Saturday, November 27

shuuuh shuuhh!

current mode: empty-hearted

goodbye my friend, now i know

and gonna make it permanent.

Sunday, November 21

jalan-jalan desaru

jb, here i come, again!

hee..kalau dulu datang jb sebab belajar kat IPGM KTI, skang ni datang jb sebab nk lawat kakda yang still tak dapat transfer balik kedah..huuu..aritu datang sini pergi jalan-jalan pontian..emm..kali ni datang johor pergi desaru..ini kali pertama ye..wee~

baru je sampai, cita-cita nak mandi laut dah terbantut..sebab pergi time 14 hb bulan hijrah..padan muka..ombak besar gile..agak-agak 2 meter jugakla..tapi, dah lama sikit, tengok ramai je orang mandi manda..rupanya memang kat sini ombak dia besar kot, sebab sini dah ke laut china selatan..tak sama macam pantai merdeka kat kedah nun, manada ombak-ombak besar ni..buih-buih menghempas pantai adela..huhu..

oleh sebab adik kesayangan nak jugak mandi manda, terpaksa la kakak-kakak pergi teman..sebab adik aku ni sangat la degil dan suka buat berani pi main dalam-dalam..fuuuuh..mulanya aku je berperangai matured taknak gi mandi laut sebab dah besar, tapi sebab yang umo 19 tahun and 24 tahun tu insisted nak jugak nak jugak, terpaksa la i berkorban..teheee~

berdiri dalam air takat peha je, tapi..kuat gile kena tolak dek air tu..ombak menghempas-hempas atas kami..so mandi pon sambil pegang tangan la 3-3 orang kami..best pulak..hehe..tepi-tepi kami ada budak-budak je, ngan pakcik-pakcik..makcik-makcik tak mandi pon..remaja-remaja pon takdak..segan jugak dah besar-besar pon still gedik-gedik kat gigi air, tapi biarla, lepas ni bukan nak jumpak depa dah..hehe..

lepas mandi 2 round, hmm..apalagi..syahida pon bertukarla menjadi gadis hitam manis..haha..berbelang 3 lapis..mandi pakai long sleeve, tapi ade gak pergelangan tangan yang jadi semitanned..yang atas tapak tangan tu sah-sah hitam manis..haha..seronok jugak jadi tanned ni, walaupon penat-penat memutihkan diri masa kat auckland dulu..

emm..tapi seronokla pergi desaru..sebab ngan family..best tapi banyak gila mama perabeh duit nak jamu anak-anak badak ni makan jajan sampai kenyang..haha..insyaallah pasni leh datang lagi..tunggu bila kak dah capai cita-cita dia nak beli khemah baru, nak beli pencakar daun-daun kering and apa tah lagi benda-benda merapu..

till then, jumpak lagi, daa~

Tuesday, November 16

i'm leaving very-very soon


salam.

hari ini akan checkout huia iaitu hostel aku tinggal kat auckland ni..lepas tu dah nak balik malaysia 3 bulan..lepas tu takkan dapat connection laju macam kat sini dah..lepas tu mungkin takkan update apa-apa dah sampai la nanti-nanti bila dapat connection laju balik..

oleh itu, mau ucap selamat tinggal..sayonara..

daa~

Sunday, November 14

umpama milford sound vs tram n punting


awak seperti milford sound..mewah..gah..mahal..macam dalam cerita omputih..saya tak mampu nak gapai cita itu..nice to see, nice to be there, but unaffordable..boleh kalo nak pergi jugak, but i have to consider lots of things sebelum and selepas pergi..



awak pula seperti combo tram and punting..tak segah milford sound, tak semewah milford sound pujaan hati..tapi awak berbaloi..puas hati..affordable..biasa-biasa tapi senang hati, tenang jiwa..bukan sekadar nk lepaskan batuk di tangga, tapi sepadan dengan kemampuan saya..sekufu kata orang..




kadang-kadang, apa yang kita suka, tak semestinya baik untuk kita..apa yang saya mahu, saya dambakan, tak semestinya milik saya..saya boleh perhati dari jauh je..dan saya bersyukur dengan kemampuan saya, setakat yang saya mampu, sepadan dengan diri dan jiwa..

Alhamdulillah, dapat jugak ibrah dari jaulah kali ini..thanks Allah, sebab syahida baru nak sedar diri dan dapat ambil iktibar atas semua ini..

p/s: hahaha..lucu pulak bila buat perumpamaan macam ni..sapa-sapa boleh paham apa yang tersirat, teka lah..kalo tau, dok senyap-senyap..kalo tak tau pon, senyap jugak..

Thursday, November 11

penat hati, penat perasaan part 2#

#kisah 2: this is what people call a true friendship



hee..malu pulak bila pikir-pikir cerita yang ini..ini hal aku and my bestie..fuhh, kami gaduh..puncanya, salah faham dan terasa hati dan merajuk dan emo..untuk pengetahuan semua, aku ini seorang yang moody..tapi kalau aku moody, i don't like people to disturb me..sebab i bukan jenis yang dipujuk..so pandai-pandai la aku pujuk diri sendiri..before i can cheer up myself, jangan ada sapa-sapa yang kacau, kalau tak, buruk lah padahnya, sendiri tanggung..

dan aku jugak bukanlah orang yang mampu nak sembunyikan rasa dalam jiwa ni..i'm an outspoken people, so you people out there, beware of me! contohnya aku takkan cakap aku tak marah bila aku secara terang-terangan tengah marah..memang ada ayat al Quran yang cakap, swallow your anger (lupa ayat mana), tapi i admit it that i'm not that kind of people, but i'll give it a try, insyaallah..kalau aku marah, aku cakap aku marah..tapi tak bermaksud kalau aku marah, aku takkan maafkan..tunggu jap..give me some time so that aku boleh calm down..itu je..diulang, aku jenis cool sendiri, tak payah dipujuk..

and the art of memujuk manusia nama syahida ni, jangan cakap banyak bila memujuk aku..jangan hurai banyak-banyak bila cakap ngan aku..duduk diam-diam, cakap sorry dan sila biar aku bebel puas-puas dan kau perlulah diam dengar aku bebel..lepas aku cakap apa yang aku nak cakap, sila berlalu senyap-senyap dan anggap je aku tengah mamai..kalau anda ambil hati dengan apa yang aku cakap masa aku ngah marah + bebel tadi tu, anda lah yang akan tanggung kesannya..sebab aku bukan jenis yang memujuk orang lain..sebab aku tak suka dipujuk, aku juga tak memujuk..bagi aku, oleh sebab aku boleh pujuk diri sendiri, orang lain pun boleh pujuk dirinya sendiri, that's it..

act, this is my first time i fought with this bestie..tapi inila yang jadi penguji my friendship dengan dia..sebab bila gaduh, barula kita akan tau perangai kawan kita tu macamana..so, rasanya lepas bertahun-tahun kami kawan, kali ni baru la dia kenal aku ni macamana..dan aku pun kenal dia macamana..although ini bukanlah benda yang elok, tapi masing-masing lebih mengenali siapa yang jadi sahabat dia selama ni..bukan saja pada masa perangai baik-baik malahan masa perangai tak stabil..

and to that particular person, thanks for bearing with me throughout these years..alhamdulillah, we've made up in no time, tapi tak tau la yang dalam hati tu macamana..insyaallah akan pulih seperti biasa, amiiin..

penat hati, penat perasaan part 1#

#kisah 1: kawan baik yang dah tak berapa nak baik



alkisahnya, aku ada seorang kawan baik..hamba Allah ni, punyala concern pasal aku..yes, sangat concern..tiap-tiap kali ym ke ape ke, mesti tanya bila aku nak balik malaysia..haish..concern la sangat kan? haaa TIAP-TIAP KALI! geram aku..kalau betul concern, sekali dua bagitau, mesti dah boleh ingat..sebab kalau dia bagitau apa-apa, insyaallah aku akan ingat, sebab i consider that person as a very close, important person to me..kalau dah tau diri tu short term memory, catat la ape ke..alasannya, ramai sangat orang, and banyak sangat benda nak kena ingat, sebab tu tanya banyak kali..haishhhhhhhhhhhhhhhh!

takpala, memang itu jelas-jelas dah nak bagitau that i'm nobody.. tapi sebab i'm nobody la, buat apa nak catat kan? buat apa nak amek tau kan? aku balik ke, tak balik ke, takde bezanya kan? lepas tu buat-buat concern, tak payah la!

