

hmm..

aku belum sampai tahap tu kot, tapi in the process..
insyaallah..
doakan ya..

dan semalam bila dengar lagu ni, happy sangat..
i nak jadi crying shoulders for my friends..

maybe bila orang dengar lagu ni, ramai yang cakap lagu ni untuk boifren-gelfren, but for me, aku tak teringat langsung pasal itu..just ingat kat kawan-kawan je..i dont have many good friends, but i really treasure the ones that i have..

kamu tahu siapa kamu..

love u all..kerana Allah taala, insyaallah..




If the hero, never comes to you
If you need someone, you're feeling blue
If you wait for love, and you're alone
If you call your friends, nobody's home
You can rum away, but you can't hide
Through a storm and through a lonely night
Then I'll show you there's a destiny
The best things in life, they are free

But if you wanna cry: cry on my shoulder
If you need someone, who cares for you
If you're feeling sad, your heart gets colder
Yes I show you what real love can do

If your sky is grey oh let me know
There's a place in heaven, where we'll go
If heaven is, a million years away
Oh just call me and I'll make your day
When the nights are getting cold and blue
When the days are getting hard for you
I will always stay by your side
I promise you, I'll never hide

But if you wanna cry: cry on my shoulder
If you need someone, who cares for you
If you're feeling sad, your heart gets colder
Yes I show you what real love can do

But if you wanna cry: cry on my shoulder
If you need someone, who cares for you
If you're feeling sad, your heart gets colder
Yes I show you what real love can do

salam aidilfitri 2010

hello!

lamanya tak bukak blog..alasan? tak sempat lah, sebab raya..hee..
hari ni dah syawal day 6 dah pun..tapi takda pun post pasal hari raya..umm..

perlu ke?

macam tak perlu..
tapi kalau tulis, nanti bila baca, boleh ingat-ingat balik..
so, nak tulis jugak lah!


emm..ok ok..
mulakan dengan malam raya la eh..

ramadhan day 29; tak disangka-sangka..

serius tak sangka hari ni hari last orang puasa..tak sangka anak bulan dah nak keluar..tak sangka sambut raya sama dengan malaysia..tak sangka terbukak jugak youtube dengar takbir raya..tak sangka nangis sebak tapi control-control sebab hanya boleh dengar takbir dari laptop je, bukannya takbir dari masjid, radio, tv etc..tak sangka dah tercipta sejarah aku sambut raya di oversea..




syawal day 1; dedikasi terhadap tugas

pagi-pagi, oleh sebab tak boleh solat, bangun lewat sikit pukul 8..dan terkejar-kejar pergi Fisher building, berkobar-kobar nak mengajar Keazi si anak murid skype supaya pandai membaca..betapa dedikasinya aku..heee..


lepas tu, beraya sakan ke 5 rumah...
mula-mula rumah kak nana 902 makan soto..
followed by rumah forte 1502 bihun sup laksa penang kek karot..
lepas tu quest on mount 12k makan lemang nasik himpit dan yang kuah kuning tu, lupela nama apa..
lepas tu bianco 2g ada mee kari air cincau@lengkong cheesecake..
lepas tu bianco 5f nasik minyak dan ayam..

lepas tu balik naik bukit perut godek-godek tercungap-cungap sebab minum dan makan yang berkuah je semua dan juga efek lepas 2 minggu cuti takdenye nak panjat-panjat bukit bukau nih..

paling tak menahan, beraya ke rumah orang sambil bawak laptop dan backpacknya..adoi..gara-gara skype..

dah sampai huia, start masak rendang ayam kunyit dari pukul 3++ sampai pukul 11 non-stop berdiri..
pukul 11 balik tido kaki bengkak kejang-kejang..
jatuh cinta dengan kawan-kawan geng rendang..
seronok makan ramai-ramai lepas buat kerja penat-penat..



syawal day 2; open house HUIA

alhamdulillah, hari penuh kontroversi diatasi dengan penuh dedikasi dan prestasi..haha..
kontroversi betul open day ni,macam-macam..
tapi last-last, happy sangat tau..macam tak percaya,
dengan peralatan serba tak cukup,
bahan masakan serba tak seperti di malaysia,
kami satu cohort @ batch berjaya jugak jamu makan tetamu more than 400 people, 400! satay-nasi himpit-kuah kacang-nasi tomato-ayam masak merah-rendang-ice lemon tea semua marvellous!
memang legend habis la, sebab lepas ni maybe junior tak mampu nak buat begitu dah, sebab tadi kitorang dah kena marah dengan Allison si manager huia,
cakap tetamu sembarangan tak boleh bawa masuk dalam hostel..
so, next year adik-adik macam tak mampu je lagi dah nak ulangi kegemilangan open house cohort 1 tesol ipti-uoa..hehe..




