Monday, August 15

solat: eh, eh aku bace amende eh?


Assalamualaikum..

Hai..ini nak kongsi makna bacaan dalam solat. Rasanya, benda ni sangat penting kot untuk semua amek tahu, sebab bila paham apa yang kita baca dalam solat, barulah boleh hayati solat tu dan berusaha untuk khusyuk. Maklumlah, bukan semua orang yang solat tu, mampu nak khusyuk kan? Tambah kalau tak paham apa-apa, bahasa Arab apetah lagi kan, pikiran dok melayang tah kemana masa solat, lagila tak boleh nak khusyuk. (check peringkat solat)


Takbiratul ihram
Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, sayangi daku, tutuplah aibku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku..

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi
Muhammad dan ke atas keluarganya.

Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

itu je yg nak dikongsi, selamat beramal~
Click Me~

awak, janganla kasar sangat. terasa tau!

Sesungguhnya, apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan. (Imam Hasan al-Basri)

Amacam? betul ke tak kata-kata kat atas ni? Hmmm, personally, aku sangat-sangatla setuju dengan kata-kata tu. Baru-baru ni attend perkongsian Syahadatul Haq (i've wrote about this last year), lesson learnt was that tugas berdakwah ni, bukan kerja ustaz-ustazah je tau, tapi kita semua. Lagipun Allah dah cakap dalam al-Quran, "Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepdada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata,"sungguh, aku termasuk orang-orang muslim (yang berserah diri)?" [41:33] Muslims, aren't we? lagipun al-Quran bukan diturunkan untuk golongan alim-ulama je, tapi untuk kita semua. Jadi sape lagi yang nak ikut suruhan Allah dalam la-Quran kalau bukan kita? Dengan keadaan masyarakat kita sekarang yang makin lupakan Tuhan dan agama sendiri hanya tinggal pada nama, mana mampu nak tunggu diri jadi perfect baru nak sampaikan pada yang lain. Betul tak?


Dan Alhamdulillah, ramai yang dah mula dapat kesedaran tentang Islam, dan cuba sampaikan pada orang-orang yang mereka sayang. SAYANG? Ye ke sayang? Sebab sayang la kan, sebab tu tegur-menegur, sebab taknak la nanti orang-orang yg kita sayang tu terkial-kial kat depan Allah, jenuh nak menjawab segala perbuatan masa hidup kat dunia ni.

Tapi malangnya, ramai yang tersalah guna pendekatan. Bab psychology fail. Hmmm.. Berdakwah, bukanlah alasan untuk kita attack orang itu orang ini sesedap mulut, sesuka hati.
Sebab boleh jadi, bila salah cara, tak kena gaya, orang yang kita target tu lagi menjauh, menolak apa yang cuba disampaikan. Bukan sebab hatinya tak dapat nak terima kebaikan tu, tapi sebab pendekatan yang digunakan sang daie tu, mungkin kasar, mungkin menyentuh/menyakiti hati orang lain. Nabi Muhammad S.A.W sendiri sudah tunjukkan caranya. Dan dalam al-Quran pun ada sebut pasal ini.

"Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah* dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk". [16:125]

*perkataan yg tegas dan benar yg dapat membezakan antara yg hak dan yg batil


"Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia, akan seperti teman yang setia" [41:34]

Haa, sampai macam tu sekali, sampai rasa macam teman yang setia. Kiranya dengan cara yang tak mengguris hati lah kan. So, janganlah kasar-kasar sayang. Mind your words, pleaseeeeee..If it's too harsh, nanti orang lain back-off tau!


Tapi takpe, Allah akan mudahkan urusan kamu wahai da'ie-da'ie sekalian. Allah dah janji kan? So jangan putus asa tau, cuma mungkin boleh fikirkan strategi yang lagi mesra alam. heee~

"Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama" (22:78)

"Maka jika mereka berpaling, maka ketahuilah kewajiban yang dibebankan atasmu (Muhammad) hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang*" [16:82]

*maksudnya takkan dapat beri taufik dan hidayah kepada seeseorang sehingga dia beriman.


Okaylah, off to work. Asalamualaikum.

Wednesday, August 10

he wasn't mine. indeed he never was.