bila aku naek angin, apalagi, haaa..aku cakap la aku meluat dok bagitau banyak kali..dari start aku beli tiket aku dah bagitau dah, tapi dah orang tak mau amek tau, tu yang still dok tak tau tu..

malas dah..bila kena marah, cakap aku tak sabar la, tak tertarbiyah la walaupon pergi usrah la, apala, hellllo! i'm not a saint ok? aku memang panas baran pon, so what? konon kawan, takkan tak tau aku ni panas baran kot? takkan taktau aku ni tak penyabar kot? itu pon dah lama aku sabar ja selama ni, sekali aku meletup, pandai pulak nak bela diri cakap aku tak islamic segala sebab tak reti bersabar..

konon kawan, tapi dah tau my weakest point kat mana, dok cucuck-cucuk lagi apahal?
undeniable memang u are my bestest friend lah! i salute you!

but it's ok..takpa la..kutuk ah aku ni apa ka, macamana ka, whatever you want. name it! dah lama aku sabar, so what?

so nampaknya memang tinggal arwah kot friendship terlarang ni, sebab tu aku cakap ini kisah kawan baik yang dah tak baik..

serabut hati, jiwa dan raga

last few days were very hectic
got lots to say,
got lots to tell,
got lots to story,
got lots to write,
got lots to yak,
got lots to rant,

but too little time to do those..

haishhhh!

minggu ni, memang bertemakan soal hati dan perasaan
ada krisis dengan ramai orang,termasuklah bekas kawan baik,kawan baik, boifren
haa, puas hati boleh cakap direct camni..
hmm..serabut sangat-sangat..
jadinya, post selepas ini adalah kisah-kisah hati yang saket dan bermasalah aku sepanjang minggu ni, okay?


p/s: lurve this cute song, it suits my troublesome days!

Thursday, November 4

kau bajet kau best? boley belah!

ya,

kau boleh buat, aku juga boleh
kau mampu buat, aku juga mampu
kau sanggup buat, aku juga sanggup
kau berani buat, aku juga berani
kau tak malu, tapi aku punya malu!



mode emo..hey you, watchout your manner..lepas ni jangan jilat muntah kahak kau sendiri, sudah!

Sunday, October 24

nak kawen jugak!

haha tajuk gatal..

umm..best pulak tengok video orang kawen ni..

first time tengok, yang anak pengasas NAZA kawen la, dengan tema fairytale tu, memang betul-betul nampak macam fairytale..takpela, orang mampu..tak luak pon duit dia..rasanya kat malaysia pon, baru je start trend video-video kawen by professional photographer ni..pastu publish kat public..





umm..pastu tengok video kat bawah ni pulak..comelnya pengantin..kakak tu muka cam nora danish sikit-sikit, cute sangat..abang tu pulak walaupon bulat-bulat sikit, tapi comel..haha..muka innocent budak-budak sikit, pastu ada iras-iras si opie bulat tu..haha..


AIQA & HARITH from cstproduction on Vimeo.





video satu lagi ni, best jugak..comel je berenang-renang dalam pool..haha..pastu pengantin pompuan pon comel..lagi, dua-dua pengantin sporting..lagipon orang-orang bijak pandai kawen, syok lah! KMB gitu..huuu..walaupon pandai-pandai, muka tak sombong and nampak macam friendly je..best-best, i loikeee~


.: Majlis Persandingan Hazriq & Nurul :. from cstproduction on Vimeo.



hee..lepas tengok link banyak-banyak video orang kawen, terasa mau kawen jugak..haha..best kan kalau hubungan tu berakhir sampai jinjang pelamin, tak sia-sia bercinta..ini, bercinta bagai nak rak dua tiga pat lima nam tahun, tapi last-last putus macam tu je..lagi kasihan kalau bercinta sampai pat lima nam tujuh lapan tahun, kawen setahun dah cerai..nauzubillahiminzalik..takmau macam tu..


huu..ok la, tak tau nak tulis apa dah..cumanya, angau sebentar lepas tengok orang kawen..seronok tengok orang lain bahagia, sampaikan diri sendiri pon terasa gembira jugak..heee, senyum lebar sangat ni~

Friday, October 15

from the bottom of my heart, i miss You.

the truth..



Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu


this is what i feel right now..i'm lost..to my own self..

moral of the story #3

it's good kalau you bencikan sesuatu kemungkaran tu, tapi jangan mencela orang yang buat benda tu. sila marah kepada perlakuan dia. bukan dia.

and it's good for you to know, apa yang tak jadi kat kita pada hari ini, tak semestinya masih tak jadi kat kita pada masa hadapan.

kita tau tau apa kita akan buat pada esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan, and the rest of our life.

so think before you talk.

STATEMENT DI ATAS ADA KAITAN DENGAN STATEMENT DI BAWAH NI

gagal merancang, merancang kegagalan. tapi Allah yang berkuasa atas segala-galanya. sebab kita merancang, Allah yang tentukan. He's the greatest planner, believe me.

jadinya, kalau tak tahu apa-apa, better diam dari pandai-pandai buat statement.

again,think before you talk.

SILA FIKIR APAKAH LINK TERSEBUT

Wednesday, October 13

gloomy face.empty heart.

to feel as if i've lost to myself,

is the feeling that's torturing me right now..

Tuesday, October 5

wahai awak, awak sedar tak, tak selamanya awak kat atas, tau?

awak, awak pernah belajar term SIMBIOSIS tak?
tak tau la term ni sesuai ke tak awak, tapi
nak jugak bagitau awak, yang hidup kita ni, macam roda..berputar..takkan selamanya awak kat atas tau awak..

eh eh, lupa pulak..
awak awak, kita kan dah pernah belajar kat sekolah dulu,
ayat aktif dan ayat pasif..
active sentence and passive sentence..

contohnya,

kalau awak marah dia, dia kena marah dengan awak..
kalau awak pijak kepala dia, kepala dia dipijak oleh awak..
kalau awak zalimi dia, dia jadi mangsa kezaliman awak..

hmm..

awak, ingatla awak, tak selamanya awak kat atas, awak..

ini sebab kalau dalam sains, mangsa-pemangsa, awak sekarang ni adalah pemangsa..
so adala orang yang jadi mangsa awak..tunggu jap sampai awak plak jadi mangsa yang lagi kuat..

awak, jangan rasa hebat sangat awak..
haaa..awak kena gu yang lemah dari awak, bolehla..
sebab kan awak, awak pernah dengar tak peribahasa 'buku bertemu ruas'?
kalau awak gu ngan saya, barula awak tau, langit tu tinggi ke rendah..

nah tengok la video ni, kalau tak percaya..moga-moga dapat pengajaran..



tapi takpala, saya takda hak pon nak komplen lebih-lebih..
tak sesuai ngan prinsip saya yang dah serik nak masuk campur hal orang lain..

tapi itu jela yang saya nak ingatkan awak..
nak ingatkan face-to-face kat awak, saya tak berani, awak garang, saya takooot..
bukan takut kena marah ngan awak, tapi takut saya jadi macam diri saya yang dulu awak..takut-takut, lepas ni awak pun takut ngan saya plak awak..bila awak dengan yang lemah dari awak, bolehla awak menang..haha..kalau dengan saya, bring it on la beb!

p/s:
hebat-hebat awak pon, Allah lagi hebat tau?
Allah tau apa yang awak buat, always..


dan barang siapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat balasannya..(99:8)

Monday, October 4

this is how i describe my love..haha..(yang italic kat bawah tu)

WARNING!
jangan tengok 39saat yang pertama dalam video ni..
tak baikkk tau...tetttttttt!



i cannot put into words
but it must have begun when i first saw you
i've known that you'd come and break my heart

a love that doesn't surprise much
a love that doesn't get my heart racing
nor break my heart
a love that complains of boredom occasionally

although this kind of love is ordinary
do you know that i want to experience it?
as it makes me hate you when you ignore me
i don't want to continue, but
you already know that i can't live without you
because i don't want to burden you
even now i stay by your side
with sadness

you want to say some other things, but
what if i were to tell you first that i loved you?
i wonder what kind of expression you'll have then

although this kind of love is ordinary
do you know that i want to experience it?
as it makes me hate you when you ignore me
i don't want to continue, but
you already know that i can't live without you
because i don't want to burden you
even now i stay by your side

only with a verbally expressible love
would you comprehend my heart?
as it makes me hate you when you ignore me
i don't want to continue but
you already know that i can't live without you
because i don't want to burden you
even now i stay by your side
with sadness


hmm..
time tengah tension buat assignment, mesti akan cari benda lagha untuk isi masa lapang (walaupon tak lapang pon?)..huu, teruk kan?
bercadang nak tengok balik siri ni, tapi cari punya cari, youtube dah remove dah yang dengan english translation..Alhamdulillah..lega hati, walaupun kecewa..hehe

tak tau kenapa gatal tangan nak taip balik lirik yang ditranslatekan ke english nih..tak tau la translator dia translate dengan penuh keprofessionalan ke tak, tapi macam menarik pulak bait-bait kata tu kan?

a love that doesn't surprise much
a love that doesn't get my heart racing
nor break my heart


fuh, ini masalah hati..

cepatla selesai syida, cepatla..
cepatla halalkan yang haram tu..