syawal day 3; raya cara western

demam di tengah malam sampai tak mau pi beraya dah hari ketiga..
tapi sihat balik dan alhamdulillah sampai jugak ke fale pasifika,
tempat open house MSD..hee..
takmau cakap, ulas atau komen banyak-banyak pasal ini..huhu..
ok la, bagi hint sikit-sikit..beraya cara westerners?
haha..makanan tak kenyang terpaksa pergi makan ayam dan fries cfc di bandar..
tragik kan? hehe, takpe la..rezeki ada di mana-mana..





syawal day 4; demam raya dan ponteng kuliah

demam kembali, tapi waktu petang dah sihat balik..

syawal day 5;pergi kelas macam biasa

syawal day 6;iaitu hari ni..

perlu ke nak tulis pasal hari-hari dalama syawal? tak perlu kan?
huuu..takde dah..takat syawal day 3 jela sambutan raya kali ni..
lain-lain tunggu lepas habis puasa 6 pulak..

tapi walau macamana pun, memang meriah laa raya kat sini..
kalau dekat malaysia, tak tentu lagi beraya sakan ziarah menziarahi open house sana open house sini..

dan yang best sekali, tak rasa sedih pun,
sebab tak sempat nak bersedih-sedih..
sibuk sangat sampai tak sempat nak emo emo..
lagipun malam raya dah call mama..
pagi raya pun mama call dari malaysia pukul 5 pagi..hehe..
pastu encik kucing miaw-miaw pun call nak bermaaf-maafan di pagi raya..
so, memang enjoy jugak la..
lagipun, rasa la ukhwah tu macamana..takda keluarga parents adik beradik, kawan kawan masih boleh jadi pengganti..
bagi siapa-siapa yang sangat concern pasal saya tak dapat makan malaysian dishes kat bumi auckland ni, no worries tau..
lagipun raya haji nanti, insyaallah saya raya kat sana..
so jangan lupa pulak nak hidang ke, belanja makan ke, yang sedap-sedap tu..heee..



ok dah khatam menulis diary raya 2010

kepada yang membaca,

..selamat hari raya..
..mintak maaf zahir dan batin..

lots of love,

syida ♥

when i'm happy, i smile widely =)


alhmdulillah..happy..seronok..dapat rasa kasih sayang Allah kuat sangat dua tiga hari ni..walaupun memang Allah sentiasa ada..walaupun tau Allah tu maha pengasih maha penyayang..always..forever..kepada siapa-siapa pun..

tapi dalam bergembira pon, ada caranya..
iaitu bersederhana..

bak kata ayat 57:23, jangan bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan jangan pula terlalu gembira dengan apa yang Allah berikan..

lagipun, kegembiraan ni pun semuanya sebentar je..

dalam 42:36 Allah cakap, "apa pun kenikmatan yang diberikan kepadamu, maka itu adalah kesenangan hidup di dunia..sedangkan apa kenikmatan yang ada di sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman, dan hanya kepada Allah mereka bertawakkal"

dan ini pun salah satu ujian dari Allah jugak..
dalam pada bergembira, panjatkan rasa syukur, dan beristighfarlah..
jangan lupa tu, syida!

macam yang dalam 110:1-3,

"apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah keampunan kepadaNya..sungguh, Dia Maha Penerima Taubat"

so Syida, beringat la sikit..awak happy, tak semestinya kawan-kawan lain happy jugak..sila bersederhana..dan jaga hati kawan-kawan sekeliling awak ye?

Monday, September 6

ramadhan datang, ramadhan pergi..aku masih begini?