Bisikkan ke dalam hatimu yang paling dalam; Dia bukan milikku. Dan aku pun bukan miliknya. Pemilik segala ialah Al-Malik. Dialah yang memiliki dan menguasai segala-galanya. Pada kita hanya amanah, sampai masanya terpaksa diserah. Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki. Bila terasa sepi, jangan katakan aku sepi. Tapi katakan kita sentiasa ada pemerhati merangkap penjaga buat kita. ♥ =)

*copied with permission from someone's facebook status~

Tuesday, August 2

T.A.Q.W.A.

Assalamualaikum, heee~

harini dah masuk hari kedua umat Islam kat New Zealand berpuasa, Alhamdulillah. kat sini ada nak share pengisisan yang dapat masa tazkirah, harap bermanfaat pada yang membaca.

"dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. iaitu orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menelan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan. " [3:134-5]

Alhamdulillah, dalam minggu ni 2 kali aku berkesempatan tadabur ayat ni. paling terkesan harini punya tazkirah, kata pemberi tazkirah tu, "takpela, aku maafkan kau bukan sebab aku nak maafkan kau ke, nak jadi lagi baik ke ape, aku maafkan kau sebab nak dapatkan takwa dan syurga tu. fuh sentap jugaklah, bagi si pemilik hati yang ego dan pendendam nih. insyaAllah, akan train diri untuk telan kemarahan dan maafkan orang lain, sebab aku pon nakkan syurga!

Ramadhan 1432H>

Friday, July 29

rindu maktab, blok D, skendel dan yang seangkatan dengannya~

malam ini malam yang syahdu. aku rindu maktab IPGM KTI, like serious, tak tipu. segala macam kenangan terngiang-ngiang (betol ke?) di pikiran ketika ini. yeah, sebab tak dak pape nak buat, tu pasal boleh pikir macam-macam kenangan yang mengusik jiwa.

pertama-tama, aku rindu bilik D27 and D15.. Bilik D27 tu, aku duduk situ 2 tahun woo.. paling best bila ada pertandingan bilik cantik tuh, my roomate and i beria-ia siapkan bilik kami lawa-lawa. walaupun tak menang tapi puas hati, sebab bilik penuh dengan sana-sini..hee~ bilik D15 pulak, duduk situ 1 sem je.. sedikit suram sebab location dia sangatla tak best, hujung sekali blah belakang aras bawah pulak tu. tak boleh bukak tingkap, tak boleh bukak pintu, lampu pon tak menyala. tikar getah koyak sana sini, malam-malam wajib kunci pintu and grill (which was so hard sebab kami 2 orang memang selalu tak kunci pintu). privacy pon tadak sebab orang atas tangga boleh nampak ke dalam melalui kekisi kat atas tuh! tapi banyak jugak memori terlakar kat bilik tuh. dan aku rindu semua tu. contohnya balik kelas pukul 1 pastu tido tebongkang sampai pukul 4 memang best ditambah pulak dengan takdak cahaya mataharinye..pastu aku dah mula bawak rice cooker masa tinggal kat bilik ni..masak-masak senang je sebab bilik aras bawah, kat belakang toilet ada paip air la, pokok serai la, nak pakai, pakai, nak ambik, ambik. memang best in term of masak-masak secara terlarangg nih. bab-bab bergayut talipon pon best jugak, sebab bilik bawah ni lagi banyak privacy. agak-agak nak bermanja-manja boleh kuar and gayut tepi bilik ngadap longkang kecik sambil sandar kat dinding. malam-malam boleh gayut kat tangga. sebab masa duduk bilik atas, tadak port best so aku akan gayut sambil tawaf aras 2 berkali-kali. huuu. tapi sekarang dah tadak suma itu, i dah menjanda.