Ya Allah, permudahkanlah bagi kami, Amin ya Rabbalalamin..

Wednesday, September 29

in ♥ with spring

emm..
walaupon baru je tulis pasal masalah tension-tension ni *rujuk post di bawah*, tapi masih boleh tersenyum..sebab happy dapat belajar kat sini..
so dapat jumpa bunga-bunga cantik yamg Allah cipta..

heee..alhamdulillah..

dulu bila belajar novel 'aku anak timur' komsas bahasa melayu tingkatan 1,
teringin sangat nak pergi belanda..nak pergi amsterdam..nak tengok bunga tulip..
sebab aku flower-flower girl punya type.. haha..jiwang kan?
bukan, feminin la..dari tingkatan 1 dah ada naluri-naluri kewanitaan..hee~

tadi sebab tension, pergi la jalan-jalan kat auckland domain..
nak pergi tengok bunga..bunga comel, dapat tenangkan hati yang tension..
tapi tak sempat nak explore puas-puas bunga-bunga kat winter garden tu, sebab dia tutup pukul 4.30 p.m.
tapi adala sikit, nak tengok?











♥ ♥ ♥ i'm so in love dengan spring a.k.a musim bunga! xoxo!!♥ ♥ ♥

yang tak sudah-sudah, sudahla..tak larat..






i believe

When I'm feeling small
When it's cold outside
I don't know who I should believe
And when I needed someone special
just by my side
Who was there?

When I'm feeling old
When it's rain outside
I don't know who is holding me
And when I need a little kind and tender moment
Who's with me?

I believe someday I will love
Someone who's by my side
Oh someday
My special one will come alone
I keep on praying

When I'm lost inside
When I'm down and out
I don't know who I should recall
And when I needed someone precious
just by my side
No one there no one was there

I believe someday I will love
Someone who's by my side
Oh someday
My special one will come alone
I'll pray everyday

I believe someday I will love
Someone who's by my side
Oh someday oh someday
I keep on praying everyday



hmmmmm..

anyone ingat cerita ni?
ada kat tv3 masa zaman sekolah rendah..
darjah 5 darjah 6..
masa era drama jepun bertakhta..
tajuk dia over time..

hmm...

dulu tengok cerita ni, takda makna apa-apa..
budak-budak lagi time tu..
tak dapat nak fahami perasaan orang-orang yang dalam cerita ni..
just kenal hero dia, takeshi sorimachi pelakon beach boys and satu lagi cerita great teacher onizuka tu..heroin pulak dari cerita power office girl..

hmmm..
tapi sekarang..
tengok cerita ni, barulah sedar..
jalan cerita dia,
tragik..
nangis-nangis aku tengok..

persoalan kat sini, wujud ke persahabatan antara lelaki dan perempuan? tanpa ada feeling lebih-lebih.. boleh ke?

kalau dalam cerita ni, betapa rapat pon pasangan ni, masing-masing ada feeling kat masing-masing..tapi akhirnya, still kembali kat pasangan masing-masing..

kisah macam ni,
bukan je boleh berlaku kat jepun je, tapi kat malaysia pon boleh..
bukan dekat dalam tv je, dalam real life pon boleh..
bukan dekat orang lain, tapi dekat diri sendiri pon boleh..

hmmm..

hmmm..hmmm..

hmmmmmmmmmmmmmm...........tension!


wujudkah kawan baik lawan jantina?
betul ke a man and a women can't never be only friends?

masalah yang sama muncul lagi..
sekejap muncul, sekejap baik..
lepas tu datang balik, lepas tu pergi..
lepas tu meletup balik, lepas tu settle..
lepas tu jadi isu lagi, lepas tu takde dah kontroversi..
lepas tu timbul balik, lepas tu tenggelam sudah..

memang takkan sudah eh?

Wednesday, September 22

O Allah, show me the right path..



"tunjukilah kami jalan yang lurus..(iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat" (1:6-7)


hmmm..jujurnya, rasa macam jarang sangat mintak bantuan Allah sebelum ni..
kalau ada masalah ke ape ke,
selalunya lebih senang kalau cerita kat orang lain ataupun mintak pendapat orang..
jarang mengadu kat Allah..
jarang mintak pertolongan Allah..

tapi..alhamdulillah bila datang sini,
dapat kenal dengan seorang sahabat ni, yang ada tagline sendiri..hehe..
bila-bila jumpa ke atau nak berpisah ke, selalu pesan ayat ni;
"mintak Allah pandu hati-hati kita"..

jadinya, sedar tak sedar kerap jugak ingatkan hati mintak Allah pandu hati..

mula-mula rasa biasa je..
alaa, benda simple je pun..
kata la nak buat keputusan pasal apa pun, buat jela kan..
benda kecil benda besar, pandai-pandai la fikir nak pilih keputusan sendiri..
dah besar dah pun..dah mumaiyiz..
cukup akal dan boleh fikir sendiri..

tapi, bila mula belajar doa kat Allah agar pandu hati ni bilamana nak buat keputusan, Alhamdulillah, Allah memang akan bantu kita..

Allah ni, memang sangat-sangat baik..apa je yang kita mintak,
insyaallah kita akan dapat..
so, kalau nak Allah bantu dalam buat apa-apa urusan pun, silalah mintak dari Allah, insyaallah dapat la..

"dan sungguh, Kami telah mengutus (rasul-rasul) kepada umat-umat sebelum engkau, kemudian Kami siksa mereka dengan menimpakan kemelarataan dan kesengsaraan, agar mereka memohon (kepada Allah) dengan kerendahan hati..tetapi mengapa mereka tidak memohon (kepada Allah) dengan kerendahan hati ketika siksaan Kami datang menimpa mereka? bahkan hati mereka telah menjadi keras dan setan pun menjadikan terasa indah bagi mereka apa yang selalu mereka kerjakan" (6:42-43)


lagi satu, nak cakap yang kalau kita selalu meminta dari Allah,
itula tandanya kita rendah hati..
sebab bila kita meminta, maksudnya kita tak mampu..
masa tu kita baru nak sedar yang kita ni sentiasa kena bergantung kat Allah..
bukannya kita mampu buat sesuatu tu dengan sendiri..

wallahualam..

itu je, mahu sambung study..daaa~

Wednesday, September 15

cry on my shoulder ♥

tak kenal, maka tak cinta..

hehe, bukan cinta i love u, u love me k?

itu status kat facebook aku semalam..lepas balik ziarah kawan..
hmm..happy la sekarang ni..
tak tau kenapa, maybe sebab rasa sayang kat kawan-kawan kerana Allah dah timbul, itu yang rasa manis sikit persahabatan tu..


macam 1 hadis tu cakap, tak sempurna iman kamu, selagi kamu tak cintakan kawan-kawan kamu sebagaimana kamu cintakan dirimu sendiri..

hmm..

aku belum sampai tahap tu kot, tapi in the process..
insyaallah..
doakan ya..

dan semalam bila dengar lagu ni, happy sangat..
i nak jadi crying shoulders for my friends..

maybe bila orang dengar lagu ni, ramai yang cakap lagu ni untuk boifren-gelfren, but for me, aku tak teringat langsung pasal itu..just ingat kat kawan-kawan je..i dont have many good friends, but i really treasure the ones that i have..

kamu tahu siapa kamu..

love u all..kerana Allah taala, insyaallah..