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

ramadhan day 26: makin hampir ramadhan nak berlalu, makin banyak ujian yg aku dapat..

macam yang Allah dh cakap,
"jangan cakap kamu tu benar-benar beriman kalau kamu belum diuji" (lupela ayat mana)

hmm..Alhamdulillah, sebelum diuji, Allah dah bagi skema jawapan dah..
rasanya dah belajar sedikit sebanyak dalam tazkirah-tazkirah masa terawih..
tapi, bila dh 10 malam terakhir ni, inila masanya Allah nak uji diri ni..
betul ke apa yang aku dengar dan belajar tu, mampu aku amalkan..

semua ujian ni, rasanya berbalik pada sifat husnuzhon pada Allah kot..
husnuzhon ni maksudnya bersangka baik..
jadinya, semua ujian yang aku hadapi sekarang ni, nak uji sama ada aku ni bersangka baik pada Allah ke tak..
ini termasukla dengan sifat sabar dlm ujian, memaafkan orang lain etc..


hmm..sekarang ni, ada banyak ujian dalam hati..
tapi, banyak-banyak yang aku belajar haritu, adakah lepas tu,
bila aku ditimpa musibah, aku redha?
aku anggap semua tu positif?
aku takda prasangka buruk kenapala Allah uji aku macamni?


sedangkan nak berlapang dada dengan manusia pon susah,
ini pulak nak berlapang dada dengan ujian Allah yang macam-macam ni..
sungguh, setengah benda (ataupon mostly everything?) akan ambil masa sebelum kita boleh nak berlapang dada..

macam kalau nak berlapang dada kat Allah dengan apa yang Allah uji tu, pon ambil masa jugak..tapi kan, ada 1 ayat ni yang buatkan proses aku nak berlapang dada, jadi cepat..

"apakah Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui? Dan Dia Maha Halus, Maha Mengetahui" (67:14)

maksudnya kat sini, Allah yang ciptakan kita semua-semua ni,
boleh ke kalau Allah tak kenal, tak tahu pasal kita?
boleh pulak?
mestila tak boleh kan?

sebab kita ni Dia punya, so Dia tau la every little tiny discrete secrets about us..

analoginya, kalau awak buat something,
awak mestila tau apa benda yang awak buat tu..
kelemahan dan kelebihan ciptaan awak tu..
orang lain tak tau sangat, sebab dia tak buat apa yang awak buat tu..

so, nak cakap sini, Allah knows the bestest best for me, for us..
apa-apa yang Allah takdirkan untuk kita,
itu lah yang terbaik dalama hidup kita..


walaupun mulanya aku tak suka,
walaupun selalunya aku benci,
walaupun memang aku tak sudi..

"boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" (2:216)

"jika kamu tidak menyukai mereka,(maka bersabarlah) kerana boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu,padahal Allah menjadikan kebaikan yang banyak padanya" (4:19)




jadinya, jom muhasabah sekejap.. belajar berlapang dada dan husnuzhon pada Allah..ramadhan dah nak habis, hati ni dah cukup prepare ke untuk 11 bulan mendatang? tu pon kalau sempat jumpa next ramadhan..KALAU SEMPAT..

Sunday, September 5

2 kalimah syahadah; besar ertinya..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..

أَشْهَدُ أَن لاََّ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُ اللهِ
“Aku bersaksi bahawa tiada tuhan (yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya) melainkan ALLAH dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah Pesuruh ALLAH.”

apekah??

huu..itula lafaz 2 kalimah syahadah kita..kan?


Alhamdulillah..sedar tak sedar, dalam sehari solat fardhu yg kita kerjakan, ada 9 kali kita menyebut lafaz kalimah agung ini..itu belum kira solat sunat, pastu kalau dengar dan jawab azan, qamat, lagi, masa nak tidur pun kita mengucap..

huu..kalau kira-kira, sebenarnya berkali-kali kita lafazkan kalimah ni..

tapi...

tapi....

tapi...


tahukah kita tentang kesaksian yang kita nyatakan berkali-kali tu?

adakah kita betul-betul bersaksi dengan 2 kalimah tu?


hmmm..

kalau dalam konteks dunia..
kalau dalam konteks mahkamah..
apa tugas saksi eh?
penting ke tak saksi tu?
kalau la dalam 1 kes tu takda saksi, boleh ditutup kes tu kan?
sebab saksi takda, saksi tak cukup or whatever..

sebab saksi tu la yang akan tegakkan kebenaran, apa yang dia tahu, apa yang dia nampak..


sekarang ni, bila kita dah bersaksi yang tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, takkan setakat itu je?

kata saksi..

tapi kalau saksi sorok diri dalam rumah taknak bagi keterangan kat mahkamah, boleh ke berjalan sesuatu perbicaraan tu?

mesti tertangguh-tanguh kan?

hmmm..