ini bilik D15 yang semak, mungkin busy dengan esaimen time nih

lepas tu, aku rindu kenangan berjalan laju-laju pergi kelas. maklumlah, aku duduk blok lama, kelas pulak kat blok baru. orang lain pukul 7.20 dah start jalan, kami 2 orang pukul 7.30 baru nak tehegeh-hegeh kuar bilik, tambah tension bila kunci aku hilang pi mana taktau, dengan tertinggal payung segala. orang lain pegi kelas ambik masa 15 minit nak sampai sebab pakai hi-heels segala, kami 2 ambik masa 10 minit pon tak sampai. jalan laju gila sampai basah ketiak, haha. tambah kalau pakai baju kurung polos, siap pakej senaman pagi pulak, lencunlah bajuku..oh sungguh memalukan. shame on me. dan aku sendiri dah berapa kali kena tegur dengan cik Baharom, haishhh.. bayangkanlah, sepanjang-panjang jalan tu, hanya ada aku dan roomateku, bertembung dengan cik B tengah reverse kereta kat depan rumah dia la apa la.. but then, towards the end of our stay there (sem 2 2009), budak tesol banyak kelas kat blok lama. dan aku pon dah bijak takmau buat senaman pagi, dan senaman pagi sendiri kadang-kadang ada kadang-kadang tadak. so kitorang selalu sembunyi belakang kereta-kereta kat parking lot blok baru. hebat, dan rasa seronok. selamat dari tulis nama kat kertas merah cik Baharom. wekkk!

Syida with Hanis and Tonton. kami pakai baju kurung polos yang selalu basah kat bahagian tutttttt

dan satu lagi, seronok jugak makan dekat kafe blok baru. walaupon makcik tuh masak tak berapa sedap, tapi aku rindu dengan sambal tempe dan ayam goreng berminyak dia. dan of coz, aku sangat lah rindu dengan air pink sirap bandung aku tuh. bungkus, pastu gantung tepi tingkap kat kelas. miss ratha kata macam air pekerja construction. hehe.. pastu sambil makan, boleh jugak usha-usha tengok skendel aku dulu. haha. seronok, tambah-tambah kalau boleh senyum-senyum depan ex-gf dia.HAHAHAHA. ooppps okay, serius ini confession yang scandalicious. bukan itu saja, boleh pulak masa tengah kelas lepas balas-balas sms, aku pon menggedik pergi toilet sebab nak babai-babai dengan orang kelas atas aras 4.. hari rabu kalau tak silap, sebab time tu ada subject classroom management miss ratha. oh memang sungguh gatal masa itu, tak terkawal. adoi!

dan yang paling menggamit memori adalah masa perhimpunan mingguan pagi isnin. before dewan terbuka siap, kena berhimpun atas padang. aku dan roomate selalu lambat. selalu sampai masa orang laen tengah nyanyi lagu Negaraku, kami pon confuse nak berenti ke nak sambung jalan. kalu berenti, satgi kene ambik nama masuk kertas merah. kalau sambung jalan, selamat la sampai masuk barisan tesol. hehe. tak senonoh. masa tengah ketar-ketar sampai lewat, mulalah hanis selawat banyak-banyak. haha lawak gila, dengan peluh dia mencurah-curah. hehe..

berjalan pulang dari kelas bersama Tonton. kene pakai payung sebab takmau hitam!

emm tak larat dah nak menaip, tapi serious semua ni still fresh dalam kepala otak aku. walaupon harini dah 29 july 2011, dah lebih setahun setengah aku tinggalkan maktab. dan kenangan-kenangan tu tercipta sejak aku masuk maktab 16 july 2007 lagi, nostalgik kan? lepas ni, aku still akan sambung belajar kat maktab for another 1 year, tapi segalanya pasti dah berbeza, takkan sama dengan yang dah berlalu tu. senior-senior, lecturer-lecturer, semua dah bertukar. dan kami sendiri akan jadi senior, dah tak kenal dah sapa-sapa yang ada kat maktab tuh. sedey~ wuuuuu~~~

Tuesday, July 19

Eban; in memories. may you rest in peace sayang kakak..

Eban ; taken in February 2011. landing-landing atas lantai dapur.

harini aku dapat perkhabaran yang sungguh sedih dari kampung. EBAN my beloved baby dah meninggal dipatuk ular. aku rasa sedih yang teramat sangat sampaikan aku nanges teruk jugak la. jalan pi kedai pon rasa amcam malas nak balik sebab sedih asyik fikirkan baby yang sorang tu.

