saya ada masalah hati. saya tengah struggle macamana nak letakkan Allah sebagai paling utama dalam aktiviti harian.
sebagai muslim, ye, memang kita selalu cakap kita niatkan buat sesuatu kerana Allah, tapi, kadang-kadang kita kata kita buat kerana Allah, tapi kita abaikan suruhannya masa buat something tu.. contohnya, pergi kerja sebab nak cari rezeki halal dan nak gunakan masa yang Allah kasi sebaiknya. tapi, kita lewatkan solat sebab kerja kita tu. pastu, kalau yang masih bergelar student, bergelumang dengan assignment coursework exam quiz segala, selalu la buat kerja sampai siap dulu baru nak solat walaupun waktu tu tinggal setengah jam nak masuk waktu solat seterusnya. hmm..kat situ kan dah macam terpesong cara ibadat tu. patutnya kita utamakan Allah dulu, baru yang lain-lain.
dalam azan yang hari-hari berkumandang tu, ada lafaz
"Marilah sembahyang, Marilah menuju kejayaan" yang diulang 2 kali pulak tu. maksudnya, sembahyang dululah, barulah berusah capai kejayaan yang lain-lain. Dan tak lupa surah AlFatihah ayat 5, "kepadaMu kami sembah, dan kepadaMu kami mohon pertolongan".. kat situ pon ada klu bahawa apa-apa pon yang kita buat, mestilah mulakan dengan beriman kepada Allah dulu, barulah mintak tolong pada Allah. tapi itulah, manusia. even me myself. selalu alpa selalu lupa.
Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati-hati kami di atas jalanMu. semoga hidup dan mati kami dalam keadaan beriman kepadaMu ya Allah. Amiiin.
No comments:
Post a Comment