Friday, August 26

manisnya iman.so sweet~♥


Assalamualaikum..
hee, nak tanya, pernah couple? rasa sweet tak cinta-cinta ni? agak-agak ade tak rasa cam yang kat bawah ni?
"hee~pokoknya,kena cinta.. asalkan dah cinta, mesti bila tertengok atau ternampak benda-benda favourite cinta hati, akan terus teringat kat dia. kan? angau. itu nama dia angau. nampak baju kaler biru, teringat dia.. dengar cite pasal Man U, terkenang dia lagi.. makan nasik kandar, rindu dia sangat-sangatlah and bla bla bla..dan pastinya, kalau dah namanye sayang tu, kita akan cuba nak elakkan dari buat benda yang si dia tak suka kan? sebab taknakla nanti si dia merajuk-merajuk ngan kita, taknak cakap ngan kita, marah-marah. taknak ah gitu kan?"
itu cinta sesama manusia. sweet lah sangat kan. haha.. emm,dapat analogi ni dari kak Teha time tazkirah tarawikh semalam, yang bertajuk halawatul iman @ kemanisan iman.

Iman, yang kita dapat define kan, maksudnya percaya dengan hati, mengaku dengan lidah dan mengamalkan dengan perbuatan. macamana nak dapat kemanisan iman ni? tadi kemanisan bercinta, haa, sekarang kemanisan iman plak. ada 3 syarat je, tak banyak pon. kalau dah dapat capai ketiga-tiga benda ni, mestilah dapat rasa manisnya iman tu.
  • mencintai Allah dan Rasul melebihi kecintaan terhadap yang lain;
  • mencintai seseorang kerana Allah; dan
  • benci untuk kembali kepada kemasiatan sebagaimana benci dicampakkan ke dalam api neraka

kalau sebelum ni, tau je macam mana nak peroleh kemanisan iman tu, tapi macam jauh pulak nak capai. tapi bila dah dapat analogi yg satu ni, memang boleh pahamlah kot apa relation antara ketiga-tiga benda tu. pokoknya, memang kena cinta dulu lah. Bila dah betul-betul cinta kat Allah dan Rasul, insyaallah kita akan sentiasa teringat dekat Allah dan Rasul. Buat benda tak baik, insaf kejap sebab ingat Allah marah, buat benda baik-baik sebab Allah suka, taknak buat benda yang rasa cam tak best tapi cuba buat jugak sebab nak ikot sunnah nabi.

lepas tu, kita pon bila nak sayang orang lain, sayangilah sahabat kita tu kerana Allah. dia asyik remind kita pasal agama, apa yang dia buat kita rasa dapat dekatkan kita pada Allah, bila dia buat something, kita ter'reflect' dan terus teringat pasal Allah dan Rasul. kiranya bila kita rasa dia itu baik, sayangilah dia. sebab Allah sayang orang yang baik, jadi kita pon sayangilah dia sebab Allah sayang kat dia.

dan yang last tu, pastinya bila kita dah dapat hidayah nak improve diri dari dosa-dosa silam, takkanlah kita nak berpatah balik buat dosa-dosa tu lagi kan? cubalah untuk benci benda tu, sebab kita tak mau masuk neraka. takot. kalau sebab benda yang berdosa tu yang kita rasa best tu yang akan beratkan timbangan belah kiri kita kat akhirat kelak, tak ke rasa cam alangkah ruginya buat benda tu. kalau rasa cam kecik pon, tapi mana tau kot-kot yang itula tu yang nak bagi kita jatuh dalam neraka nanti. ishh takmaulah,nauzubillahiminzalik. rugi diri dan zalimi diri je.

jadinya, marilah kita sama-sama perbaiki diri dan cubalah grab kemanisan iman tu. cuba sikit-sikit, sebab takpe, Allah suke benda baik yang sikit-sikit kita usahakan, tapi secara istiqamah. suwit kan Allah?

No comments:

Post a Comment