If the hero, never comes to you
If you need someone, you're feeling blue
If you wait for love, and you're alone
If you call your friends, nobody's home
You can rum away, but you can't hide
Through a storm and through a lonely night
Then I'll show you there's a destiny
The best things in life, they are free

But if you wanna cry: cry on my shoulder
If you need someone, who cares for you
If you're feeling sad, your heart gets colder
Yes I show you what real love can do

If your sky is grey oh let me know
There's a place in heaven, where we'll go
If heaven is, a million years away
Oh just call me and I'll make your day
When the nights are getting cold and blue
When the days are getting hard for you
I will always stay by your side
I promise you, I'll never hide

But if you wanna cry: cry on my shoulder
If you need someone, who cares for you
If you're feeling sad, your heart gets colder
Yes I show you what real love can do

But if you wanna cry: cry on my shoulder
If you need someone, who cares for you
If you're feeling sad, your heart gets colder
Yes I show you what real love can do

salam aidilfitri 2010

hello!

lamanya tak bukak blog..alasan? tak sempat lah, sebab raya..hee..
hari ni dah syawal day 6 dah pun..tapi takda pun post pasal hari raya..umm..

perlu ke?

macam tak perlu..
tapi kalau tulis, nanti bila baca, boleh ingat-ingat balik..
so, nak tulis jugak lah!


emm..ok ok..
mulakan dengan malam raya la eh..

ramadhan day 29; tak disangka-sangka..

serius tak sangka hari ni hari last orang puasa..tak sangka anak bulan dah nak keluar..tak sangka sambut raya sama dengan malaysia..tak sangka terbukak jugak youtube dengar takbir raya..tak sangka nangis sebak tapi control-control sebab hanya boleh dengar takbir dari laptop je, bukannya takbir dari masjid, radio, tv etc..tak sangka dah tercipta sejarah aku sambut raya di oversea..




syawal day 1; dedikasi terhadap tugas

pagi-pagi, oleh sebab tak boleh solat, bangun lewat sikit pukul 8..dan terkejar-kejar pergi Fisher building, berkobar-kobar nak mengajar Keazi si anak murid skype supaya pandai membaca..betapa dedikasinya aku..heee..


lepas tu, beraya sakan ke 5 rumah...
mula-mula rumah kak nana 902 makan soto..
followed by rumah forte 1502 bihun sup laksa penang kek karot..
lepas tu quest on mount 12k makan lemang nasik himpit dan yang kuah kuning tu, lupela nama apa..
lepas tu bianco 2g ada mee kari air cincau@lengkong cheesecake..
lepas tu bianco 5f nasik minyak dan ayam..

lepas tu balik naik bukit perut godek-godek tercungap-cungap sebab minum dan makan yang berkuah je semua dan juga efek lepas 2 minggu cuti takdenye nak panjat-panjat bukit bukau nih..

paling tak menahan, beraya ke rumah orang sambil bawak laptop dan backpacknya..adoi..gara-gara skype..

dah sampai huia, start masak rendang ayam kunyit dari pukul 3++ sampai pukul 11 non-stop berdiri..
pukul 11 balik tido kaki bengkak kejang-kejang..
jatuh cinta dengan kawan-kawan geng rendang..
seronok makan ramai-ramai lepas buat kerja penat-penat..



syawal day 2; open house HUIA

alhamdulillah, hari penuh kontroversi diatasi dengan penuh dedikasi dan prestasi..haha..
kontroversi betul open day ni,macam-macam..
tapi last-last, happy sangat tau..macam tak percaya,
dengan peralatan serba tak cukup,
bahan masakan serba tak seperti di malaysia,
kami satu cohort @ batch berjaya jugak jamu makan tetamu more than 400 people, 400! satay-nasi himpit-kuah kacang-nasi tomato-ayam masak merah-rendang-ice lemon tea semua marvellous!
memang legend habis la, sebab lepas ni maybe junior tak mampu nak buat begitu dah, sebab tadi kitorang dah kena marah dengan Allison si manager huia,
cakap tetamu sembarangan tak boleh bawa masuk dalam hostel..
so, next year adik-adik macam tak mampu je lagi dah nak ulangi kegemilangan open house cohort 1 tesol ipti-uoa..hehe..




syawal day 3; raya cara western

demam di tengah malam sampai tak mau pi beraya dah hari ketiga..
tapi sihat balik dan alhamdulillah sampai jugak ke fale pasifika,
tempat open house MSD..hee..
takmau cakap, ulas atau komen banyak-banyak pasal ini..huhu..
ok la, bagi hint sikit-sikit..beraya cara westerners?
haha..makanan tak kenyang terpaksa pergi makan ayam dan fries cfc di bandar..
tragik kan? hehe, takpe la..rezeki ada di mana-mana..





syawal day 4; demam raya dan ponteng kuliah

demam kembali, tapi waktu petang dah sihat balik..

syawal day 5;pergi kelas macam biasa

syawal day 6;iaitu hari ni..

perlu ke nak tulis pasal hari-hari dalama syawal? tak perlu kan?
huuu..takde dah..takat syawal day 3 jela sambutan raya kali ni..
lain-lain tunggu lepas habis puasa 6 pulak..

tapi walau macamana pun, memang meriah laa raya kat sini..
kalau dekat malaysia, tak tentu lagi beraya sakan ziarah menziarahi open house sana open house sini..

dan yang best sekali, tak rasa sedih pun,
sebab tak sempat nak bersedih-sedih..
sibuk sangat sampai tak sempat nak emo emo..
lagipun malam raya dah call mama..
pagi raya pun mama call dari malaysia pukul 5 pagi..hehe..
pastu encik kucing miaw-miaw pun call nak bermaaf-maafan di pagi raya..
so, memang enjoy jugak la..
lagipun, rasa la ukhwah tu macamana..takda keluarga parents adik beradik, kawan kawan masih boleh jadi pengganti..
bagi siapa-siapa yang sangat concern pasal saya tak dapat makan malaysian dishes kat bumi auckland ni, no worries tau..
lagipun raya haji nanti, insyaallah saya raya kat sana..
so jangan lupa pulak nak hidang ke, belanja makan ke, yang sedap-sedap tu..heee..



ok dah khatam menulis diary raya 2010

kepada yang membaca,

..selamat hari raya..
..mintak maaf zahir dan batin..

lots of love,

syida ♥

when i'm happy, i smile widely =)


alhmdulillah..happy..seronok..dapat rasa kasih sayang Allah kuat sangat dua tiga hari ni..walaupun memang Allah sentiasa ada..walaupun tau Allah tu maha pengasih maha penyayang..always..forever..kepada siapa-siapa pun..

tapi dalam bergembira pon, ada caranya..
iaitu bersederhana..

bak kata ayat 57:23, jangan bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan jangan pula terlalu gembira dengan apa yang Allah berikan..

lagipun, kegembiraan ni pun semuanya sebentar je..

dalam 42:36 Allah cakap, "apa pun kenikmatan yang diberikan kepadamu, maka itu adalah kesenangan hidup di dunia..sedangkan apa kenikmatan yang ada di sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman, dan hanya kepada Allah mereka bertawakkal"

dan ini pun salah satu ujian dari Allah jugak..
dalam pada bergembira, panjatkan rasa syukur, dan beristighfarlah..
jangan lupa tu, syida!

macam yang dalam 110:1-3,

"apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah keampunan kepadaNya..sungguh, Dia Maha Penerima Taubat"

so Syida, beringat la sikit..awak happy, tak semestinya kawan-kawan lain happy jugak..sila bersederhana..dan jaga hati kawan-kawan sekeliling awak ye?

Monday, September 6

ramadhan datang, ramadhan pergi..aku masih begini?

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

ramadhan day 26: makin hampir ramadhan nak berlalu, makin banyak ujian yg aku dapat..

macam yang Allah dh cakap,
"jangan cakap kamu tu benar-benar beriman kalau kamu belum diuji" (lupela ayat mana)

hmm..Alhamdulillah, sebelum diuji, Allah dah bagi skema jawapan dah..
rasanya dah belajar sedikit sebanyak dalam tazkirah-tazkirah masa terawih..
tapi, bila dh 10 malam terakhir ni, inila masanya Allah nak uji diri ni..
betul ke apa yang aku dengar dan belajar tu, mampu aku amalkan..

semua ujian ni, rasanya berbalik pada sifat husnuzhon pada Allah kot..
husnuzhon ni maksudnya bersangka baik..
jadinya, semua ujian yang aku hadapi sekarang ni, nak uji sama ada aku ni bersangka baik pada Allah ke tak..
ini termasukla dengan sifat sabar dlm ujian, memaafkan orang lain etc..


hmm..sekarang ni, ada banyak ujian dalam hati..
tapi, banyak-banyak yang aku belajar haritu, adakah lepas tu,
bila aku ditimpa musibah, aku redha?
aku anggap semua tu positif?
aku takda prasangka buruk kenapala Allah uji aku macamni?


sedangkan nak berlapang dada dengan manusia pon susah,
ini pulak nak berlapang dada dengan ujian Allah yang macam-macam ni..
sungguh, setengah benda (ataupon mostly everything?) akan ambil masa sebelum kita boleh nak berlapang dada..

macam kalau nak berlapang dada kat Allah dengan apa yang Allah uji tu, pon ambil masa jugak..tapi kan, ada 1 ayat ni yang buatkan proses aku nak berlapang dada, jadi cepat..