Eban dah umur dekat 2 tahun lebih rasanya.. dia lah yang paling manja, dan sangat suka buat beban (beban=pemalas dlm bahasa kedah), sebab tu nama dia Eban. Eban buta sebelah matanya, tapi itupon dialah yang still paling comel dalam 9 ekor kucing yg family aku bela. serius tak tipu. Eban baik, dia tak kencing or berak dalam rumah, malam-malam suma kucing kena tido luar kecuali Eban. Eban boleh tidur dalam rumah and Eban boleh tidur atas katil sama sama ngan aku and mama.. kalau aku and mama pi tido umah Mamanab, Eban tak ikot sama sebab Eban akan jaga rumah kami. (kucing laen suma ikot pi tidoq depan umah Mamanab)..

Eban was one of the best kucing yang pernah kami bela, lepas Adik yang mati pada 2003.. ni bila Eban dah takda, seriously mama cakap dia sangat sedih sebab Eban la kawan mama selama ni. aku pon sangat sedih jugak sebab dah lama sangat tak tengok Eban, last skali adalah Februari awal tahun ni..

Eban was so so so loved by everyone and now he's gone. Eban, kak sayang Eban sangat-sangat tapi nak buat macamana Allah dah tetapkan ajal Eban macamtu.. Eban..Ebannnnnnnnnnnnnn!

Friday, July 8

MR PRABU. stay away from him.

2 hari lepas, aku dapat 1 call ni..no yang sama dengan sebelum-sebelum ni masa aku kat australia, actually private number. dia nak offer kerja cleaning-cleaning. oleh sebab dia ni kedengaran macam urgent, sebab dia asyik call masa aku kat Aussie lagi, aku pon setujulah nak kerja untuk dia.. he's an Indian, slang dia pekat sikit, so masa dalam phone aku dengar dia cakap rate tu $40 for 2 hours. .memangla masyuk sebab kat gumtree ad, aku letak $15 je per hour. aku pon terkedek-kedek lah pergi ke Three Kings, 2 stages tu..perjalanan lebih kurang 20 minutes jugakla naik bas..

sampai kat sana dia bagitau ini bukanla kerja cleaning sangat, just nak suruh unpack barang.. dia baru pindah rumah, and boxes and luggages baru sampai dari India.. mula-mula masuk rumah, dia cakap, "you can make yourself comfortable now", masa tu aku pakai sweater and tudung, maybe dia ingatkan aku tak selesa la pakai tudung, and nak suruh aku bukak sweater and tudung aku. tapi aku jawab, "I'm comfortable now", sebab memang malas nak bukak sweater aku tu..pastu dia tanya perlu heater tak, aku balas, takpe je, takyah, sebab aku ok je ngan suhu kat rumah dia tu, memang dah a bit warm sebab aku pakai sweater. ini takpe lagi, sebab perbulan ini biasa-biasa je. haa tunggu sat nak cerita yang tak berapa nak biasa pulak.

kami pon start unpack barang kat bilik 2nd, sebab bilik 1st memang dah kemas. masa tengah buat kerja, dia masuk bilik tu sambil minum beer, aku dah cuak sebab dalam rumah tu ada kami 2 ja. satgi dia mabuk mampus aku.. dia offer beer, aku cakap no thanks. dia tanya aku tak minum ke, aku cakap i'm a muslim. lepas tu sambil buat kerja kami sembang-sembang la sikit. sekali dia pegang pipi aku, cakap, "you are a sweet girl". aku neh dah la pantang sikit orang pegang-pegang muka aku, laki plak tu.. aku dah start geram ngan dia walaupon masa tu aku ingtkan dia ni cam bapak-bapak lagi, sebab dulu kat sekolah, ada sorang bapak kawan aku suka pegang pipi aku yang tembam ni.

kemudian, dia tanya aku pasal ade boyfriend tak, aku cakap ade je, kat Malaysia. dia tanya, boyfriend kat New Zealand takde ke, aku cakap takyah la, dah ade yang steady kat hometown. pastu dia dok berhujah ngan aku nape perlunye ade local or casual boyfriend, "such an accomplishment" katanya. sebab nanti bila orang tanya, ape you buat sepanjang kat New Zealand, takdela aku cakap aku belajar je sebab semua orang belajar. dia nak aku dengan bangganya cakap aku ade local boyfriend. huh, nyampah!