katakanlah,"kamukah yang lebih tahu atau Allah, dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan kesaksian dari Allah yang ada padanya?" Allah tidak lengah terhadap apa yang kamu kerjakan..(2:140)


kalau boleh, semua orang perlu la sedar dengan tanggungjawab dia terhadap apa yg dia cakapkan tu..

ini lafaz kalimah syahadah kot, bukan calang-calang lafaz..

bukan bersaksi i love u, u love me tu..

jadinya kat sini, kita, bila dah jadi saksi, kenala sampaikan kebenaran tu dekat orang lain pulak, sebab kita tau benda ni benar, dan kita nak tegakkan apa yang kita tau, supaya orang lain pun tau, dan supaya orang lain pon nampak kebenaran yang kita nampak tu..insyaallah..


errrr, habis tu tanggung jawab aku-kah nak sampaikan kat seluruh umat manusia ni?

errrr..layak ke aku? mampu ke aku?

ishhh..tak mungkin terlaksanalah! tak mampu, ramai sangat!

ahh, ramai lagi orang lain kat luar tu, tapi kenapa aku?




dah dah, jangan dok bagi alasan dah..
ada caranya..
jangan pikir kompleks-kompleks sangat..
takut last-last, satu habuk pon tarak!

"maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" (94:5-6)

weh, 2 kali kot Allah ulang benda yang sama ni..

susah-susah mana pun, mesti ada punya senangnya tu..

so, kalau rasa susah sangat nak tegakkan kebenaran 2 kalimah syahadah tu, ada la cara senang..huhu..alhamdulillah..

awak rasa susah eh kalau nak tarik orang kafir masuk islam?
berat kan?
tak cukup masa kan?
diorang tak paham apa-apa pasal islam, makan banyak masa kan?
sebab diorang takda basic langsung kan?

hmm..buat apa susah-susah macam tu..kita ni memang dah takda masa..tak tau sampai bila umur kita..so kita mulakan la dengan yang mudah, praktikal dengan kita..
baru la sesuai..heee..

camni, kita teguhkanla dulu orang-orang islam yang sedia ada ni..tarik slow2..
fitrah manusia memang nakkan kebaikan kan?
hmm..meh nak lukis jap..



ok..

paham tak ape benda ni?
ini saya nak cuba representkan golongan-golongan manusia kat dunia sekarang..

golongan f, mmg susah la, sebab dia kafir..tak tau pape..
golongan e, orang munafik..pura2 islam..
golongan d..orang fasik..islam, tapi tak laksanakan perintah Allah, tak solat, tak puasa, minum arak, mengumpat, tak tutup aurat ke..
golongan c..iaitu golongan yg biasa2 je..puasa, solat cukup..
golongan b ni pulak, pendakwah, seru ke arah kebaikan, cegah kemungkaran..
dan golongan a pulak adalah yg ekstreme, contohnya para sahabat Nabi..yang sanggup infakkan seluruh harta masa tenaga untuk islam..

insyaallah, kita ni,bolehla dikelaskan dalam golongan c..
sebab kita dah laksanakan suruhan yang diwajibkan ke atas kita..
dah duduk dekat c, takkan nk berada di tokok yg sama kn?
nak jugak naik pangkat jadi golongan b kan?
cane?
kita kosongkan tempat c untuk golongan d naik, then kita move up la ke golongan b plak..heee..best kan?


so..tanggungjawab kita sekarang ni, yang dah tak cukup masa ni, kita nak tolong orang bawah kita la naik pangkat, iaitu golongan d..

macam kita cakap tadi, golongan d ni, dia dah islam..cumanya dia tak lakukan secara bersungguh..tak solat, tak puasa..eh common-lah tu..jangan tipu kalau kat sekeliling kita takda orang macam tu..ada kan?

alamak! kadang-kadang kita sendiri pon macam tu jugak..astaghfirullahalzim..


so, apa yang kita boleh buat?

hmm..tegur-tegurla orang yang tak solat tu..ajak solat jemaah..tegur tak tutup aurat..kalau dah buat tu, perelokkan la..ajak solat sunat..ajak baca quran..kalau nak buat benda tak elok, tegur-tegurla..

tapi ingat ye, nak berdakwah ni, kenala secara berhikmah dan bijaksana..

mcam sekarang ni, sesuai dengan peredaran zaman..takkanla awak nak berdakwah pakai air liur je kot..dulu zaman Nabi, bolehla, sebab takda cara lain lagi dah..sekarang ni, kita mcam-macam ada..teknologi berkembang..

let's say remaja sekarang ni suka facebook, youtube, blogging..