"apakah Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui? Dan Dia Maha Halus, Maha Mengetahui" (67:14)

maksudnya kat sini, Allah yang ciptakan kita semua-semua ni,
boleh ke kalau Allah tak kenal, tak tahu pasal kita?
boleh pulak?
mestila tak boleh kan?

sebab kita ni Dia punya, so Dia tau la every little tiny discrete secrets about us..

analoginya, kalau awak buat something,
awak mestila tau apa benda yang awak buat tu..
kelemahan dan kelebihan ciptaan awak tu..
orang lain tak tau sangat, sebab dia tak buat apa yang awak buat tu..

so, nak cakap sini, Allah knows the bestest best for me, for us..
apa-apa yang Allah takdirkan untuk kita,
itu lah yang terbaik dalama hidup kita..


walaupun mulanya aku tak suka,
walaupun selalunya aku benci,
walaupun memang aku tak sudi..

"boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" (2:216)

"jika kamu tidak menyukai mereka,(maka bersabarlah) kerana boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu,padahal Allah menjadikan kebaikan yang banyak padanya" (4:19)




jadinya, jom muhasabah sekejap.. belajar berlapang dada dan husnuzhon pada Allah..ramadhan dah nak habis, hati ni dah cukup prepare ke untuk 11 bulan mendatang? tu pon kalau sempat jumpa next ramadhan..KALAU SEMPAT..

Sunday, September 5

2 kalimah syahadah; besar ertinya..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..

Ø£َØ´ْÙ‡َدُ Ø£َÙ† لاََّ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلاَّ الله ÙˆَØ£َØ´ْÙ‡َدُ Ø£َÙ†َّ Ù…ُØ­َÙ…َّدًا رَّسُÙˆْÙ„ُ اللهِ
“Aku bersaksi bahawa tiada tuhan (yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya) melainkan ALLAH dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah Pesuruh ALLAH.”

apekah??

huu..itula lafaz 2 kalimah syahadah kita..kan?


Alhamdulillah..sedar tak sedar, dalam sehari solat fardhu yg kita kerjakan, ada 9 kali kita menyebut lafaz kalimah agung ini..itu belum kira solat sunat, pastu kalau dengar dan jawab azan, qamat, lagi, masa nak tidur pun kita mengucap..

huu..kalau kira-kira, sebenarnya berkali-kali kita lafazkan kalimah ni..

tapi...

tapi....

tapi...


tahukah kita tentang kesaksian yang kita nyatakan berkali-kali tu?

adakah kita betul-betul bersaksi dengan 2 kalimah tu?


hmmm..

kalau dalam konteks dunia..
kalau dalam konteks mahkamah..
apa tugas saksi eh?
penting ke tak saksi tu?
kalau la dalam 1 kes tu takda saksi, boleh ditutup kes tu kan?
sebab saksi takda, saksi tak cukup or whatever..

sebab saksi tu la yang akan tegakkan kebenaran, apa yang dia tahu, apa yang dia nampak..


sekarang ni, bila kita dah bersaksi yang tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, takkan setakat itu je?

kata saksi..

tapi kalau saksi sorok diri dalam rumah taknak bagi keterangan kat mahkamah, boleh ke berjalan sesuatu perbicaraan tu?

mesti tertangguh-tanguh kan?

hmmm..

katakanlah,"kamukah yang lebih tahu atau Allah, dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan kesaksian dari Allah yang ada padanya?" Allah tidak lengah terhadap apa yang kamu kerjakan..(2:140)


kalau boleh, semua orang perlu la sedar dengan tanggungjawab dia terhadap apa yg dia cakapkan tu..

ini lafaz kalimah syahadah kot, bukan calang-calang lafaz..

bukan bersaksi i love u, u love me tu..

jadinya kat sini, kita, bila dah jadi saksi, kenala sampaikan kebenaran tu dekat orang lain pulak, sebab kita tau benda ni benar, dan kita nak tegakkan apa yang kita tau, supaya orang lain pun tau, dan supaya orang lain pon nampak kebenaran yang kita nampak tu..insyaallah..


errrr, habis tu tanggung jawab aku-kah nak sampaikan kat seluruh umat manusia ni?

errrr..layak ke aku? mampu ke aku?

ishhh..tak mungkin terlaksanalah! tak mampu, ramai sangat!

ahh, ramai lagi orang lain kat luar tu, tapi kenapa aku?




dah dah, jangan dok bagi alasan dah..
ada caranya..
jangan pikir kompleks-kompleks sangat..
takut last-last, satu habuk pon tarak!

"maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" (94:5-6)

weh, 2 kali kot Allah ulang benda yang sama ni..

susah-susah mana pun, mesti ada punya senangnya tu..

so, kalau rasa susah sangat nak tegakkan kebenaran 2 kalimah syahadah tu, ada la cara senang..huhu..alhamdulillah..

awak rasa susah eh kalau nak tarik orang kafir masuk islam?
berat kan?
tak cukup masa kan?
diorang tak paham apa-apa pasal islam, makan banyak masa kan?
sebab diorang takda basic langsung kan?

hmm..buat apa susah-susah macam tu..kita ni memang dah takda masa..tak tau sampai bila umur kita..so kita mulakan la dengan yang mudah, praktikal dengan kita..
baru la sesuai..heee..

camni, kita teguhkanla dulu orang-orang islam yang sedia ada ni..tarik slow2..
fitrah manusia memang nakkan kebaikan kan?
hmm..meh nak lukis jap..



ok..

paham tak ape benda ni?
ini saya nak cuba representkan golongan-golongan manusia kat dunia sekarang..

golongan f, mmg susah la, sebab dia kafir..tak tau pape..
golongan e, orang munafik..pura2 islam..
golongan d..orang fasik..islam, tapi tak laksanakan perintah Allah, tak solat, tak puasa, minum arak, mengumpat, tak tutup aurat ke..
golongan c..iaitu golongan yg biasa2 je..puasa, solat cukup..
golongan b ni pulak, pendakwah, seru ke arah kebaikan, cegah kemungkaran..
dan golongan a pulak adalah yg ekstreme, contohnya para sahabat Nabi..yang sanggup infakkan seluruh harta masa tenaga untuk islam..

insyaallah, kita ni,bolehla dikelaskan dalam golongan c..
sebab kita dah laksanakan suruhan yang diwajibkan ke atas kita..
dah duduk dekat c, takkan nk berada di tokok yg sama kn?
nak jugak naik pangkat jadi golongan b kan?
cane?
kita kosongkan tempat c untuk golongan d naik, then kita move up la ke golongan b plak..heee..best kan?


so..tanggungjawab kita sekarang ni, yang dah tak cukup masa ni, kita nak tolong orang bawah kita la naik pangkat, iaitu golongan d..

macam kita cakap tadi, golongan d ni, dia dah islam..cumanya dia tak lakukan secara bersungguh..tak solat, tak puasa..eh common-lah tu..jangan tipu kalau kat sekeliling kita takda orang macam tu..ada kan?

alamak! kadang-kadang kita sendiri pon macam tu jugak..astaghfirullahalzim..


so, apa yang kita boleh buat?

hmm..tegur-tegurla orang yang tak solat tu..ajak solat jemaah..tegur tak tutup aurat..kalau dah buat tu, perelokkan la..ajak solat sunat..ajak baca quran..kalau nak buat benda tak elok, tegur-tegurla..

tapi ingat ye, nak berdakwah ni, kenala secara berhikmah dan bijaksana..

mcam sekarang ni, sesuai dengan peredaran zaman..takkanla awak nak berdakwah pakai air liur je kot..dulu zaman Nabi, bolehla, sebab takda cara lain lagi dah..sekarang ni, kita mcam-macam ada..teknologi berkembang..

let's say remaja sekarang ni suka facebook, youtube, blogging..

gunakanlah medium ni untuk berdakwah jugak..

