Monday, August 15

awak, janganla kasar sangat. terasa tau!

Sesungguhnya, apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan. (Imam Hasan al-Basri)

Amacam? betul ke tak kata-kata kat atas ni? Hmmm, personally, aku sangat-sangatla setuju dengan kata-kata tu. Baru-baru ni attend perkongsian Syahadatul Haq (i've wrote about this last year), lesson learnt was that tugas berdakwah ni, bukan kerja ustaz-ustazah je tau, tapi kita semua. Lagipun Allah dah cakap dalam al-Quran, "Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepdada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata,"sungguh, aku termasuk orang-orang muslim (yang berserah diri)?" [41:33] Muslims, aren't we? lagipun al-Quran bukan diturunkan untuk golongan alim-ulama je, tapi untuk kita semua. Jadi sape lagi yang nak ikut suruhan Allah dalam la-Quran kalau bukan kita? Dengan keadaan masyarakat kita sekarang yang makin lupakan Tuhan dan agama sendiri hanya tinggal pada nama, mana mampu nak tunggu diri jadi perfect baru nak sampaikan pada yang lain. Betul tak?


Dan Alhamdulillah, ramai yang dah mula dapat kesedaran tentang Islam, dan cuba sampaikan pada orang-orang yang mereka sayang. SAYANG? Ye ke sayang? Sebab sayang la kan, sebab tu tegur-menegur, sebab taknak la nanti orang-orang yg kita sayang tu terkial-kial kat depan Allah, jenuh nak menjawab segala perbuatan masa hidup kat dunia ni.

Tapi malangnya, ramai yang tersalah guna pendekatan. Bab psychology fail. Hmmm.. Berdakwah, bukanlah alasan untuk kita attack orang itu orang ini sesedap mulut, sesuka hati.
Sebab boleh jadi, bila salah cara, tak kena gaya, orang yang kita target tu lagi menjauh, menolak apa yang cuba disampaikan. Bukan sebab hatinya tak dapat nak terima kebaikan tu, tapi sebab pendekatan yang digunakan sang daie tu, mungkin kasar, mungkin menyentuh/menyakiti hati orang lain. Nabi Muhammad S.A.W sendiri sudah tunjukkan caranya. Dan dalam al-Quran pun ada sebut pasal ini.

"Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah* dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk". [16:125]

*perkataan yg tegas dan benar yg dapat membezakan antara yg hak dan yg batil


"Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia, akan seperti teman yang setia" [41:34]

Haa, sampai macam tu sekali, sampai rasa macam teman yang setia. Kiranya dengan cara yang tak mengguris hati lah kan. So, janganlah kasar-kasar sayang. Mind your words, pleaseeeeee..If it's too harsh, nanti orang lain back-off tau!


Tapi takpe, Allah akan mudahkan urusan kamu wahai da'ie-da'ie sekalian. Allah dah janji kan? So jangan putus asa tau, cuma mungkin boleh fikirkan strategi yang lagi mesra alam. heee~

"Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama" (22:78)

"Maka jika mereka berpaling, maka ketahuilah kewajiban yang dibebankan atasmu (Muhammad) hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang*" [16:82]

*maksudnya takkan dapat beri taufik dan hidayah kepada seeseorang sehingga dia beriman.


Okaylah, off to work. Asalamualaikum.

No comments:

Post a Comment