Tuesday, August 2

T.A.Q.W.A.

Assalamualaikum, heee~

harini dah masuk hari kedua umat Islam kat New Zealand berpuasa, Alhamdulillah. kat sini ada nak share pengisisan yang dapat masa tazkirah, harap bermanfaat pada yang membaca.

"dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. iaitu orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menelan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan. " [3:134-5]

Alhamdulillah, dalam minggu ni 2 kali aku berkesempatan tadabur ayat ni. paling terkesan harini punya tazkirah, kata pemberi tazkirah tu, "takpela, aku maafkan kau bukan sebab aku nak maafkan kau ke, nak jadi lagi baik ke ape, aku maafkan kau sebab nak dapatkan takwa dan syurga tu. fuh sentap jugaklah, bagi si pemilik hati yang ego dan pendendam nih. insyaAllah, akan train diri untuk telan kemarahan dan maafkan orang lain, sebab aku pon nakkan syurga!

Ramadhan 1432H>

No comments:

Post a Comment