contohnya, instead of update status facebook "sayang, i love u so much muah muah muah","demm,_____ u!" sume tu, alangkah baiknya kalau kita saling nasihat ke arah benda yang baik..post waktu solat ke, post ayat alquran ke, hadis ke, zikir bertasbih ke..sedikit sebanyak, niatkan agar ada yang terkesan..secara tak sengaja, bila orang tengok status awak, ingat dia kat Allah..kalau awak link ke post yang ilmiah, bila orang klik dekat link yang awak bagi tu, alhamdulillah awak dah bukak jalan kepada orang lain untuk lihat dan kagumi ciptaan Allah..daripada awak maki hamun, merungut, berloving-loving dalam facebook, itu kn bila orang nmpak, orang jadi jelek dan muak dan adala mengumpat dalam hati pasal awak..lagi teruk kalau awak ngmpat orang kat wall post, pastu kawan-kawan awak pon join sekali mengumpat..tak ke naya tu? dengan dosa-dosa depa awak tanggung..


emmm..simple kan?

tapi bukan niat kita nak tinggalkan orang munafik, orang kafir sendirian..
cuma kita tak punya masa..
dan kita niatkan la, insyaallah, bila kita dah sampaikan kepada golongan golongan d, golongan d la pulak akan sampaikan kat golongan e..pastu dah lagi ramai, golongan e pulak la yang akan sampaikan kepada golongan f..

best kn?
berkembang biak..macam bakteria belajar dalam science dulu..

heee..

alamak, tapi susahla..satgi hilang kawan..satgi takda geng dah..satgi apa plak orang cakap, apehal minah ni, tetiba nk jadi ustazah plak..

huu..
takpa la, biarla apa orang nk cakap pon pasal kita..
kita nak harapkan redha manusia ke, kita nak redha Allah?

c'mon, ni nak jadi penolong Allah dalam menegakkan kebenaran ni..tak mau ke? tak dahsyat ke? hebat tu..tak dapat banyak, sikit pon jadila..


tgk gambar rajah tu..bermula dengan diri sendiri, sampaikanla kepada 2 orang lain je..orang lain tu pulak, bila berkemabang, dia sampaikan kat orang lain pulak..dan seterusnya..dan subhanallah,inila (mungkin?) adalah kita punya saham untuk akhirat nanti..selama mana ilmu yang berguna yang kita ajarkan kepada orang lain tu berterusan digunakan, selama itulah pahala itu berterusan dapat dekat kita..subhanallah..

so, boleh kan?

lagipon tujuan kita dihidupkan kat bumi ni pon sebagai khalifah Allah (2:30)dan untuk beribadat (51:56) kan?

akhir kata,


majulah ___________(nama anda) untuk Islam!

Thursday, September 2

untuk kamu wahai sahabat..

kalau betul mencari sahabat..

♥ pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan..

♥ pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dangan rasa terharu, dan dianggap sangat berguna..

♥ pilihlah seorang sahabat yang apabila dia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menyebut2nya..dan jika dia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya..

♥ pilihlah sahabat yang jika engkau meminta sesuatu daripadanya, ia pasti memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankan serta menghiburkanmu..

♥ pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan dan bukan selalu mempercayainya saja.. jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu

♥♥♥

jazakillah khair sebab sudi jadi sahabat saya..
insyaallah takkan terputus silaturrahim kita..
walau bukan secara zahir,
dalam hati masih ada ruang itu untuk kamu wahai sahabat..

Wednesday, September 1

sorry, aku bukan peminta sedekah.

mintak maaf, aku tak suka meminta (dari orang)
dan aku tak diajar untuk meminta-minta (dari orang)..
Alhamdulillah Allah sentiasa cukupkan keperluan diri ni,
tanpa perlu meminta-minta selain pada-Nya..
jadinya, tolong respek prinsip aku..
aku tak kebulur harta, makanan orang lain kalo itu bukan aku punya..
aku meminta kalau terdesak ataupon terlalu teringin
sehingga habis daya aku, wang antaupun tak terdaya
nk usaha sendiri atau bila tak mampu sangat-sangat
nak tolak pemberian/pelawaan orang..

tak perlu nak jatuhkan maruah aku sebab i have my pride..
my pride is to be taken care of, not to be stepped on..
kalau kau (orang) dah pijak-pijak maruah aku,
kau (orang) rasa aku ada apa lagi yang tinggal?

Monday, August 30

aku tanpa cinta-Mu



Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

C/O: Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih

Sunday, August 29

jangan kedekut pada Allah!

Alhamdulillah..
Maha Suci Allah..

sebenarnya nak cerita pasal masalah tak pandai bahagi masa..
dekat sini, sejak mula semester 2, rasanya jadual pack sangat-sangat..
kadang-kadang keluar pukul 7.45 pagi, balik pukul 5.30 petang..
bunyinya macam biasa je, macam orang kerja pejabat..
tapi oleh sebab diri sendiri ni lemah dan lembik dan badan yang ala-ala manja yang tak boleh buat kerja berat, selalu bila balik bilik, badan letih sangat..
mana lagi nak tengok assignment, mana lagi nak buat homework..
kadang-kadang lepas balik tak makan apa-apa dah sebab tak larat dah nak pikir pasal makan ke lapar ke, yang lagi penting nak rehat je..

tapi, bila bulan puasa ni, lagi la terasa letihnya tu..
masa mula-mula masuk Ramdhan, takde pon niat taknak tinggal terawih..
tapi alhamdulillah, Allah bukak hati supaya sedar bahawa amalan teraweh ni bukannya selalu..setahun sebulan je..dan belum tentu yang tahun depan akan jumpa lagi dengan ramadhan berikutnya..
setakat ni alhamdulillah baru tinggal sekali sebab masa tu memang penat sangat..

ayat 57:11 dalam al Quran ada cakap pasal something yang sangat terkesan dekat hati..

"barang siapa meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan mengembalikannya berlipat ganda untuknya, dan baginya, pahala yang mulia"


inilah motivasi untuk nak pergi teraweh..walaupon kadang-kadang tu rasa letih dan malas sangat tambah pulak assignment banyak, rasa macam nak ponteng je teraweh..tapi alhamdulillah bila fikir balik tentang ayat ni, rasa malas tu kurang..walaupun letih sampaikan tiap-tiap hari ada je orang asyik tegur kenapa mukan nampak letih, kenapa mata nampak tak larat sangat, ya, memang dah tak larat sangat..tapi tak rasa mengantuk, alhamdulillah..semangat jugak nak teruskan teraweh..

siapalah aku nak kedekut masa untuk spend masa beribadat kat Allah, padahal Allah la pemilik masa yang aku ada tu..

analoginya macam ini barang awak..tapi awak kasi orang pinjam..lepas tu bila awak nak pakai barang awak punya tu, yang pinjam tu taknak kasi balik..hmm..macam tu la..


dan baru ni, bila dalam seminggu tu ada 3 assignment and 2 test, rasa jugak tergugat iman ni..
either nak teraweh ke nak wat assignment..and again, alhamdulillah, ayat ni sekali lagi bagi motivasi kat diri..
dan akhir sekali, tetinggal la 1 assignment aku tak hantar..sebab bila balik teraweh, dah letih..pastu bukan jenis stay up sangat pon, so layan jela tido tu..

tapi..

kan dah cakap tadi..
Allah tu Maha berKuasa ke atas sesuatu..
Allah nak pujuk hati ni, supaya jangan menyesal spend masa untukNya..kan Allah dah cakap, siapa yang bagi pinjam sesuatu kat Allah, Allah akan lipat gandakan barang yang dipinjamkn tu..

itulah yang jadi..

rupa-rupanya assignment yang aku tangguh tu, ada postpone sampai isnin ni..dan Alhamdulillah, tak perlu la rasa tak sempat dan bolehla berlapang dada nak pergi qiamullail malam ni, insyaallah..

ayat 35:2,
apa saja di antara rahmat Allah yang dianugerahkan kepada manusia, maka tidak ada yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahanNya, maka tidak ada yang sanggup untuk melepaskannya selepas itu. dan Dialah yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana..