tak lama lepas tu laki tak sedar diri ni offer la diri dia nak jadi casual boyfriend aku. bodoh! dah ada anak bini kat India, dengan dah tua bangka (40-an i think) dengan tak handsomenya, tak malu betul. dahla masa bini dia call dia dok jerkah-jerkah tengking-tengking bini dia. adoi. aku cakap takmau, dia tanya balik, awat takmau kat dia. aku cakap la ini semua sebab religion. buat apa aku nk ada casual boyfriend sedangkan itu tak contribute antything to my religion. pastu hah mula lah dia dok debate ngan aku pasal religion pulak. aku malas nak layan, aku sengih-sengih jela. sebab tau dia orang kafir yang Allah dah tutupkan pintu hati dan sesatkan dia sampai dia tak nampak kebenaran tu.

pastu adela lagi attempt dia nak mulakan conversation berbaur adult content. bodoh. contohnya, bila aku masuk umah lepas buang sampah kat luar, dia tanya, "do you need a heater?" aku cakap takyah. dia tanya lagi sambil kunci pintu, "do you need a personal heater?" omaigod, dalam hati aku rasa nk lari kuar je dari umah dia. tapi still fikir rasional sebab beg aku ade kat meja makan. aku cakap, "no". dan lepas tu, dia yang still tak puas hati tu cakap sambil senyum kambing, "if you know what i mean". aku dah wat muka masam gila sambil firmly cakap "NO". bodoh, dia ingat aku tak paham personal heater tu apa. korang pon mesti paham kan. kalau tak paham jugak taktaula.

pastu aku kena mop toilet. dia keluarkan mop yang dia baru beli tu. so aku kenala unwrap plastik mop tu. pastu dia cakap, "see, this one is a new mop. so it is a virgin mop". kononnya nak refer kat aku yang virgin lagi ni la. bodoh. mop pon nk kena bagitau ka virgin tak virgin. aishhh. belasah jugak dengan batang mop tu kang. oh patutla masa aku tengah mop, dia asyik tanya, mop tu ok ke? eeee, now i get it. dia nak tau la virgin mop ni bagus tak. kotla kalau aku kata mop tu tak ok, blehla dia nak compare antara virgin lady ngan experienced one. bodoh bodoh bodoh!

masa aku ngah hang seluar kat hanger, seluar tu jatuh. sebab aku tak perasan yang seluar tu half pants je. pastu dia kata kat aku, "see, even the pants is falling down now". memang babi. aku malas nak layan. ini dah explicit sexual content punya conversation nih. geram aku. aku buat tak tau, muka masam gila-gila. sampaikan dia pon cakap kat aku, "you are so serious in life". memang ah, takkan aku nak layan jokes yang macam shit tu. bongok.

masa kat umah tu baru aku dapat tau sebenarnya dia nak aku kerja dari 6.15- 10.15 p.m. itu maknanya 4 jam. sebab tu nak kasi $40. sejam $10. katanya he can't afford to pay more sebab dah ramai orang datang, tapi kerja still tak siap-siap. aku dah macam, aishhh, ni dah kena tipu nih. tapi dia cakap kalau nak makan or minum ape-ape, silakan. dia takleh kasi duit banyak, tapi boleh makan free. dalam hati aku, alang-alang dah dapat murah je, baek aku perabeh makanan dia. so aku pon mintak roti, letak tuna banyak-banyak, mayonis banyak-banyak, ngap kenyang-kenyang. lupa nak amek soft drinks dalam fridge. my bad. masa tu baru 8.15, 8.20 p.m. camtu.. aku sampai umah dia 6.30, kiranya baru nak dekat 2 jam la aku wat keja. so masa dia dok nyembang ngan kawan dia kat phone, aku makanla sampai 8.35 p.m..tak buat pape, makan je. pastu aku sapu sampah sikit-sikit, sebab taktau nak wat apa, and dia cakap, ok, we are done. haha. maknanya aku kerja 2 jam jela, dia kasi $30. samela ngan rate yang aku mintak.

pastu dia pon hantar aku gi bus stop. dia cakap the next day dia nak aku datang lagi, susun baju pulak dalam almari tu, lipat apa yang tak perlu. huhu, dalam hati aku dok sumpah seranah, tak mungkin aku datang balik. orang tua gatal merenyut tak sedar diri. nama dia PRABU.