gunakanlah medium ni untuk berdakwah jugak..

contohnya, instead of update status facebook "sayang, i love u so much muah muah muah","demm,_____ u!" sume tu, alangkah baiknya kalau kita saling nasihat ke arah benda yang baik..post waktu solat ke, post ayat alquran ke, hadis ke, zikir bertasbih ke..sedikit sebanyak, niatkan agar ada yang terkesan..secara tak sengaja, bila orang tengok status awak, ingat dia kat Allah..kalau awak link ke post yang ilmiah, bila orang klik dekat link yang awak bagi tu, alhamdulillah awak dah bukak jalan kepada orang lain untuk lihat dan kagumi ciptaan Allah..daripada awak maki hamun, merungut, berloving-loving dalam facebook, itu kn bila orang nmpak, orang jadi jelek dan muak dan adala mengumpat dalam hati pasal awak..lagi teruk kalau awak ngmpat orang kat wall post, pastu kawan-kawan awak pon join sekali mengumpat..tak ke naya tu? dengan dosa-dosa depa awak tanggung..


emmm..simple kan?

tapi bukan niat kita nak tinggalkan orang munafik, orang kafir sendirian..
cuma kita tak punya masa..
dan kita niatkan la, insyaallah, bila kita dah sampaikan kepada golongan golongan d, golongan d la pulak akan sampaikan kat golongan e..pastu dah lagi ramai, golongan e pulak la yang akan sampaikan kepada golongan f..

best kn?
berkembang biak..macam bakteria belajar dalam science dulu..

heee..

alamak, tapi susahla..satgi hilang kawan..satgi takda geng dah..satgi apa plak orang cakap, apehal minah ni, tetiba nk jadi ustazah plak..

huu..
takpa la, biarla apa orang nk cakap pon pasal kita..
kita nak harapkan redha manusia ke, kita nak redha Allah?

c'mon, ni nak jadi penolong Allah dalam menegakkan kebenaran ni..tak mau ke? tak dahsyat ke? hebat tu..tak dapat banyak, sikit pon jadila..


tgk gambar rajah tu..bermula dengan diri sendiri, sampaikanla kepada 2 orang lain je..orang lain tu pulak, bila berkemabang, dia sampaikan kat orang lain pulak..dan seterusnya..dan subhanallah,inila (mungkin?) adalah kita punya saham untuk akhirat nanti..selama mana ilmu yang berguna yang kita ajarkan kepada orang lain tu berterusan digunakan, selama itulah pahala itu berterusan dapat dekat kita..subhanallah..

so, boleh kan?

lagipon tujuan kita dihidupkan kat bumi ni pon sebagai khalifah Allah (2:30)dan untuk beribadat (51:56) kan?

akhir kata,


majulah ___________(nama anda) untuk Islam!

Thursday, September 2

untuk kamu wahai sahabat..

kalau betul mencari sahabat..

♥ pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan..

♥ pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dangan rasa terharu, dan dianggap sangat berguna..

♥ pilihlah seorang sahabat yang apabila dia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menyebut2nya..dan jika dia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya..

♥ pilihlah sahabat yang jika engkau meminta sesuatu daripadanya, ia pasti memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankan serta menghiburkanmu..

♥ pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan dan bukan selalu mempercayainya saja.. jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu

♥♥♥

jazakillah khair sebab sudi jadi sahabat saya..
insyaallah takkan terputus silaturrahim kita..
walau bukan secara zahir,
dalam hati masih ada ruang itu untuk kamu wahai sahabat..

Wednesday, September 1

sorry, aku bukan peminta sedekah.

mintak maaf, aku tak suka meminta (dari orang)
dan aku tak diajar untuk meminta-minta (dari orang)..
Alhamdulillah Allah sentiasa cukupkan keperluan diri ni,
tanpa perlu meminta-minta selain pada-Nya..
jadinya, tolong respek prinsip aku..
aku tak kebulur harta, makanan orang lain kalo itu bukan aku punya..
aku meminta kalau terdesak ataupon terlalu teringin
sehingga habis daya aku, wang antaupun tak terdaya
nk usaha sendiri atau bila tak mampu sangat-sangat
nak tolak pemberian/pelawaan orang..

tak perlu nak jatuhkan maruah aku sebab i have my pride..
my pride is to be taken care of, not to be stepped on..
kalau kau (orang) dah pijak-pijak maruah aku,
kau (orang) rasa aku ada apa lagi yang tinggal?