Saturday, August 28

tak sempat lah!

huu..

hari ni dah ramadhan day 17..
dah lama tak tulis tazkirah ramadhan..
sedih la pulak..
sebab bila tulis tu, nanti-nati lepas dah habis ramadhan, boleh refer balik..
tapi ini dah lama tertinggal sebab sibuk sangat dengan assignment yang bertimbun-timbun hari tu..

hmm..kalau nak recall balik pon boleh ingat topik-topik menarik jela..
♥ murabaqah ( CCTV Allah )
♥ perang badar
♥ surat cinta Allah

yang lain-lain tu dah lupa la..
ada jugak yang catat dalam buku kecik..
nantilah, kalau rajin akan cuba cover balik, insyaallah..

Friday, August 20

hari-hari kena sabar


seba tak berjimat cermat, duit dalam purse tinggal 6dolar lebih je..sob sob..


duit oh duit..
kenapa la barang kat auckland ni semua pakai duit? mahal plak tu..nasik sepinggan dah 10dolar..hishhhh!
kenapa la elaun lambat masuk?
kenapa la encik zul tak bagitau awal-awal yang elaun masuk bulan 11 nanti?
haishhh..
haishhhhhhhhhhh..
haisshhhhhhhhhhhhhhhhh!!
bencinya!

huuu..tension benar bunyi nya nada monolog di atas ni..
tiap-tiap masa asyik pikir duit je..
duit takde la, ini mahal la, apela..
hmm..inilah tanda-tanda orang yang tak sabar..
asyik mengeluh je kerjanya..

bila dah mengeluh sana mengeluh sini ni, nampaknya dah hilang sabar la tu..

tak elok tak elok..tambah-tambah dalam bulan puasa ni..
sebenarnya, bulan ramadhan ni dikenali juga dengan nama bulan kesabaran..
so, seeloknya, dalam bulan mulia ni, kita kenala banyakkan bersabar..
even fitrah puasa itu sendiri, menyeru secara tak langsung agar manusia sabar..
contohnya bersabar tak makan tak minum, sabar nafsu itu dan itu..

huu..sebenarnya ni la topik tazkirah malam 10 ramadhan..

BERSABAR..

hmm..kalau nak cerita pasal sabar ni, memangla sangat banyak..tu kalau bukak alquran, banyak sangat sangat sangat ayat-ayat Allah yang cakap pasal orang yang bersabar ni..

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar [2:155]

sabar ni boleh la dikategorikan dlm 3 jenis;
1. sabar melakukan ibadat..
2. sabar dari melakukan maksiat..
3. sabar mengahadapi ujian Allah..

umm..selalu je orang-orang anggap yang sabar ni, hanya diuji bila ada musibah besar-besaran, contohnya macam bila ada kematian ke, ada bencana alam ke..tapi, tak..kecil-kecil benda pon, kadang-kadang perlukan kesabaran kita..contohnya orang mandi lama-lama dalam toilet ke, orang wat semak kotor-kotor kat dapur ke, haa..itu pon kita asyik merungut, tak sabar dah..


hadis-hadis yang cakap pasal sabar ni pun banyak jugak..

yang paling famous, sabar itu separuh dari iman la kan?

dari Ali R.A,
"sabar itu 1/2 daripada iman, adalah seperti kedudukan kepala dari tubuh..tak ada tubuh bagi orang yang tak ada kepala..dan tak ada iman bagi orang yang tak ada kesabaran"

lepas tu, sabar ni sebenarnya mampu dekatkan kita kepada Allah..

syaitan kata, tanda kesabaran ialah orang yang tak mengeluhkan kesulitan kepada orang lain selama 3 hari..

maksudnya, mestila selama 3 hari tu, kita hanya keluhkan kat Allah kan? hmm..Allah memang suka kalau kita mengadu semuanya kat Dia, so mengadulah kat Allah, rintihlah kat Allah..

emm..benda sabar ni, memangla..pandai je cakap..takaut-takut diri sendiri pon tak penyabar..

sabar = easier said than done..hee..

tapi nak cakap kat sini, kalau nak pupuk sifat sabar tu, kita kenala berfikir positif..tau kenapa Allah uji kita..seorang kawan pernah cakap, kalau kita ni ada masalah ke, orang buat jahat ngan kita ke, kita jangan pulak react haritu jugak..think about it the next day..masa tu, insyaallah kita akan lebih cool..dah takde rasa marah (atau kurangla sikit)..so tak dikuasai nafsu amarah, dah dapat kawal diri secara rasional..huhuuu..

lagi satu, janganla lupa pulak nak berdoa..Allah tu dekat sangat dengan kita..Allah cakap, kalau kita berdoa, pasti dia kabulkan..cuma lambat atau cepat termakbul, itula yang perlukan kesabaran..



okaylah, takat ni je..

wallahualam..
yang baik itu datang dari Allah, yang tak baik itu, Allah jugak yang tentukan tapi bersandarkan atas diri saya sendiri..

Thursday, August 19

kawan itu friend..

umm..tazkirah terawih malam ke 9..tajuknya NASIHAT..

tapi, ada yang macam terkeluar tajuk sikit, tapi paling terkesan kat dalam hati..
baru tau yang rupanya
Allah tak suka 3 golongan ni:
1. suka bagi alasan..
2. membazir harta benda..
3. taknak kalah dalam percakapan..

alahai..tersentap jugak tadi..
sebab apa? sebab 3 3 golongan ni, terkena kat diri sendiri..huu..no 1, ye..no 2, yes..no 3 saya jugak!

hmm..bila dah tau memang Allah tak suka, lepas ni insyaallah nak ubah diri..


okay okay,
berbalik pada topik asal,nasihat..
ada banyak yang lupa, ingat sikit-sikit ja..
huu..
analogi malam ni..
kalau time nak exam, kita mestila nak study sama-sama dengan kawan yang sama course dengan kita..yang study, bukan yang main-main..sebab kalau bersama yang tak mau study tu, kita akan tend untuk melencong la bila tengah study, sembang la gosip la..
tapi, bila study sama dengan yang sealiran, mestila kita dapat tolong sesama sendiri kan?
yang kita tau, kita sebarkan..yang kita tak tau, kawan tolong pahamkan..

haa.. ini jugak sama dengan kepentingan kawan..untuk nasihatkan apa yang patut..

sebenarnya kawan ni memang penting..dalam alquran pon ada disebut pasal kisah nabi Musa, yang minta seorang teman, agar sama-sama dapat mengingati Allah (20:25-35)..sedangkan nabi Musa yang Nabi ni pon perlukan teman agar sama-sama mengingati Allah, apatah lagi kita manusia biasa yang selalu lupa diri ni..hmm..dan harapnya, kawan-kawan kita tu, sahabat-sahabat kita tu, adalah golongan yang mampu nak nasihatkan kita ke arah kebaikan, bukannya mendorong ke arah yang tak baik..

itu saja nak kongsi, dadaaa~

Tuesday, August 17

hati sakit? sakit hati? mari berubat!



harini day 6 puasa..takot jadinya..patutnya dalam hari-hari awal ramadhan ni, kita train diri kita..supaya bila masuk pertengahan ramadhan, dah terbiasa melakukan amal-amal baik..pastu, bila dah 10 malam terakhir, barula senang nak gandakan amal ibadat masa tu..

masalahnya..
ini baru day 6, aku dah macam ape je..
hati ni problem macam-macam..sebenarnya bendanya kecik je, tapi sebab biarkan nafsu yang kuasai diri, habis berkurang pahala puasa harini..menyesal..
pastu bila dah rasa sedar diri berpuasa, barula dapat kawal diri..mintak ampun kat Allah banyak-banyak..

pastu, alhamdulillah, rezeki aku dapat dengar tazkirah malam ni..tajuknya memang kene dengan diri sendiri; PENYAKIT HATI..

hmm..
kenapa eh kita ni ada penyakit hati?
puncanya, hati tak dijaga betul-betul..

analoginya, bayangkan ada makan sedap kat depan mata..tapi, awak pula demam..so mestila makanan sedap pon boleh jadi tak sedap sebab pahit mulut la, takda selera makanla..

hmm..macam tu jugak dengan hati kita..bila dah asyik buruk sangka, asyik busuk hati dengan orang, kotorla hati tu..dia jadi sakit..bila sakit, kita tak dapat nak rasa kasih sayang yang Allah bagi kat kita..

hmm..kalau macam tu, macam mana plak nak ubatkan penyakit hati ni?
ada banyak cara, tapi bolehla kalau kita nak banyakkan baca alQuran dengan tafsirannya sekali..insyaallah akan terkesan dengan cerita-ceritanya..mana tau kebetulan akan baca ayat yang kena tepat-tepat batang hidung sendiri, yang kena dengan salah silap kita pada hari tu..lepas tu, qiamullail..mintak kat Allah pada masa orang lain tengah nikmat tidur, pasti Allah kabulkan..lagi, bolehla berzikir..kalau malas nak zikir panjang-panjang, ada banyak je zikir-zikir yang mudah, contohnya istighfar etc., Astaghfirullahalazim, Subhanallah, Alhamdulillah, dan Allahuakbar..

lagi, boleh jugak bergaul dengan orang-orang soleh..sebabnya, kita tend untuk rasa segan nak buat benda-benda pelik yang tak elok bila ada dengan orang-orang baik ni..
umm..lagi, banyak lagila yang kita boleh buat sebenarnya..

hmm..tapi kan..

kalau kita sakit, kita makan ubat je tak cukup..kita mesti amalkan pantang-pantang kan? contohnya, kalau dah tau diri tu demam kena hujan, kita mestila makan ubat demam antibiotik selselsema semua tu kan? tapi demam takkan lega kalau kita dok pi main hujan lagi..so, kenala stop main ujan jugak, barula ubat yang kita makan tu mujarab kan?

haa.. macam tu la jugak dengan sakit hati ni..kalau kita ada penyakit hati, pastu kita cuba berubat, bagusla..tapi, kenala jugak jauhkan perkara sakit-sakit hati tu kan?


p/s:

lebih baik sakit fizikal, tak larat nak buat apa-apa, mesti tak larat jugak nak buat perkara maksiat..takot-takot kalau sakit dalam hati, badan kuat, terlebih kuat sampai boleh buat perkara-perkara maksiat..

Sunday, August 15

alhamdulillah..

hee..topik tazkirah terawih harini; bersyukur..

tertarik dengan topik tazkirah tu sebab analogi yang deorang pakai..

kalau internet lambat, mengeluh..lambatla ngokngek la, apela..tapi bila dapat internet tu, ada cakap alhamdulillah ke? at least ngokngek ngokngek pon, dapat jugak pakai internet free kt hostel ni..tapi kita ni kerjanya asyik merungut je kan?..haishh..

dan statement yang paling sentap; kalau solat lewat-lewat, lambat-lambat, ade kita merungut? tak komplen plak kan? kalau internet lambat, komplen; kalau dia solat lambat, tak komplen pulak?!


huu..itula manusia..

berbalik pada diri sendiri,
alhamdulillah..sempat jugak Allah beri kesempatan nak dengar tazkirah tu..kalau tak, diri sendiri pon mesti asyik merungut je..padahal, nikmat yang Allah kasi, lagi banyak dan berganda-ganda berbanding dugaan yang kita terima..tapi, kalau dapat nikmat, tak mau, tak reti bersyukur..kalau dapat ujian, bila Allah tarik balik nikmat tu, alamak..asyik dok sumpah seranah je kejenye..

manusia manusia..

hmm..Allah dah cakap, kita ni, kalau bersyukur, berganda-ganda nikmat Allah akan kasi..tapi, haa..sapa-sapa yang tak bersyukur tu, haa..tunggula..azab la jawabnya..(14:7)

alaa..bukan susah pon kan nak bersyukur..cakap jela, alhamdulillah..

Allah tu Maha Kuasa, Maha Kaya..tak luak pon kalau kita ni tak bersyukur, tak memuji-muji Allah..Allah ada segala-galanya..yang kaya-kaya si Microsoft punya founder tu, kaya-kaya Sultan Brunei, semuanya tu harta Allah..kalau deorang takmau bersyukur pon, no hal lah bagi Allah..

tapi, curious tak kenapa Allah suruh kita bersyukur?

aku pon tak tau..dah kene bersyukur, bersyukur jela..

tapi kenapa eh?

hmm..jawabnya, sebab Allah nak kita ni sedar, Allah nak kita ni ada rasa kehambaan padaNya..Allah tak mintak harta kekayaan kita, Allah tak mintak makanan, wang ringgit kita, cumanya, Allah mahu kita ni sedar diri, yang Dia itu tuhan, kita ini hambaNya..faham?

hmm..konsep ni, sama juga dengan konsep berdoa..padahal Allah dah tau apa ada dalam hati kita..sama ada kita luahkan ataupon sembunyikan dalam hati..Allah tau je semua rahsia-rahsia kita, apa yang kita nak..tapi, Allah nak kita mintak padaNya..bila kita berdoa, kita akan sedar yang kita ni is nobody! kita bukan siapa-siapa, kita ni lemah, kita ni miskin, kita ni perlukan pertolonganNya..ada sense kehambaan di situ..sebab Allah lah pemilik semua yang ada di bumi maupun di langit..faham tak?

harap-harap faham dan terkesan di hati..walau kecil mana pun nikmat yang diperoleh pada saat dan ketika ini, ringan-ringankanla mulut tu, cakap Alhamdulillah..

mudah je kan?

Saturday, August 14

syida, u r nobody. so, forgive others!

1 perkara yang aku belajar hari ini,

aku ini bukanlah siapa-siapa..jadi, aku tak layak pon nak membenci orang lain..nak marah dengan orang lain..kalau benci, kalau tak suka, bencilah dengan perbuatan orang tu..bukannya bencikan orang tu..sebab orang-orang tu, semuanya makhluk Allah..siapalah aku nak membenci makhluk-makhluk Allah yang lain, sedangkan aku sendiri makhluk Allah yang hina..asalnya dari setitis mani, yang keluarnya dari saluran yang kotor..sedangkan Allah itu sendiri Maha Pengampun, inikan pulak aku hambaNya nak benci-membenci orang lain, dan tak nak maafkan kesalahan orang lain..

aku nak jadi orang yang maafkan kesalahan orang lain, dan yang dapat tahan kemarahan..(3:134)

jadinya kat sini, nak bagitau..
sempena Ramadhan yang mulia ni, aku maafkan salah silap awak-awak sekalian..
sapa-sapa yang pernah buatkan aku marah dan hilang sabar, aku maafkan..
tapi maaflah, untuk sesetengah orang, aku hanya mampu maafkan, tapi tak mampu nak lupakan..


Ya Allah..
bersihkanlah hatiku, sucikanlah jiwaku..
moga-moga nanti aku dapat berlapang dada dengan segala dugaan yang aku terima..♥



nak keluar mencari cahaya, tak mau hati terus bergelap membenci orang!

Tuesday, August 10

selamat datang, Ramadhan!



Alhamdulillah..
Ramadhan is coming..
my first time celebrating Ramadhan in Auckland..
dengan musim sejuk saket dada bila jalan laju-laju..
dengan jadual terabur kuar lepas subuh-balik maghrib..
InsyaAllah, semoga Allah permudahkan segalanya..

kali ni nak kongsi apa yang ada depan mata..

kalo dapat jadikan amalan, Alhamdulillah..

ini niat puasa ramadhan:

Nawaitu sauma ghodin 'an adaa-i fardhi syahri romadhoona haadzihis sanati lillaahi ta'aala.
ertinya: Aku berniat puasa esok hari menunaikan kewajipan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'aala..


ini pula doa ketika bulan Ramadhan hampir berakhir:

Ya Allah, janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai yang terakhir dalam hidupku.. seandainya Engkau berketetapan sebaliknya, maka jadikanlah puasaku ini sebagai puasa yang dirahmati, bukan yang hampa semata..


berikut adalah doa berbuka puasa =)

Ya Allah, keranaMu aku berpuasa, denganMu aku beriman, dan dengan rezekiMu aku berbuka..





VS




*tomyum masak sendiri versus bufet Ramadhan kt Malaysia, apa-apa pon tomyum pon rezeki dari Allah jugak*



eh eh, lupa la..
ada juga checklist kat sini..

let's check our ibadah!

♥ bangun subuh + solat sunat + lagi bagus kalau qiamullail
♥ solat 5 waktu tanpa lengah-lengah
♥ solat terawih
♥ doakan ibubapa
♥ baca Quran serta tafsirannya

yang penting, jangan asyik dahulukan yang sunat, kalau yang wajib pon belum buat!

*credits to handouts meraikan pesta ibadah dengan tema 30 hari mencari cinta @ ramadhan 1431H*

**teringat makan bufet kt JB Catering Ramdhan2008. balik sampai muntah sebab kenyang sangat**

Monday, August 9

again n again, i fall for u!



KETIKA ALLAH MEMILIHMU UNTUKKU

Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah. .
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..



( Oleh Aztriana 180610/ 01'50 Makassar.. )

*copypaste dari facebook*